Now Reading
Syarikat Di AS Isytihar Cuti Khas Sempena Pelancaran Permainan Video, GTA 6

Syarikat Di AS Isytihar Cuti Khas Sempena Pelancaran Permainan Video, GTA 6

Operasi akan kembali seperti biasa selepas pekerja berjaya menamatkan satu misi dalam GTA 6.

In Brief
  • Burger Motorsports declared a company holiday on 19 November 2026, after too many employees requested leave for GTA 6's launch.
  • The company humorously noted operations would resume once employees finished "at least one mission" and returned to the real world.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia pekerjaan, sesetengah syarikat akan berikan cuti khas kepada pekerja sempena perayaan, hari istimewa atau acara penting.

Sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS) pula mengambil langkah luar biasa dengan mengisytiharkan ‘cuti khas sempena pelancaran sebuah permainan video pada 19 November nanti.

Burger Motorsports, sebuah pengeluar alat ganti kereta khas di Selatan California telah mengumumkan mereka akan menghentikan operasi sepenuhnya pada hari Khamis, 19 November 2026 sempena pelancaran permainan video Grand Theft Auto VI (GTA 6).

Keputusan itu dilakukan selepas terlalu ramai pekerja memohon cuti pada hari yang sama.

Memo Lucu Kepada Pekerja Dan Pelanggan

GTA 6 bakal dikeluarkan pada 19 November tahun ini. (Foto: British GQ)

Menerusi akaun rasmi Instagram Burger Motorsports, syarikat tersebut mengeluarkan memo yang ditujukan kepada semua kakitangan, pelanggan, pengedar dan rakan kongsi, mengakui operasi harian mungkin terjejas akibat pelancaran GTA 6.

“Selepas menyemak beberapa jadual pekerja, pihak pengurusan mendapati operasi perniagaan mungkin terganggu akibat pelancaran Grand Theft Auto VI.”.

Lebih melucukan, syarikat itu memberitahu beberapa pekerjanya sudah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat dihubungi pada hari berkenaan kerana akan berada di “Vice City“, iaitu salah sebuah lokasi dalam dunia permainan GTA.

Operasi Akan Kembali Seperti Biasa Selepas Pekerja ‘Habiskan Satu Misi’

Disebabkan ramai pekerja sudah memohon cuti, Burger Motorsports turut memaklumkan beberapa bahagian mungkin mengalami kelewatan seperti sokongan pelanggan, penghantaran, media sosial dan lain-lain.

Syarikat itu turut berseloroh bahawa operasi hanya akan kembali seperti biasa setelah pekerjanya selesai “meneroka permainan dan menghabiskan sekurang-kurangnya satu misi, dan kembali semula ke dunia nyata”.

“Kami menghargai kesabaran anda sepanjang waktu yang luar biasa ini,” tambah memo itu.

Penantian Sejak Tahun 2013

Dua watak utama dalam GTA 6, Jason (kanan) dan Lucia (kiri). (Foto: Rockstar)

Untuk pengetahuan umum, GTA 6 akan dilancarkan pada 19 November untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X/S selepas ditangguhkan sebanyak dua kali daripada tarikh asal (hujung tahun 2025).

Edisi sebelum ini, GTA 5 dikeluarkan pada 2013 masih kekal sebagai permainan video kedua paling laris dalam sejarah.

Syarikat yang mencipta siri permainan video ini, Rockstar telah mengumumkan tempah awal GTA 6 akan dibuka pada 25 Jun menerusi kedai digital terpilih.

Namun, buat masa ini harganya masih belum didedahkan dan terus mencetus perbualan hangat dalam komuniti permainan video.

Menurut laporan dari BBC, sebuah syarikat penasihat industri permainan, Epyllion, menjangkakan GTA 6 bakal menjadi permainan video pertama berharga AS$100 (RM414).

Rockstar turut mendedahkan ilustrasi rasmi GTA 6 menerusi sebuah video pendek memaparkan dua watak utama iaitu Jason dan Lucia serta latar fiksyen negeri Leonida yang mengambil inspirasi daripada Florida, Amerika Syarikat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Bercita-Cita Nak Jadi Pemb*nuh Kerana Pengaruh Video Game | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd