Now Reading
327,906 Keping LEGO Digunakan Untuk Bina Replika Hypercar Yang Boleh Dipandu Sehingga 111km/j

327,906 Keping LEGO Digunakan Untuk Bina Replika Hypercar Yang Boleh Dipandu Sehingga 111km/j

LEGO berjaya menghasilkan replika hypercar bersaiz sebenar menggunakan 327,906 keping bata LEGO. Lebih mengagumkan, kenderaan itu boleh dipandu dan mencapai kelajuan sehingga 111km/j.

In Brief
  • Lego berjaya membina replika Koenigsegg Sadair's Spear yang boleh dipandu sehingga 111 km/j, memecahkan rekod kelajuan terdahulu.
  • Replika ini dibina menggunakan 327,906 keping Lego, berat 1,800 kg, dan mengambil masa 9,400 jam selama tujuh setengah bulan.
  • Walaupun dibuat daripada Lego, replika ini menggunakan rangka logam, sangkar keselamatan FIA, rim karbon Koenigsegg, dan tayar Pirelli sebenar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lego sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sekadar permainan untuk kanak-kanak sahaja kerana syarikat itu berjaya membina sebuah replika kereta berprestasi tinggi yang boleh dipandu serta berjaya memecahkan rekod kelajuan.

Kereta tersebut ialah Koenigsegg Sadair’s Spear, sebuah kereta berprestasi tinggi sebanyak 1,603 kuasa kuda dan hanya dihasilkan sebanyak 30 unit sahaja di seluruh dunia.

Replika itu dibina untuk mempromosikan set Lego Technic baharu berjaya mencecah kelajuan sehingga 111 kilometer sejam menjadikannya ciptaan paling laju pernah dihasilkan.

Baca Artikel Berkaitan: Ferrari Luce: Kereta Elektrik 4 Pintu Pertama Ferrari Terima Kritikan Peminat | TRP

Rekod Dipecahkan Oleh Pemandu Koenigsegg Sendiri

Replika Lego Koenigsegg Sadair’s Spear. (Foto: The Race)

Untuk memecahkan rekod sebelum ini, Markus Lundh diberikan tugas penting untuk memandu kereta replika tersebut.

Beliau juga merupakan pemegang rekod kereta pengeluaran terpantas mendaki bukit Goodwood.

Menurut laporan dari Top Gear, replika itu terasa seperti kereta sebenar berjaya mengatasi rekod sebelum ini dengan kelajuan mencecah sehingga 64 km/h dipandu oleh pelumba Formula 1, Lando Norris di litar Silverstone.

Dibina Daripada 327,906 Keping Dalam 9,400 Jam

Projek yang mengambil masa lebih 7 bulan. (Foto: Top Gear)

Namun perlu diingatkan pembinaan replika ini bukan kerja mudah kerana pasukan di kilang Lego di Kladno, Republik Czech, mengambil masa lebih 9,400 jam untuk mencantumkannya.

Sebanyak 327,906 keping Lego telah digunakan dengan berat kira-kira 1,800 kilogram.

Menurut ketua reka bentuk Lego, Lubor Zelinka, ini pembinaan paling rumit dalam masa paling singkat antara semua kereta Lego Technic. “Kami diberi tugasan untuk membina kenderaan Lego Technic yang boleh bergerak sangat laju, jadi kami menetapkan sasaran 100 kilometer sejam,” katanya.

Keseluruhan projek itu mengambil masa tujuh bulan setengah.

Model Replika Ini Turut Mengikut Piawaian Keselamatan FIA

Walaupun replika, tetap mengikut piawaian sukan pemotoran. (Foto: Lego)

Di sebalik blok Lego yang digunakan, terdapat rangka logam khas dan sangkar keselamatan yang mengikut piawaian badan sukan pemotoran antarabangsa, Fédération Internationale de l’Automobile (FIA).

Replika ini turut menggunakan rim karbon sebenar Koenigsegg bersama tayar berprestasi tinggi dari Pirelli dan turut dilengkapi dengan sistem suspensi dan brek cakera bertaraf tinggi.

Namun, enjin V8 berkuasa 1,603 kuasa kuda pada kereta asal dianggap terlalu kuat untuk replika ini digantikan dengan sebuah motor elektrik kecil diletakkan pada bahagian belakang.

Replika ini turut mengekalkan ciri ikonik Sadair’s Spear iaitu ghost mode, satu butang yang jika ditekan, pintu, bonet dan penutup enjin kereta akan dibuka secara automatik.

Ini menjadikannya binaan Lego bersaiz sebenar pertama yang mempunyai begitu banyak panel badan yang boleh dibuka, “Ia bukan lagi sekadar model, tetapi sebuah kenderaan,” kata Zelinka.

Dipenuhi Dengan Easter Egg Daripada Set Lego Lain

Logo Koenigsegg. (Foto: Top Gear)

Menariknya replika ini dipenuhi dengan pelbagai easter egg atau elemen tersembunyi daripada set Lego yang lain.

Sebahagian lampu hadapannya menggunakan kanopi daripada kapal Star Wars dan lampu breknya pula diambil daripada lampu kecemasan kenderaan polis.

Tambahan pula, silinder emas pada sistem suspensi kereta replika ini daripada set Ninjago dan pemilihan warna hitam menjadikan kerja pembinaan lebih sukar daripada biasa.

Selain itu, Koenigsegg dan Lego akan mencipta skema warna hitam dan oren yang baharu kerana warna coklat gelap pada kereta asal kelihatan kotor apabila dihasilkan dalam bentuk plastik.

Jika anda berminat untuk memiliki set Lego Technic Sadair’s Spear akan ditawarkan kepada ahli Lego Insiders mulai 1 Julai, dan kepada orang ramai pada 4 Julai dengan harga sekitar AS$450 (RM1,861).

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 ‘Common Sense’ Bila Tumpang Kereta Rakan & Orang Lain, Jangan Ambil Mudah! | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Nak Beli Kereta Apa? Ini 3 Formula Untuk Bantu Pilih Kereta Sesuai Ikut Gaji | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd