Now Reading
Organisasi Kesihatan Saran Air Kosong Dijadikan Percuma Di Seluruh Kedai Makan Untuk Kurangkan Minuman Manis

Organisasi Kesihatan Saran Air Kosong Dijadikan Percuma Di Seluruh Kedai Makan Untuk Kurangkan Minuman Manis

Menurut kajian National Health and Morbidity Survey 2023, 1 daripada 5 rakyat Malaysia berdepan masalah obesiti kerana kerap minum air manis.

In Brief
  • Galen Centre menyeru semua kedai makan menyediakan air percuma kepada pelanggan bagi menggalakkan gaya hidup sihat.
  • Ketiadaan air percuma mendorong pelanggan memilih minuman manis, memburukkan lagi krisis obesiti dan penyakit tidak berjangkit di Malaysia.
  • Satu daripada lima rakyat Malaysia tidak minum air mencukupi setiap hari, dengan majoriti orang dewasa menghadapi masalah berat badan berlebihan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majoriti rakyat Malaysia hari ini berdepan dengan masalah obesiti kerana tabiat pemakanan tidak sihat serta kekurangan minum air.

Baru-baru ini, Gelen Centre for Health and Social Policy menyeru semua kedai makan di negara menyediakan minuman air percuma kepada pelanggan.

Menurut mereka, langkah tersebut akan menggalakkan gaya hidup lebih sihat serta mengurangkan pengambilan gula.

Galen Centre Saran Minuman Air Percuma Dikuatkuasakan Menerusi Perundangan

Terdapat pelbagai pilihan minuman manis di negara kita. (Foto: Utusan)

Menurut laporan BFM, Galen menyeru keperluan ini wajar diperkenalkan menerusi sistem perundangan atau meletakannya dalam syarat perniagaan seperti di restoran, kafe, medan selera, kedai mamak dan lain-lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Mohd Khalib, cadangan itu merupakan langkah kesihatan awam yang mudah, praktikal dan berkos rendah, menjadikan air kosong sebagai pilihan minuman paling mudah serta mampu milik.

“Akses kepada air minuman percuma tidak seharusnya bergantung pada sama ada pelanggan sanggup atau mampu membeli air botol, minuman manis atau minuman panas,” katanya dalam satu kenyataan.

“Dalam sebuah negara yang berdepan krisis obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang semakin teruk, air kosong perlu dijadikan pilihan paling mudah, paling mudah diperoleh dan paling mampu milik.” tambah Azrul.

Tiada Air Percuma Mendorong Pelanggan Memilih Minuman Manis

Aneka minuman manis. (Foto: The Takeout)

Menurut Azrul, kekurangan air kosong percuma di kedai makan sering mendorong pelanggan untuk memilih minuman manis dan berkalori tinggi terutama mereka yang kerap makan di luar.

Beliau berkata keadaan itu lebih membimbangkan bagi kanak-kanak, remaja, keluarga berpendapatan rendah serta golongan yang kerap makan di luar seperti pekerja syif.

Selain itu, masalah di Malaysia bukan sekadar rakyatnya makan terlalu banyak, tetapi turut mengambil kuantiti gula dengan banyak.

Solusi terbaik adalah untuk menyediakan minuman air percuma di semua kedai makan akan membantu mengubah sikap ramai untuk memilih pilihan lebih sihat berbanding minuman manis.

1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Tidak Cukup Minum Air Setiap Hari

Amalkan kerap minum air untuk tubuh badan lebih sihat. (Foto: My Doctor online)

Memetik dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, Azrul berkata satu daripada lima rakyat Malaysia tidak minum air yang mencukupi setiap hari.

Selain itu, lebih separuh orang dewasa di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obes termasuklah kanak-kanak.

Lebih menyeramkan, majoritinya menghidap penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, strok, penyakit buah pinggang, barah dan lain-lain.

Ia turut akan meningkatkan kos penjagaan kesihatan kepada keluarga, majikan, syarikat insurans dan sistem kesihatan awam.

“Keperluan menyediakan air minuman percuma tidak akan menyelesaikan masalah penyakit tidak berjangkit, namun ia merupakan langkah asas yang penting.” kata Azrul.

“Ia menghantar isyarat kesihatan awam yang jelas bahawa air ialah minuman utama, bukannya satu pilihan.” tambahnya.

Beberapa Negara Sudah Mewajibkan Air Minuman Percuma

Azrul turut merujuk beberapa negara seperti Sepanyol, Inggeris, sebahagian Australia dan India yang mewajibkan restoran atau premis berlesen menyediakan air minuman percuma.

Malaysia wajar belajar daripada contoh itu dan memastikan ia terpakai secara meluas untuk bantu mengubah tabiat minum air manis.

5 Kebaikan Minum Air Masak Setiap Hari Kepada Kesihatan Anda

Minum air kosong ada banyak manfaatnya. (Foto: Mineral Water Supplies)

Untuk pengetahuan umum, air memainkan peranan penting dalam memastikan badan kita berfungsi di tahap optimal seperti lima manfaat ini:

#1. Mengurangkan sakit sendi

Menurut Medical News Today, apabila badan kekurangan air, dehidrasi akan berlaku mengurangkan keupayaan sendi menyerap impak pergerakan, sekali gus menyebabkan sakit sendi.

#2. Menghantar Oksigen Ke Seluruh Badan

90% darah ialah air dan tugas utamanya adalah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita.

Kekurangan air bermakna tubuh badan tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi.

#3. Kulit Bertambah Sihat & Sinar

Air sangat membantu untuk tingkatkan lapisan pelindung kulit supaya dapat mengelak daripada mengalami masalah kulit.

#4. Menyokong Sistem Penghadaman

Usus kita sangat memerlukan air untuk berfungsi dengan baik dan jika mengalami dehidrasi boleh menyebabkan masalah penghadaman, sembelit serta perut berasid.

Selain itu, ia akan meningkatkan risiko pedih ulu hati serta ulser perut dan air juga diperlukan untuk memudahkan kita membuang air kecil atau besar.

#5. Mencegah Kerosakan Buah Pinggang

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk mengawal cecair dalam tubuh badan dan jika kekurangan air boleh menyebabkan penghasilan batu karangan dan lain-lain kerosakan.

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum Setiap Hari?

Jumlah air yang diperlukan berbeza bagi setiap individu, bergantung kepada umur, jantina, tahap aktiviti dan sebagainya.

Menurut Academy of Nutrition and Dietetics menyarankan untuk minum sebanyak 11.5 cawan sehari bagi wanita. 15.5 cawan sehari bagi lelaki dan 5 hingga 11 cawan bagi kanak-kanak bergantung kepada umurnya.

Pengambilan air sangat penting ketika demam, cuaca panas, cirit-birit dan muntah, atau ketika melakukan aktiviti fizikal supaya tubuh badan kekal sihat dan berada di tahap paling optimum.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Betul Ke Ibu Berpantang Tak Boleh Minum Air Berais? Ini Penjelasan Doktor | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Nasihat Jangan Minum Air Kosong Sahaja Ketika Sahur, Ini Sebabnya | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd