Fosil T-Rex Berumur 67 Juta Tahun Bakal Dilelong Dengan Harga RM122 Juta Di New York
Fosil yang bernama Gus mempunyai 183 tulang menjadikannya rangka T-Rex paling lengkap pernah ditemui.
- Fosil T-Rex berusia 67 juta tahun bernama 'Gus' bakal dilelong di Sotheby's New York pada 14 Julai dengan harga sehingga RM122 juta.
- Gus mengandungi 183 tulang, menjadikannya antara rangka T-Rex paling lengkap pernah ditemui di dunia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Fosil dinosaur yang berusia jutaan tahun sering menjadi rebutan para pengumpul di seluruh dunia.
Baru-baru ini, salah satu rangka Tyrannosaurus rex (T-Rex) terbesar dan paling lengkap pernah ditemui dilaporkan bakal dilelong pada 14 Julai ini.
Fosil berusia 67 juta tahun yang digelar ‘Gus’ itu dijangka akan dijual antara AS$20 Juta hingga AS$30 Juta (RM81.4 juta hingga RM122 juta) di rumah lelong Sotheby’s, New York.
Mengandungi Sebanyak 183 Tulang, Gus Adalah Rangka T-Rex Paling Lengkap

Anggaran harga itu merupakan yang tertinggi pernah diletakkan ke atas sesebuah fosil sebelum dilelong.
Menurut Dexerto, Gus berukuran hampir 38 kaki dari hidung hingga ke ekor dan berdiri lebih daripada 12 kaki.
Rangka itu turut mengandungi sebanyak 183 tulang, sekali gus menjadikannya antara rangka T-Rex paling lengkap pernah dijumpai di dunia.
Menariknya, ia turut memiliki set gastralia atau ‘tulang rusuk perut’, yang lazimnya tiada pada kebanyakan fosil.
Fosil Ditemui Di Sebuah Ladang Ternakan Di Dakota Selatan, Amerika Syarikat

Gus telah ditemui di sebuah ladang ternakan lembu di Dakota Selatan pada tahun 2021.
Namanya diambil sempena Gary ‘Gus’ Licking, individu yang pertama kali mengenal pasti lokasi penemuan tersebut sebelum kerja penggalian bermula.
Menariknya, Gus turut mempunyai beberapa kesan parut menunjukkan cabaran dihadapinya olehnya ketika hidup.
Antaranya seperti kesan retak yang telah sembuh serta kesan gigitan pada tengkorak dan juga badannya.
Ia dipercayai berpunca daripada Gus bertembung dengan pemangsa atau haiwan lain yang lebih besar.
Rekod Fosil Paling Mahal Masih Dipegang Oleh Apex Pada Tahun 2024
Walaupun harga Gus begitu tinggi, ia masih belum cukup untuk menewaskan rekod jualan fosil dinosaur sebelum ini.
Rekod itu masih dipegang oleh Apex, iaitu rangka Stegosaurus yang dijual dengan harga AS$44.6 juta (RM181 juta) pada tahun 2024.
Jika Tidak Mampu Beli Gus, Mungkin Anda Berminat Beli Beg Tangan Diperbuat Dari Kulit T-Rex?

Menariknya, terdapat seutas beg tangan yang didakwa dihasilkan menggunakan kulit T-rex dihasilkan oleh Enfin Levé
Harga beg itu dipercayai dijual dengan harga AS$663,000 (RM2.7 Juta) dihasilkan oleh sekumpulan syarikat ingin mencipta alternatif kulit lebih mesra alam menggunakan protein dinosaur yang dihasilkan semula.
Cara penghasilannya bermula dengan kolagen T-Rex yang diperoleh daripada fosil kemudian diproses menjadi kulit di sebuah makmal.
“Bahan ini mempunyai keunikan tersendiri dan memberi reaksi berbeza daripada mana-mana kulit yang pernah kami gunakan,” kata pereka utamanya, Michal Hadas.
Dari segi rupa, beg ini mempunyai warna gelap dengan tiga garisan pada permukaannya yang direka untuk menyerupai kesan cakaran.
Ia telah dipamerkan di Muzium Art Zoo di Amsterdam pada 2 April tahun lalu dan ditempatkan bersebelahan fosil T-Rex sebenar.
Bagaimanapun, tidak semua pihak yakin bahawa beg itu dihasilkan mengunkan kulit T-Rex.
Menurut ahli paleontologi Universiti Maryland, Thomas Holtz Jr, tiada sampel DNA kulit T-Rex yang wujud untuk menghasilkan kolagen dan ini hanyalah fantasi dicipta oleh syarikat tersebut.
Sotheby’s Merupakan Rumah Lelong Paling Lama Beroperasi Di Dunia

Selain itu, Sotheby’s yang ditubuhkan pada 1744 merupakan rumah lelong seni paling lama beroperasi dan paling diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sotheby’s merupakan rumah lelong seni paling lama beroperasi di peringkat antarabangsa sejak tahun 1744.
Jualan tahunannya dilaporkan melebihi AS$7 bilion, bersamaan RM27.8 bilion.
Rumah lelong ini terkenal dengan penjualan koleksi milik tokoh legenda dunia seperti Andy Warhol pada 1998, Jacqueline Kennedy Onassis pada 1996 serta David Bowie pada 2016.
Malah, ia turut mencatat rekod jualan karya seni seperti lukisan Picasso, Garçon à la pipe pada harga AS$104.2 juta (RM414 juta), serta karya Andy Warhol, Silver Car Crash pada AS$108.4 juta (RM430 juta).
Gus Bukanlah Fosil Dinosaur Pertama Dilelong Oleh Sotheby’s

Untuk pengetahuan umum, Gus bukanlah fosil dinosaur pertama yang dilelong oleh Sotheby’s.
Pada tahun 2025, satu-satunya fosil Ceratosaurus telah dijual pada harga AS$30.5 juta (RM124 juta).
Fosil itu berjaya dijual selepas tawaran dibuka selama enam minit dengan pembelinya akan meminjamkannya kepada sebuah insititusi.
Setakat ini, hanya tiga fosil Ceratosaurus diketahui wujud di dunia. Manakala, sebelum itu, Apex pula mengukir namanya dalam sejarah apabila menjadi fosil paling bernilai pernah dijual dengan harga RM181 juta.
Rekod itu berjaya mengatasi ‘Sue’, iaitu dinosaur pertama pernah dilelong pada tahun 1997.
Baca Artikel Berkaitan: Jersi Pelé dari Final Piala Dunia 1958 Dijangka Bakal Cecah RM23.79 Juta di Lelongan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.