Skuad Korea Selatan Boikot Media Tempatan Selepas Kantoi Mengutuk Son Heung-Min
Tindakan dua wartawan delegasi Korea Selatan kantoi mengejek kapten skuad kebangsaan Son Heung-Min telah mencetuskan ketegangan antara pasukan bola sepak dan delegasi media menjelang kejohanan Piala Dunia.
- South Korea's squad boycotted local media after journalists were caught mocking Son Heung-min's military service exemption.
- The incident led to the resignation of the media delegation secretary and an official reprimand from the KFA.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nama Son Heung-min bukan asing bagi peminat bola sepak. Beliau bukan sahaja dianggap antara pemain terbaik dunia, malah menjadi ikon kebanggaan Korea Selatan.
Namun, persediaan pasukan itu menjelang perlawanan Piala Dunia menentang Mexico menjadi goyah selepas tercetus pertikaian antara pemain dengan media tempatan Korea Selatan, susulan ejekan terhadap rekod khidmat tentera Son.
Pertikaian itu mencetuskan boikot media yang dipimpin pemain, peletakan jawatan ketua delegasi media, serta teguran daripada Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Hiasan Semata-Mata, Lencana Di Jersi Pemain Piala Dunia 2026 Ada Maksudnya | TRP
Mikrofon ‘Terbuka’ Dedah Ejekan Mengenai Khidmat Tentera Son

Menurut laporan Al Jazeera, insiden itu berlaku ketika satu sesi latihan terbuka, apabila sebuah stesen penyiaran Korea Selatan secara tidak sengaja merakam perbualan dua wartawan yang menghina pengecualian khidmat tentera Son.
Ketika pemain berusia 33 tahun itu berlari sedikit terpisah daripada kumpulannya, seorang wartawan mengejek, “Dia pun tak berkhidmat tentera dengan betul,” merujuk latihan asas selama tiga minggu yang dijalaninya.
Son secara sah memperoleh pengecualian daripada khidmat tentera wajib selama 21 bulan selepas membantu negaranya meraih pingat emas Sukan Asia 2018, sebelum melengkapkan latihan asas bersama Kor Marin pada 2020.
Rakaman itu disiarkan di Korea sebelum bocor di media sosial, lalu mencetuskan kemarahan antarabangsa.
Penduduk tempatan di Mexico dilaporkan mempersoalkan sikap wartawan Korea Selatan yang dianggap kurang ajar dan tidak menghormati seorang ikon.
Pemain Boikot Media, Temu Bual Dibatalkan

Sebagai tanda sokongan, skuad kebangsaan Korea Selatan telah melaksanakan boikot terhadap media tempatannya.
Selepas kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech pada 12 Jun lalu, Son yang biasanya mesra dengan pihak media hanya memberi ucapan ringkas sebelum berlalu pergi tanpa sebarang temu bual.
Boikot itu meningkat pada 14 Jun apabila temu bual individu dengan pemain tengah Hwang In-beom, yang menjaringkan satu gol dan satu bantuan menentang Republik Czech, telah dibatalkan secara tiba-tiba.
Secara rasmi ia dikaitkan dengan “konflik jadual”, namun menurut Football Asian, ia sebenarnya merupakan keputusan pemain untuk tidak melakukan temu bual.
Selain itu, KFA turut mengarahkan sebuah akhbar tempatan menarik balik temu bual bersama pemain tengah Lee Dong-gyeong, menggambarkan suasana yang sangat tegang.
KFA Menegur Pihak Media, Setiausaha Media Letak Jawatan

Pada 15 Jun, KFA mengeluarkan kenyataan rasmi yang menzahirkan kekecewaan terhadap situasi itu, dengan menyifatkan “bahasa yang tidak wajar dan tidak menghormati” oleh sesetengah pengamal media memberi kesan kepada pemain.
“KFA menghormati aktiviti pelaporan dan peranan media. Namun, pelaporan di lapangan juga perlu berasaskan saling menghormati dan kepercayaan, dan penghormatan serta perlindungan terhadap pemain perlu diutamakan,” kata kenyataan itu.
Berikutan kekecohan itu, setiausaha delegasi media Piala Dunia Korea Selatan dilaporkan telah meletak jawatan kerana memikul tanggungjawab penuh atas kejadian berkenaan.
Walaupun Diuji Semangat Skuad Korea Selatan Tidak Padam
Menurut wartawan veteran Entertainment and Sports Programming Network (ESPN) Mexico, Jesus Bernal, pegawai media KFA mengarahkan semua wartawan asing keluar dari bilik sidang media di pusat latihan Chivas sebelum memberikan teguran keras kepada media Korea Selatan.
“Kami terpinga apabila diminta keluar. Kemudian, kami mendapati pegawai media Korea Selatan menegur pasukan media mereka sendiri. Ketegangan antara kedua-dua pihak sangat ketara,” katanya.
Sebaliknya, ujian itu tidak memadamkan semangat skuad Korea Selatan, malah menyuburkannya di bawah pengurusan Hong Myung-bo.
Siapakah Son Heung-Min?

Dilahirkan pada 8 Julai 1992 di Chuncheon, Korea Selatan, Son Heung-min merupakan pemain sayap kiri Los Angeles FC dan kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan.
Beliau diiktiraf sebagai penjaring terbanyak Asia dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara UEFA, malah sering dianggap pemain Asia terhebat sepanjang zaman.
Selepas memulakan kerjaya di Jerman bersama Hamburger SV dan Bayer Leverkusen, Son menyertai Tottenham Hotspur pada 2015.
Beliau menjadi pemain Asia pertama memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris dengan 23 gol, orang Asia pertama menjaringkan 100 gol di liga itu, sebelum mengangkat trofi Liga Europa UEFA pada 2025.
Sebagai pemain dengan penampilan terbanyak untuk negaranya, Son telah mewakili Korea Selatan di empat edisi Piala Dunia, iaitu 2014, 2018, 2022 dan 2026, selain menjadi penjaring terbanyak negara di kejohanan itu dengan tiga gol.
Beliau kemudian berpindah ke Los Angeles FC setahun lalu dan mencatat 145 penampilan bersama negaranya sejak 2010, kini menumpukan perhatian kepada perlawanan menentang tuan rumah Mexico pada 19 Jun.
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Penaja Rasmi, Logo Levi’s Terpaksa ‘Disorok’ Di Stadium Sendiri Ketika Piala Dunia 2026 | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Jersi Pelé dari Final Piala Dunia 1958 Dijangka Bakal Cecah RM23.79 Juta di Lelongan | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.