Now Reading
Berebut Penghawa Dingin Murah, Ratusan Rakyat Perancis Serbu Pasar Raya Sebelum Gelombang Haba Melanda

Berebut Penghawa Dingin Murah, Ratusan Rakyat Perancis Serbu Pasar Raya Sebelum Gelombang Haba Melanda

20% rumah di Eropah tidak dilengkapi dengan pendingin hawa membuatkan mereka kurang bersedia menghadapi suhu panas melampau.

In Brief
  • Ratusan warga Perancis berebut membeli pendingin hawa murah di Lidl, menyebabkan pergaduhan dan polis terpaksa dipanggil ke kedai.
  • Gelombang haba terburuk dalam sejarah Eropah meragut lebih 1,000 nyawa di Perancis, mendorong permintaan pendingin hawa melonjak tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ratusan orang menyerbu pasar raya Lidl di Paris dalam usaha mendapatkan unit pendingin hawa dengan harga murah semalam (2 Julai).

Ini kerana benua Eropah sedang mengalami gelombang panas terburuk dalam sejarah dan suhu dijangka bakal meningkat menjelang hujung minggu ini.

Keadaan di pasar raya menjadi kelam-kabut sehingga berlaku pertengkaran, pergelutan ketika orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Negara 4 Musim Pun Terkesan” – Pakar Fizik Dedah Kenapa Malaysia Sangat Panas Waktu ini | TRP

Polis Dipanggil Untuk Mengawal Situasi Semasa

Air ditembak untuk menyejukkan suasana. (Foto: NY Times)

Menurut laporan CNA Lifestyle, pendingin hawa sukar diperoleh pada harga bawah 1,200 euro (RM5,597) seunit.

Pasar Raya Lidl menawarkan model asas serendah 179 Euro (RM834), sekali gus menarik perhatian orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan dan polis terpaksa dipanggil ke sekurang-kurangnya dua buah kedai.

Salah seorang pelanggan, Mousa Traore berkata dia sudah menunggu lebih sejam bersama-sama 200 pelanggan lain di sebuah kedai Lidi di utara Paris dan dimaklumkan oleh pengurus di situ hanya tinggal dua unit sahaja.

Berlaku Pertengkaran Ketika Orang Ramai Berebut Dan Memotong Barisan

Gambaran suhu di Eropah. (Foto: Wikipedia)

Terdapat beberapa pertengkaran tercetus apabila ada yang cuba memotong barisan walaupun majoritinya kekal bersabar walaupun ramai orang.

“Saya tidak akan membuka kedai ini melainkan anda semua beredar.” kata seorang pengurus Lidi ketika dilayan dengan teruk oleh segelintir pelanggan.

Selain itu, ratusan orang turut menyerbu sebuah pasar raya di Sevran dengan tujuan sama dilihat deretan kereta beratur menunggu giliran sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Keadaan yang sama turut berlaku di kawasan bernama Livry-Gargan.

“Saya mengalah. Ini perkara gila. Saya tinggalkan kereta di tempah jauh dan mengambil keputusan untuk berjalan kaki, tetapi sudah ada barisan panjang di tempat letak kereta. Mustahil untuk saya beli satu.” kata seorang penduduk.

8 Daripada 10 Rakyat Perancis Anggap Pendingan Hawa Tidak Mesra Alam

Sebelum ini, majoriti rakyat Perancis meragui penggunaan pendingin hawa dengan satu tinjauan mendapati lapan daripada 10 orang menganggapnya tidak mesra alam.

Namun, sikap itu dilihat mula berubah apabila suhu terus meningkat dengan unit pendingin hawa laris dijual di pasar raya. Contohnya seperti di Carrefour telah berjaya menjual 30,000 unit dalam satu hari.

Selain itu, peratusan isi rumah yang mempunyai pendingin hawa meningkat daripada 18% pada 2023 kepada 24% pada 2025.

Gelombang Haba Terburuk Dalam Sejarah Eropah Ragut Lebih 1,000 Nyawa Di Perancis

Contoh rumah di Eropah yang tidak sesuai untuk musim panas. (Foto: The Economist)

Menurut laporan CNA, gelombang haba yang melanda Eropah tahun ini bermula pada 20 Jun lalu dan merupakan yang terburuk pernah direkodkan dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius di Poland, Republik Czech dan Jerman sehingga merosakkan infrastruktur.

Di Perancis pula telah meragut lebih 1,000 nyawa majoritinya membabitkan warga emas. Selain itu, sekolah diarahkan tutup termasuk pembatalan beberapa festival muzik.

Sebelum ini musim panas di Eropah selalunya nyaman membuatkan sekitar 20% rumah di Eropah tidak dilengkapi dengan pendingin hawa menyebabkan kebanyakan rakyat kurang bersedia menghadapi gelombang haba ini.

Tambahan pula, Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu telah meluluskan tempahan 30,000 unit penghawa dingin untuk hospital.

Manakala, ahli politik Geoffroy Boulard pula mengambil keputusan untuk menghantar unit pendingin hawa ke beberapa sekolah di daerahnya kerana pihak berkuasa lambat bertindak.

Permintaan Pendingin Hawa Buatan China Melonjak Di Eropah

Pendingin hawa. (Foto: Air Conditioning)

Laporan dari CNA mengatakan pengeluar pendingin hawa di China kini sedang meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang melonjak dari Eropah.

Ini kerana Eropah mempunyai banyak bangunan lama yang dibina untuk menahan cuaca sejuk, bukannya panas melampau dan di bandar seperti Paris, kos pemasangan satu unit pendingin hawa selalunya terlalu mahal serta rumit kerana terdapat banyak peraturan perlindungan yang melarang pengubahsuaian sesuka hati.

Menurut Midea, kos memasang pendingin hawa di Eropah boleh mencecah lebih AS$1,137 (RM4,626) berada di luar kemampuan kebanyakan majoriti isi rumah.

Justeru itu, mereka mengeluarkan model mampu milik yang tidak memerlukan pemasangan dan lebih sesuai dengan kebanyakan jenis tingkap di Eropah.

Kesannya dapat dilihat dengan peningkatan jualan sebanyak 70% di Perancis, Sepanyol, Jerman dan Inggeris.

Selain itu, Gree Electric Appliances turut mencatat peningkatan jualan lebih 40% di Perancis, Itali dan Sepanyol dari Januari hingga Jun.

Tahun lepas, negara China telah mengeksport pendingin hawa bernilai hampir AS$28 bilion (RM113 bilion), mewakili 40% daripada eksport global dan meningkat lebih dua kali ganda dari Januari hingga Mei di negara seperti Perancis, Belanda dan Belgium.

Selain China, pengeluar dari Korea Selatan dan Jepun seperti Samsung dan LG turut mencatat peningkatan jualan dua angka di Sepanyol, Itali dan Perancis.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Berpotensi Hadapi El Nino Paling Panas, Gelombang Haba Cecah 40°C | TRP

Baca Artikel Berkaitan: MetMalaysia Gesa Rakyat Malaysia Siap Sedia Hadapi Musim Panas & Kering, El Nino | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd