Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mahkamah Persekutuan, hari ini (13 Julai) membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Ini adalah susulan penolakan terhadap rayuan pendakwaan berkenaan empat tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU berjumlah RM1 juta.
Keputusan majoriti itu sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan bekas Presiden MUDA terbabit daripada semua pertuduhan.
Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan
Keputusan Majoriti Dapati Tiada Kesilapan Keputusan Mahkamah Rayuan Sebelum Ini
Dalam penghakiman majoriti 2-1, panel dua hakim, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu, lapor Awani.
Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tidak ada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah sebelum ini.
Sabitan dan hukuman berkenaan adalah berhubung dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu tuduhan salah guna harta dan dua kesalahan pengubahan wang haram dana Armada.
Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Dilepas & Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan
Presiden Mahkamah Rayuan Berbeza Pendapat, Namun Terima Keputusan Majoriti
Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel hakim itu bagaimanapun membuat keputusan berbeza dan bahawa Syed Saddiq sepatutnya disabitkan bagi tiga daripada empat pertuduhan.
Pun begitu, beliau mengakui bahawa pandangannya tidak diutamakan dengan keputusan majoriti terhadapnya.
“Kesimpulannya, saya tidak mendapati kesilapan yang boleh dirayu oleh Mahkamah Rayuan. Walaupun semua tuduhan dan alasan yang diberikan di atas, setiap rayuan ini ditolak, “kata Abu Bakar dipetik MalayMail.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata pihak pendakwaan telah membuktikan berlakunya salah guna dan pengubahan wang haram.
Beliau mencadangkan hukuman enam bulan penjara dan satu sebatan bagi tuduhan penyelewengan yang tidak jujur.
Bagi setiap satu tuduhan dua pengubahan wang haram pula, beliau mencadangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM5 juta, dengan dua tahun penjara jika bayaran gagal dibuat.
Ruzima bagaimanapun mendapati kesimpulan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bahawa pendakwaan gagal untuk membuktikan semua empat tuduhan adalah benar.
Kronologi Kes Tuduhan Pengubahan Wang Syed Saddiq
Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
Susulan itu, Ahli Parlimen Muar itu dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, denda RM10 juta, serta dua sebatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Hormati Keputusan Mahkamah” – Syed Saddiq Umum Bakal Fail Rayuan
Bagaimanapun pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada segala tuduhan selepas membenarkan rayuannya.
Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur kemudiannya memutuskan 30 Jun 2026 sebagai tarikh keputusan rayuan akhir bagi kes terbabit, namun ia ditangguhkan kepada hari ini (13 Julai) susulan seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit (MC).
Presiden Mahkamah Rayuan ‘Usik’ Perancangan Syed Saddiq
Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Abu Bakar sempat ‘mengusik’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu dan berkata pihaknya menyedari bahawa dia mempunyai rancangan berikutan keputusan itu.
“Kami tengok dan tahu apa yang berlaku di sekeliling. Kami tahu responden mempunyai perancangan selepas ini.
“Kami tahu keputusan majoriti ini adalah memihak kepada anda dan berharap agar perancangan anda kini boleh diteruskan,” kata Abu Bakar merujuk kepada perancangan Syed Saddiq untuk mengahwini tunangnya, Bella Astillah.
Baca Artikel Berkaitan: Solat Hajat Untuk Syed Saddiq Diteruskan Di Lokasi Baru, Madrasatul Hajjah Zubaidah PJ
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.