Now Reading
Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Kepada Pekerja Tidak Lagi Wajib

Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Kepada Pekerja Tidak Lagi Wajib

Untuk rekod, PERKESO mula melaksanakan Skim LINDUNG 24 Jam pada 1 Jun lalu susulan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

In Brief
  • Jemaah Menteri memutuskan caruman Skim LINDUNG 24 Jam tidak lagi mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.
  • Caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja bagi fasa pertama kini bersifat pilihan, bukan kewajipan seperti sebelumnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diumumkan pada awal Jun lalu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan memaklumkan skim tersebut akan memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja formal, termasuk bagi kemalangan dan bukan bencana kerja yang berlaku di luar waktu bekerja.

Walaupun ada pihak menyuarakan kebimbangan, beliau menegaskan skim itu tidak sepatutnya dianggap sebagai beban kerana ia bertujuan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pencarum serta keluarga mereka.

Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Kini Tidak Lagi Mandatori

Bagaimanapun, Jemaah Menteri semalam (8 Julai) memutuskan bahawa caruman Skim LINDUNG 24 Jam tidak lagi diwajibkan kepada semua pekerja.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dan berkuat kuasa serta-merta.

Ini bermakna caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja bagi fasa pertama kini dibuat secara sukarela.

“Perdana Menteri telah membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja bagi LINDUNG 24 Jam di bawah PERKESO.

“Justeru, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa caruman itu tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

“Kenyataan lanjut berhubung keputusan ini akan diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” katanya menerusi Berita Harian.

Sebelum Ini Pekerja Perlu Tanggung Caruman Sendiri

Untuk rekod, PERKESO mula melaksanakan Skim LINDUNG 24 Jam pada 1 Jun lalu susulan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Melalui pindaan itu, perlindungan keselamatan sosial diperluaskan kepada pekerja termasuk ketika berada di luar waktu bekerja, seperti pada cuti umum dan hari kelepasan am.

Ramanan sebelum ini menjelaskan bahawa caruman skim berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tiga fasa, dengan had siling gaji bagi tujuan caruman ditetapkan pada RM6,000.

Apa yang menjadi perhatian ialah caruman tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pekerja.

Kadar caruman mengikut fasa
  • Fasa pertama (dua tahun pertama): 0.75%
  • Fasa kedua (tiga tahun berikutnya): 1.00%
  • Fasa ketiga (tahun keenam dan seterusnya): 1.25%
Contoh kadar caruman (Fasa 1)
  • Gaji RM1,700: sekitar RM12.75
  • Gaji RM3,000: sekitar RM22.50
  • Gaji RM5,000: sekitar RM37.50

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd