24,751 Pengundi Awal PRN Johor Mengundi Esok Di 64 Pusat Seluruh Negeri
Kumpulan pengundi awal itu terdiri daripada 12,041 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 12,710 anggota Polis Diraja Malaysia serta Pasukan Gerakan Am, bersama pasangan masing-masing.
- Seramai 24,751 pengundi awal akan mengundi esok melibatkan 64 pusat mengundi di seluruh negeri, dibuka serentak jam 8 pagi.
- Pengundi awal terdiri daripada anggota ATM, PDRM dan PGA berserta pasangan, dengan 3,565 petugas PDRM digerakkan bagi memastikan kelancaran proses.
- PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian bagi 2.7 juta pengundi biasa pada Sabtu ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Proses pengundian awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dijadualkan berlangsung esok.
Seramai 24,751 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka, melibatkan 64 pusat mengundi awal yang dibuka di seluruh negeri.
Kumpulan pengundi awal itu terdiri daripada 12,041 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan, manakala 12,710 lagi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.
Dibuka Secara Serentak Tepat Pada Jam 8 Pagi

Proses undi awal bagi kumpulan itu melibatkan 53 pusat mengundi bagi PDRM dan 11 pusat mengundi untuk ATM, yang dijadualkan dibuka serentak tepat jam 8 pagi.
Proses undian awal bagi kumpulan ini melibatkan 53 pusat pengundi bagi PDRM, 11 pusat mengundi untuk ATM dijadualkan dibuka serentak tepat jam 8 pagi.
Menurut BERNAMA, seramai 12,067 PDRM akan mengundi secara fizikal di pusat yang telah ditetapkan esok, manakala 643 lagi melaksanakan tanggungjawab melalui kaedah undi pos.
Selain itu, bagi memastikan kelancaran proses pengundian awal, sebanyak 3,565 petugas PDRM digerakkan, terdiri daripada 647 pegawai, 2,806 anggota dan 112 pegawai awam.
Ini memastikan pusat mengundi berada dalam keadaan selamat dan terkawal termasuk pengiringan peti undi, kawalan lalu lintas, rondaan pencegahan jenayah, pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang di semua kawasan terlibat.
Pusat Undi Akan Ditutup Secara Berperingkat Antara 12 Tengah Hari Hingga 6 Petang

Waktu penutupan pusat mengundi awal esok dilakukan secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, bergantung kepada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar di pusat masing-masing.
Sebagai info tambahan, waktu penutupan pusat mengundi awal esok dilakukan secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, bergantung kepada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar di pusat masisng-masing.
Antara pusat yang ditutup pada 12 tengah hari ialah seperti berikut:
- Balai Polis Buloh Kasap, Segamat
- Balai Polis Tenang, Labis
- Balai Polis, Bandar Penawar
Kerana pusat ini mempunyai antara enam hingga 28 pengundi. Sementara itu, terdapat 3 pusat mengundi mempunyai pengundi tertinggi iaitu:
- Dewan Polis Simpanan Persekutuan No 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi DUN Stulang sebanyak 1,338 pengundi
- Tabika Kemas Batalion 6 PGA Bakri bagi DUN Bukit Naning sebanyak 927 pengundi
Hujan Diramal Di Beberapa Daerah Pada Hari Pengundian
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan pada sebelah pagi di daerah Batu Pahat, Muar, Pontian dan Tangkak, manakala daerah lain dijangka cerah.
56 Kerusi DUN Bakal Direbut Sabtu Ini

Secara keseluruhan, PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian bagi 2.7 juta pengundi biasa ditetapkan pada Sabtu ini.
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing bertanding kesemua 56 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) bertanding 33 kerusi.
Selain tiga parti utama itu, beberapa parti lain turut menyertai persaingan, iaitu Bersama yang bertanding 15 kerusi dan Muda yang meletakkan empat calon, di samping enam calon bebas.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, tiga kerusi akan menyaksikan pertarungan lima penjuru. Selain itu, 14 kerusi menyaksikan pertarungan dua penjuru, 27 kerusi tiga penjuru, manakala 12 kerusi lagi empat penjuru.
PRN Johor kali ini turut menampilkan calon termuda bernama Danish Rahman daripada PH berusia 23 tahun (Johor Lama) dan calon tertua pula Lim Chin Eng mewakili PN berusia 73 tahun (Stulang).
Untuk melihat senarai penuh calon yang bertanding pada PRN Johor 2026, layari link ini.
Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor & Negeri Sembilan 2026: Ini Cara Semak Pusat Mengundi & Info Penting Lain | TRP
Baca Artikel Berkaitan: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.