Now Reading
Kenapa Isyarat Lima Jari Ini Cetus Kontroversi Tegang Selepas Brazil Tewaskan Jepun 2 – 1

Kenapa Isyarat Lima Jari Ini Cetus Kontroversi Tegang Selepas Brazil Tewaskan Jepun 2 – 1

Bintang Manchester United, Matheus Cunha dikecam selepas menunjukkan lima jari merujuk kepada lima Piala Dunia dijuarai oleh Brazil.

In Brief
  • Matheus Cunha sparked controversy by flashing five fingers after Brazil's 2-1 win over Japan, referencing Brazil's five World Cup titles.
  • Cunha defended his gesture, saying Japan player Kento Shiogai had claimed Brazil were no longer a football powerhouse.
  • Despite the controversy, Cunha was praised for consoling Japan's Ao Tanaka after the match, earning him widespread respect.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aksi pusingan 32 terakhir Piala Dunia 2026 antara Brazil dan Jepun berakhir dengan penuh drama dan kontroversi.

Bintang Manchester United, Matheus Cunha dikecam ramai kerana satu isyarat yang dianggap menghina Jepun, sebaik pasukannya meraih kemenangan.

Sejurus selepas perlawanan, Cunha dirakam mengangkat lima jari, isyarat yang merujuk kepada lima gelaran Piala Dunia dimiliki oleh Brazil.

Baca Artikel Berkaitan: Skuad Korea Selatan Boikot Media Tempatan Selepas Kantoi Mengutuk Son Heung-Min | TRP

Isyarat Lima Jari Mengundang Kemarahan Penyokong Jepun

Cunha bersama rakan pasukannya. (Foto: @cunha/Instagram)

Menurut laporan dari Al Jazera, kontroversi itu berlaku sebaik tamat perlawanan, apabila Brazil menewaskan Jepun dengan keputusan 2-1 di Houston, pagi tadi (30 Jun).

Gabriel Martinelli, yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, muncul wira apabila menjaringkan gol penentu pada minit keenam masa kecederaan.

Cunha turut dilaporkan berkata, “kami ada lima (juara Piala Dunia). Hormat.”

Tindakan itu mengundang kemarahan ramai penyokong dengan seorang peminat berkata, “tunjukkan sedikit rasa hormat.”

Seorang lagi pula berkata, “Jepun adalah negara paling merendah diri di Piala Dunia, dan amat teruk untuk Matheus Cunha tidak menghormati mereka seperti itu.”

“Ia berbeza jika penyokong mengejek anda, tetapi apabila mereka tidak berbuat demikian, tindakan itu benar-benar tidak boleh diterima,” tulisnya.

Sindiran Cunha Berpunca Daripada Kenyataan Pemain Jepun

Tindakan lima jari Cunha dipercayai berpunca daripada pemain Jepun, Kento Shiogai berkata, “Brazil bukan lagi kuasa besar bola sepak”.

Cunha kemudian menjelaskan sebab di sebalik tindakannya.

“Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Jepun, mereka hebat. Tetapi dia mengatakan beberapa perkara mengenai Brazil yang tidak boleh kami terima,” katanya.

“Ia mengenai rasa hormat terhadap kami dan jersi yang kami wakili.” tambah Cunha.

Cunha Turut Dipuji Kerana Memujuk Dan Menenangkan Pemain Jepun

Pasukan bola sepak Jepun. (Foto: FIFA)

Di sebalik kontroversi itu, Cunha turut menerima pujian selepas dilihat menenangkan pemain Jepun, Ao Tanaka, selepas tamat perlawanan.

Seorang penyokong berkata, “Inilah bola sepak”, manakala seorang lagi berkata, “menang dengan kelas, kalah dengan bermaruah.”.

Para peminat turut menyifatkannya sebagai tindakan penuh “kelas” daripada Cunha.

Sindiran Diteruskan Menerusi Media Sosial

Pasukan bola sepak Brazil. (Foto: @cunha/Instagram)

Beliau masih meneruskan sindirannya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dalam hantaran itu, Cunha telah memuat naik gambar dirinya menunjuk ke arah Shiogai, yang tidak diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut.

“Sekarang kamu tahu sedikit lagi mengenai kami. Tidak pernah berada di atas sesiapa, tidak pernah berada di bawah sesiapa juga,” tulisnya.

Beliau turut menyertakan emoji ciuman, bendera Brazil serta lagu “Humble” nyanyian Kendrick Lamar.

Brazil Merupakan Antara Pasukan Bola Sepak Paling Berjaya Di Dunia

Pemain Brazil meraikan kemenangan Piala Dunia. (Foto: Americas Quarterly)

Untuk pengetahuan umum, Brazil adalah sebuah negara Amerika Selatan (Latin) yang menjadi rumah kepada 213.4 juta penduduk.

Mereka bertutur dalam bahasa Portugis dan sangat terkenal dengan budaya samba yang boleh dilihat dalam kehidupan seharian serta budayanya.

Selain itu, sukan bola sepak dianggap sebagai satu agama di situ kerana majoriti penduduknya mula bermain sejak kecil.

Tambahan pula, ini beberapa pencapaian yang membuatkan Brazil antara pasukan bola sepak paling berjaya di dunia:

  • Brazil merupakan sastu-satunya negara yang menyertai setiap edisi Piala Dunia sejak kejohanan itu bermula pada tahun 1930.
  • Mereka hanyalah satu-satu negara yang pernah menjuarai Piala Dunia FIFA sebanyak lima kali, iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002.
  • Brazil tidak pernah tewas dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia selama 88 tahun, sejak kekalahannya pada Piala Dunia 1934.
  • Mereka turut berjaya menewaskan Mexico sebanyak tiga kali dalam perlawanan pembukaan dengan jumlah gol keseluruhan 11-0.

Maka tidak hairanlah bola sepak begitu bermakna buat rakyat Brazil seperti yang dikatakan oleh bekas kapten Brazil setelah memenangi Piala Dunia 1970, Carlos Alberto Torres, “Bola sepak di Brazil ibarat satu agama. Di sini, kami hidup dengan bola sepak 24 jam sehari”.

Ketika penulisan artikel ini, Brazil akan menentang sama ada Cote d’Ivoire atau Norway dalam pusingan 16 terakhir.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Hiasan Semata-Mata, Lencana Di Jersi Pemain Piala Dunia 2026 Ada Maksudnya | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Jersi Pelé dari Final Piala Dunia 1958 Dijangka Bakal Cecah RM23.79 Juta di Lelongan | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd