Now Reading
Jutawan Belanja RM8.1 Juta Setahun Untuk Hidup Selamanya, Kini Menghidap Penyakit Yang Tiada Penawar

Jutawan Belanja RM8.1 Juta Setahun Untuk Hidup Selamanya, Kini Menghidap Penyakit Yang Tiada Penawar

Bryan Johnson mendedahkan dirinya menghidap autoimmune gastritis (AIG) yang menyerap lapisan perut sendiri.

In Brief
  • Bryan Johnson, yang berbelanja RM8.1 juta setahun untuk melawan penuaan, didiagnosis menghidap autoimmune gastritis, penyakit yang tiada penawar.
  • Johnson menggesa orang ramai supaya tidak mengabaikan pemeriksaan kesihatan, kerana tiada simptom bukanlah bukti seseorang itu sihat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bryan Johnson merupakan seorang usahawan dari Amerika Syarikat dan terkenal apabila sanggup membelanjakan hampir AS$2 Juta (RM8.1 Juta) setahun semata-mata untuk melawan penuaan.

Namun segala usaha dan rutin kesihatan dilakukan oleh jutawan yang berusia 48 tahun itu tetap gagal menghalang satu perkara yang tidak dijangka.

Beliau telah mendedahkan dirinya menghidap autoimmune gastritis (AIG), sejenis penyakit yang jarang berlaku.

Menerusi hantarannya di platform X, Johnson memberitahu pengikutnya dengan menulis, “I have an autoimmune disease. My stomach is eating itself.” bermaksud beliau menghadapi penyakit AIG dan perut sedang ‘makan dirinya sendiri’.

Apa Itu Autoimmune Gastritis (AIG)?

Gambaran penyakit AIG. (Foto: Dr Pedro)

AIG ialah satu penyakit yang jarang berlaku apabila sistem imun badan yang sepatutnya melindungi kita, tersilap menyerang lapisan dinding perut sendiri menyebabkan berlakunya kerosakan.

Menurut Johnson, penyakit ini bermula secara senyap tanpa sebarang tanda dan ia dianggarkan menjejaskan kira-kira 2 hingga 5% orang, dan jika tidak dikesan, boleh membawa kepada kekurangan zat besi, anemia, malah meningkatkan risiko kanser perut.

Penyakit Yang Tersembunyi Selama Bertahun-Tahun

Bryan Johnson. (Foto: Luxus Magazine)

Johnson mendedahkan penyakit itu berkemungkinan telah berkembang tanpa disedari sejak lama lagi.

Pada usia 21 tahun, beliau pernah didiagnosis hipotiroidisme, iaitu keadaan apabila kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon mencukupi, dan mengatasinya menerusi terapi penggantian hormon.

Namun, tanpa disedari, satu lagi gangguan autoimmune merosakkan perutnya secara senyap.

Lebih dari sedekad, doktor berulang kali memastikan paras ferritin Johnson sentiasa rendah kerana ia adalah penanda simpanan zat besi dalam badan.

Kerana paras hemoglobinnya kelihatan biasa, perkara ini tidak diambil berat dan Johnson dipercayai telah mencuba pelbagai suplemen zat besi serta perubahan diet tetapi tidak berhasil.

Ujian Darah Mendedahkan Punca Sebenar

Titik perubahan berlaku selepas Johnson menukar keseluruhan pasukan perubatannya dan mengarahkan endoskopi dua hala, ujian darah serta biopsi perut, iaitu prosedur mengambil sampel kecil tisu untuk diperiksa.

Hasilnya adalah seperti berikut:

  • Ujian darah menunjukkan antibodi anti-parietal cell, iaitu antibodi yang menyerang sel penghasil asid dalam perut berada hampir lima kali ganda melebihi had normal.
  • Hasil biopsi mengesahkan AIG pada peringkat awal.
  • Ujian kolonoskopinya menunjukkan tiada pendarahan dalaman.

Menurut Johnson, diagnosis itu dikenali sebagai thyrogastric syndrome.

Penyakit Yang Tiada Ubat

Bryan tidak patah semangat untuk cari penawar. (Foto: Fortune)

Yang lebih memberat, diagnosis itu sukar diterima kerana perubatan konvensional menganggap autoimmune gastritis sebagai penyakit yang tidak boleh diubati.

Untuk pengetahuan umum, majoriti pakar perubatan menganggap AIG sebagai penyakit yang tiada penawar.

Ia hanya boleh melambatkan sakit merebak, bukan disembuhkan.

Buat masa ini, Johnson telah berjaya dipulihkan selepas menerima infusi zat besi Monoferric sebanyak 1,000 mg tetapi kini terpaksa menjalani pemantauan seumur hidup bagi mengesa kekurangan vitamin serta risiko kanser perut.

Namun begitu, Johnson sedang giat menghimpunkan sekumpulan penyelidik untuk mencari penawar bagi penyakitnya.

Pasukannya sedang merancang untuk meneroka pelbagai jalan untuk mencari penawarnya seperti rawatan sel-T, terapi menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain.

Amaran Johnson Untuk Semua

Johnson mengakhiri hantarannya dengan satu mesej yang bertulis, “The absence of symptoms is not the presence of health.” membawa maksud tiada simptom bukanlah bukti seseorang itu sihat.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengabaikan pemeriksaan kesihatan semata-mata rasa sihat.

Diagnosis terbaharunya adalah bukti bahawa gaya hidup paling sihat sekalipun tidak semestinya mampu menghalang penyakit tersembunyi.

Lelaki Yang Ingin Kekal Hidup Selamanya

Johnson terkenal dengan gaya hidup sihatnya. (Foto: Christianity Today)

Bryan Johnson terkenal melalui media sosial menerusi usaha anti-penuaannya yang dikenali sebagai Project Blueprint, berpaksikan falsafah jangan mati.

Pada 2023, beliau menjalani enam siri pemindahan plasma sebanyak satu liter setiap bulan, malah anaknya sendiri menjadi penderma bagi salah satu pemindahan itu.

Beliau bagaimanapun berkata tidak akan mengulanginya kerana tiada manfaat, dan Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika (FDA) turut menyatakan pemindahan seperti itu tiada manfaat serta mungkin berbahaya.

Selain itu, Johnson juga seorang pengasas, pengerusi dan CEO Braintree, sebuah syarikat dalam sistem pembayaran mudah alih dan web untuk perniagaan dalam talian.

Baca Artikel Berkaitan30% Warga Emas Di Malaysia Hidap 3 Penyakit Tidak Berjangkit – NHMS 2025 | TRP

Baca Artikel BerkaitanIni Cara Terbaik Untuk Jaga Emosi & Kesihatan Jantung Bila Terlampau Stres | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd