Tiket Separuh Akhir Argentina-England Jadi Rebutan, Harga Meningkat Sehingga RM11,582
Harga tiket perlawanan Perancis dan Sepanyol jauh lebih murah dengan sekitar RM5,401.
- Tiket separuh akhir Argentina lawan England mencecah harga RM11,582, meningkat 34% akibat permintaan tinggi penyokong Argentina di Atlanta.
- FIFA menggunakan sistem harga dinamik, menyebabkan harga tiket berubah mengikut permintaan, dengan tiket perlawanan akhir mencapai sehingga RM46.8 juta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Demam Piala Dunia 2026 semakin memuncak apabila kejohanan bola sepak terbesar dunia itu memasuki peringkat separuh akhir.
Empat gergasi bola sepak dunia bakal berentap, iaitu Argentina, England, Perancis dan Sepanyol, dalam dua perlawanan yang dinanti-nantikan peminat.
Namun di sebalik debaran itu, harga tiket untuk satu perlawanan separuh akhir didapati dijual dengan harga dua kali ganda lebih mahal.
Tiket Argentina Lawan England Jadi Barang Panas

Menurut Al Jazeera, Argentina yang merupakan juara bertahan menjadi tarikan besar apabila bakal menentang England di Stadium Atlanta pada Rabu ini (15 Julai).
Harga tiket paling murah untuk menyaksikan aksi itu telah meningkat sebanyak 34% iaitu dengan anggaran harga AS$2,841 (RM11,582).
Malah, harganya juga pernah cecah sehingga RM12,092 pada hari Sabtu lalu (11 Julai).
Harga tiket tersebut meningkat dua kali ganda berbanding perlawanan untuk menentukan tempat ketiga yang dijual pada harga RM6,290 di Miami.
Salahv h meningkat begitu tinggi kerana lokasinya yang dipenuhi dengan penyokong Argentina.
Selain itu, kelab Major League Soccer (MLS), Atlanta United Football Club (FC) juga mempunyai ramai penyokong Argentina. Manakala, bekas pengurus pasukan kebangsaan Argentina, Gerardo ‘Tata’ Martino telah dilantik sebagai ketua jurulatih kelab itu pada November lalu.
Harga Tiket Perlawanan Antara Perancis Dan Sepanyol Lebih Berpatutan
Menurut Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pasukan Perancis yang kini menduduki ranking nombor 1 di dunia bakal menentang dengan Sepanyol di Dallas pada Selasa ini (14 Julai).
Menurut Al Jazeera, harga tiket perlawanan mereka ialah RM5,401 telah menurun sebanyak 26% dalam tempoh tiga hari ini dan lebih murah jika dibandingkan dengan perlawanan satu lagi.
Permintaan Tinggi Dengan Sistem Harga Dinamik Menjadi Punca Harga Melonjak Naik

“Salah satu sebab utama Piala Dunia diadakan di Amerika Syarikat ialah kerana peluang menjana pendapatan yang ditawarkannya,” kata Profesor sukan Afro-Eurasia di Emlyon Business School Shanghai, Simon Chadwick.
Menurutnya, Amerika Syarikat merupakan pasaran yang ‘matang’, dengan pengguna akan cenderung untuk berbelanja tinggi bagi sukan seperti kerusi lebih selesa dan manfaat lain-lain.
Beliau berkata FIFA turut melaksanakan sistem harga tiket dinamik yang telah digunakan di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun yang lalu.
Untuk pengetahuan umum, sistem harga dinamik ialah strategi jualan harga tiket tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa berdasarkan permintaan dan penawaran.
Pada bulan April lalu, sebanyak empat tiket perlawanan Piala Dunia 2026 telah dijual semula pada harga RM8.15 juta seperti yang disebut oleh Presidennya, Gianni Infantino.
Infantino turut menegaskan badan induk bola sepak perlu memanfaatkan undang-undang di Amerika Syarikat yang membenarkan tiket dijual semula pada harga melebihi nilai asal.
Ratusan Tiket Perlawanan Akhir Masih Ada Untuk Dibeli

Memetik Al Jazeera lagi, harga tiket perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Metlife, New Jersey pada 19 Julai ini 6% lebih murah dengan harga RM27,555.
Sebelum ini, harganya pernah mencapai setinggi RM55,651 pada bulan Oktober lalu, sebelum menurun kepada RM50,151 di bulan Jun dan RM40,407 pada 6 Julai.
Menariknya, tiket perlawanan akhir masih belum habis terjual dan FIFA masih menawarkan hampir 1,200 tiket kategori dua pada harga RM30,088 walaupun telah disenaraikan sold out.
Selain itu, jika anda mahukan kerusi yang lebih dekat dengan padang, sebanyak 68 tiket kategori satu di dek bawah boleh dibeli dengan harga antara RM81,519 hingga RM134,418.
Tambahan pula, terdapat harga pakej Trophy Lounge dan Trophy Lounge+ pada harga RM140,656 dan RM132,502 lengkap dengan makanan serta minuman.
Namun, harga paling mengejutkan datang daripada pasaran jual semula FIFA melihat tiket perlawanan akhir ditawarkan daripada RM30,334 sehingga RM46.8 juta.
Baca Artikel Berkaitan: Pengurus Mesir Lakukan Isyarat ‘X’ Dalam Perlawanan Piala Dunia Menentang Argentina, Ini Maksudnya | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Pemain & Kakitangan Skuad England Bakal Raih Bonus Sebanyak RM103 Juta Jika Berjaya Menang Piala Dunia 2026 | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.