Now Reading
Pernah Tertarik Dengan Bau Seseorang Tanpa Sebab? Ini Penjelasan Saintifik Di Sebaliknya

Pernah Tertarik Dengan Bau Seseorang Tanpa Sebab? Ini Penjelasan Saintifik Di Sebaliknya

Menurut satu kajian dari Universiti Bern, kita akan lebih tertarik dengan pasangan yang mempunyai bau badan yang berbeza.

In Brief
  • Kita secara semula jadi lebih tertarik kepada bau seseorang yang mempunyai sel sistem imun berbeza daripada kita.
  • Kajian t-shirt membuktikan wanita cenderung memilih bau lelaki dengan sel MHC berbeza, demi melahirkan anak lebih sihat.
  • Pil perancang boleh mengubah hormon wanita, menjejaskan deria bau dan mengubah jenis bau lelaki yang disukai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tarikan terhadap pasangan sering dikaitkan dengan perasaan, perwatakan atau penampilan seseorang.

Namun, terdapat satu faktor yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran kita, iaitu bau badan.

Tanpa kita sedari, kita lebih cenderung tertarik kepada bau seseorang yang mempunyai sel sistem imun berbeza daripada kita.

Kita Lebih Cenderung Suka Bau Yang Berbeza Daripada Diri Sendiri

Gambar sekadar hiasan. (Foto: Yale Medicine)

Setiap orang mempunyai bau badan semula jadi yang tersendiri. Menariknya, kita tidak menyukai semua bau secara sama rata.

Menurut Dr Martha McClintock, pakar feromon dari Amerika Syarikat mengatakan deria bau manusia begitu sensitif sehingga mampu mengesan perbezaan bau sel imun seseorang.

Selain itu, kajian di Universiti Chicago, turut mendapati bau yang digemari oleh seorang wanita diwarisi oleh bapanya, menunjukkan tarikan kita terhadap bau sesuatu bukannya sekadar kebetulan, sebaliknya sudah sedia ada dalam sel badan kita.

Kajian T-shirt Membuktikan Tarikan Berkaitan Bau Dan Sel Imun

Kajian baju-T. (Foto: Lifestyle Asia)

Salah satu kajian yang sangat popular bila merujuk tentang perkara ini ialah eksperimen yang dipanggil ujian t-shirt.

Dalam kajian itu, 44 lelaki diminta memakai t-shirt ketika tidur selama dua malam. Mereka tidak dibenarkan memakai deodoran, minyak wangi, atau makan makanan pedas supaya bau badan mereka kekal.

Kemudian, sekumpulan wanita diminta menghidu baju tersebut dan pilih bau kegemaran. Hasilnya mereka akan pilih bau yang paling berbeza daripada diri sendiri dan ini dikenali sebagai sel MHC.

Kenapa Sel MHC Sangat Penting?

Untuk pengetahuan umum, sel MHC merujuk kepada sel yang mengawal sistem imun, iaitu perlindungan badan terhadap penyakit, kuman dan jangkitan.

Apabila satu pasangan mempunyai sel MHC berbeza, anaknya akan mewarisi sistem imun yang lebih kuat.

Sebabnya, tubuh badan kita secara semula jadi akan memilih pasangan yang berbeza sel badan, demi melahirkan anak yang lebih sihat.

Terdapat Perkhidmatan Cari Jodoh Berdasarkan Bau Badan

Gambar sekadar hiasan. (Foto: CNA)

Percaya atau tidak, terdapat perkhidmatan cari jodoh berdasarkan bau badan yang dikenali sebagai smell dating.

Perkhidmatan itu akan memadankan seseorang dengan pasangan berdasarkan bau badan, dan bukan gambar atau profil seperti aplikasi biasa.

Caranya mudah sahaja, setiap peserta perlu memakai baju-T putih selama tiga hari tanpa minyak wangi atau deodoran dan akan menerima baju peserta lain untuk dihidu.

Kemudian, mereka akan memilih bau yang paling digemari untuk dijadikan satu pasangan.

Mungkin selepas ini cara untuk mencari jodoh bukan sahaja melalui paras rupa dan personaliti, ia adalah bau badan.

Betul Ke Pil Perancang Boleh Ubah Hormon & Ganggu Deria Bau Wanita?

Penggunaan pil perancang hormon dilaporkan boleh mengubah jenis bau yang disukai oleh seorang wanita.

Menurut pakar psikologi dan tingkah laku, Dr Sarah Hill, pil perancang boleh mengubah hormon dalam badan wanita, lalu mengubah bau deria bau mereka.

Kesannya seperti wanita akan lebih suka bau lelaki yang hampir sama, bukan berbeza.

Tambahan pula, apabila wanita berhenti mengambil pil perancang, hormon mereka akan kembali seperti biasa dan pada waktu itu, bau pasangan yang disukai boleh terasa kurang menyenangkan.

Namun, ia bukan satu alasan untuk meninggalkan pasangan anda! Sebaliknya hanyalah fakta menarik tentang tubuh badan kita.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Sental Habis-habisan Tapi Masih Bau Kepam. Ini Tips Terbaik Untuk Basmi Bau Degil Di Rumah | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Tumpahan Bahan Kimia Di Rawang Sebabkan Pencemaran Bau Di Sungai Kundang, JAS Tahan 2 Individu | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd