Now Reading
Nas Jaafar Cipta Sejarah, Muncul Juara World Brewers Cup 2026

Nas Jaafar Cipta Sejarah, Muncul Juara World Brewers Cup 2026

Nas Jaafar telah mengalahkan finalis dari lima buah negara dan menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya memenangi pertandingan berprestij ini.

In Brief
  • Nas Jaafar muncul juara World Brewers Cup 2026, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama memenangi pertandingan bergengsi tersebut.
  • Kejayaan Nas dijangka mengukuhkan kedudukan industri kopi Malaysia di peringkat global serta memberi inspirasi kepada barista muda tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat pertama kalinya, Malaysia berjaya menempah nama di pentas dunia apabila seorang barista tempatan muncul juara dalam salah satu pertandingan menghasilkan kopi berprestij di dunia.

Nas Jaafar muncul sebagai juara World Brewers Cup 2026 dan menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Kemenangan itu diumumkan secara rasmi oleh World Coffee Championships menerusi platform media sosialnya, sekali gus mencetuskan rasa bangga dalam kalangan peminat kopi di negara.

Baca Artikel Berkaitan: Dinobatkan Sebagai Kopi Ke-10 Terbaik Di Dunia, Ini 6 Tempat Untuk Cuba ‘Ipoh White Coffee’ | TRP

Nas Berjaya Menewaskan Barista Dari Lima Negara Untuk Muncul Sebagai Juara

Nas Jaafar di World Brewers Cup. (Foto: @worldcoffeechampionships/Instagram)

Dalam pusingan akhir yang berlangsung sengit semalam (28 Jun), Nas berjaya mengatasi finalis dari lima buah negara lain, iaitu Australia, Hong Kong, Republik Czech, Korea Selatan dan Perancis.

Mewakili Malaysia, Nas bersaing dengan barista terbaik dunia yang bukan sahaja mahir membancuh kopi, malah sangat teliti dalam membezakan rasa serta menerangkan ciri kopi yang telah dihasilkan.

Sebagai info, World Brewers Cup ialah pertandingan global yang meraikan seni membancuh kopi secara manual atau menggunakan tangan. Ia dianggap antara pertandingan paling berprestij dalam dunia kopi istimewa, atau specialty coffee.

Bukan Sekadar Bancuh Sahaja, Barista Perlu Bercerita Tentang Kopinya Juga

Menariknya, pertandingan ini bukan sekadar menguji kemahiran membancuh semata-mata kerana barista turut dinilai dari segi teknik, serta kualiti dan konsistensi kopi dihasilkan.

Tambahan pula, mereka juga perlu mempersembahkan dan menerangkan profil rasa kopi mereka kepada para juri.

Dengan kata lain, seorang barista bukan sahaja perlu menghasilkan kopi yang sedap, tetapi turut mampu menyampaikan ‘kisah’ di sebalik setiap cawan dihasilkan.

Ini Bukan Kejayaan Pertama Nas Jaafar

Nas telah melayakkan diri menerusi pemilihan kebangsaan Malaysia, yang menghimpunkan barista terbaik dari kafe, kilang penghasilan kopi serta institusi kopi istimewa di seluruh negara.

Malah, ini bukan kejayaan pertama buat Nas. Sebelum ini, beliau telah pun muncul juara Malaysia Brewers Cup pada tahun 2025.

Kemenangan Yang Bakal Mengangkat Industri Kopi Malaysia Ke Mata Dunia

Kopi istimewa yang dihasilkan oleh Nas. (Foto: @onehalfroastery/Instagram)

Kejayaan Nas dilihat sebagai satu detik penting yang mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam dunia kopi di peringkat global dan ia diharap dapat memberi pengiktirafan lebih besar kepada penggiat kopi tempatan, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai barista muda.

Selain itu, kemenangan ini dijangka akan bantu meningkatkan kualiti budaya kafe tempatan, khususnya dari segi ketepatan membancuh kopi, rasa serta pendidikan.

Kejayaan ini bakal menjadi batu loncatan kepada industri kopi Malaysia berkembang di mata dunia, syabas Nas Jaafar.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kopi Lokal Yang Anda Patut Cuba. Mesti Sedap Punya! | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Suka Minum Kopi? Doktor Dedah Boleh Tingkatkan Risiko Osteoporosis Pada Wanita | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd