Now Reading
BMW M3 Touring Competition M xDrive Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM898,800

BMW M3 Touring Competition M xDrive Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM898,800

BMW M3 Touring mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat dengan keluasan but sehingga 1,510 liter.

In Brief
  • BMW M3 Touring Competition M xDrive kini rasmi di Malaysia, berharga bermula RM898,800 tanpa insurans.
  • Enjin S58 twin-turbo 3.0 liter menjana 530 PS, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 3.6 saat sahaja.
  • Ruang bagasi seluas 500 liter, boleh dikembangkan kepada 1,510 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


BMW Malaysia sekali lagi mengukuhkan barisan prestasi tingginya menerusi pelancaran rasmi BMW M3 Touring Competition M xDrive, buat pertama kali dalam bentuk station wagon di negara ini semalam (16 Julai).

Model baharu ini menggabungkan dua dunia berbeza iaitu prestasi laju di atas litar dengan sebuah kereta yang selesa untuk seisi keluarga.

Harga bermula RM898,800 tanpa insurans dan inilah model M3 paling serba boleh dalam barisan BMW Malaysia malah turut memegang gelaran kereta terpantas di litar Nürburgring Nordschleife bagi kategori Wagon.

Rekaan Agresif, Sporty Dengan But Seluas 1,510 Liter

BMW M3 Touring Berwarna Isle Of Man Green. (Foto: BMW Malaysia)

Di bahagian hadapan M3 Touring menampilkan rekaan kemas serta moden yang telah diterapkan pada model facelift M3 sedan dan M4.

Daytime Running Lights (DRL) kini berbentuk tegak seperti anak panas menghasilkan rupa unik untuk membezakannya daripada versi sebelum ini.

Selain itu, daya tarikan M3 Touring terletak pada bentuknya kerana menawarkan ruang bagasi seluas 500 liter atau 1,510 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Menariknya, ruang bagasi itu juga boleh diakses menerusi pintu but yang dibuka secara automatik. Malah, muatan panjang boleh dimasukkan melalui sistem through-loading di bahagian tengah kerusi belakang.

Kesemua rekaan luaran ini dilengkapi rim aloi tempaan Style 825 M Bicolour Black bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang.

Ruang Memandu Yang Sporty Untuk Dipandu Dengan Stereng Alcantara Dan Skrin Berkembar

Ruang memandu yang moden & agresif. (Foto: BMW Malaysia)

Di bahagian pemandu pula, M3 Touring menampilkan ruang yang jelas untuk memberikan pengalaman sungguh menyeronokkan seperti stereng dibaluti dengan bahan M Alcantara lengkap dengan penanda merah pada kedudukan pukul 12 seolah-olah anda ingin berlumba.

Selain itu, ruang ini dilengkapkan dengan BMW Curved Display yang menggabungkan paparan instrumen pemandu seluas 12.3 inci bersama skrin kawalan infotainment 14,9 inci.

Kabin ini dikemaskan dengan trim carbon fibre M bersama start button berwarna merah serta logo M tertera pada tombol gear.

Untuk tempat duduk pula, model ini dilengkapi dengan tempat duduk Carbon Bucket M yang dibaluti dengan kulit Merino bersama tali pinggang M dengan bumbungnya berwarna antrasit.

Turut melengkapkan pengalaman mewah kabin ini ialah sistem audio daripada Harman Kardon dengan 16 speaker berkuasa 464 watt.

Enjin S58 Twin-Turbo Menjana 530 PS Dengan Pecutan 0-100 km/j Dalam 3.6 Saat

Enjin BMW M3 Touring. (Foto: BMW Malaysia)

M3 Touring dikuasakan dengan enjin S58, iaitu twin-turbo enam silinder sebaris 3.0 liter unit boleh menjana kuasa sehingga 530 kuasa kuda pada 6,250 rpm dan tork 650 Nm dari 2,750 rpm sehingga 5,730 rpm.

Malah, angka kuasa itu merupakan peningkatan sebanyak 20 kuasa kuda berbanding versi sebelum facelift.

Hasilnya, kuasa tersebut disalurkan menerusi transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan.

Turut melengkapkan aspek prestasi ialah sistem M xDrive memberi kuasa kepada empat roda sekali gus mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sahaja.

Suspensi Adaptif M Dan M Differential Aktif Menyokong Pemanduan Lebih Agresif

Bagi menyokong keupayaan prestasinya, M3 Touring dilengkapi suspensi adaptif M. Malah, sistem M xDrive turut membenarkan pemandu menghantar kuasa secara eksklusif ke gandar belakang.

Bagi menyokong pemanduan lebih agresif, M3 Touring dilengkapi dengan suspensi adaptif M bersama sistem M xDrive menghantar kuasa secara eksklusif ke rear axle.

Melengkapkan pakej pengendalian ialah break kompaun M dengan caliper berwarna merah.

Turut Hadir, Driving Assistant Professional Bersama Aspek Keselamatan

Menyentuh bab keselamatan, M3 Touring dilengkapi dengan pakej Driving Assistant Professional seperti Steering and Lane Control Assistant, Speed Limit Assist dan Lane Change Assistant.

Tambahan pula, ia turut dilengkapi dengan Lane Keeping Assistant dengan perlindungan perlanggaran sisi aktif serta amaran trafik melintas di bahagian hadapan dan belakang termasuklah pakej Parking Assistant Plus.

M3 Touring juga menawarkan Surround View System dan Remote 3D View untuk memudahkan proses meletakkan kereta.

Pilihan Warna Eksklusif Dipadankan Dengan Kulit Merino

Warna hijau yang memukau. (Foto: BMW Malaysia)

BMW Malaysia menawarkan M3 Touring dalam dua warna iaitu Skyscraper Grey yang boleh dipadankan dengan kulit Merino berwarna Yas Marina Blue atau Merino Silverstone.

Warna kedua pula ialah Isle of Man Green boleh dipadankan dengan Merino Kyalami Orange.

Selain itu, ini merupakan harga BMW M3 Touring Competition M xDrive di Malaysia (tanpa insurans):

  • RM898,800 – harga asas dengan jaminan dua tahun sebagai standard.
  • RM950,900 – harga dengan program BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) yang merangkumi jaminan dan pakej servis selama lima tahun.

Menggabungkan prestasi kereta lumba dan praktikal sebuah station wagon, BMW M3 Touring Competition M xDrive membawa satu dimensi baharu kepada pasaran tempatan.

Buat pertama kali untuk peminat di Malaysia kini boleh menikmati prestasi M3 tanpa perlu mengorbankan ruang dan keperluan harian.

Baca Artikel Berkaitan: PUTRA 2: Kereta Lumba Ciptaan Pelajar UPM Bakal Angkat Nama Malaysia Di Pentas Antarabangsa | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Berang Sikap Pemandu Toyota Parkir Kereta Sehingga Halang Laluan Pejalan Kaki | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd