Marathon Larian 10K Di Itali Ini Tawar Tiramisu Tanpa Had Kepada Peserta Yang Berjaya Menamatkannya
Yuran penyertaan hanya RM84.90 sahaja untuk menikmati tiramisu tanpa had.
- Tiramisu Run ialah larian 10km di Treviso, Itali, pada 11 Oktober 2026, menawarkan tiramisu percuma kepada semua peserta di garisan penamat.
- Larian ini dihadkan kepada 1,000 peserta sahaja, dengan yuran bermula €18, merangkumi nombor peserta, kemeja-T dan sepinggan tiramisu.
- Acara ini bersempena Piala Dunia Tiramisu ke-10 di Treviso, di tengah-tengah pertikaian asal usul tiramisu antara beberapa wilayah di Itali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Cuba bayangkan anda berada di sebuah dataran berusia ratusan tahun di Itali bersama seribu peserta lain akan tiba di garisan penamat bukan untuk dapatkan pingat emas, tetapi untuk sepinggan tiramisu, dan kemudian sepinggan lagi.
Tempatnya ialah Treviso, sebuah bandar kecil 30 minit dari Venice menaiki kereta api akan dipenuhi ramai pada 11 Oktober 2026 nanti kerana menganjurkan Tiramisu Run buat kali pertama.
Larian 10 kilometer ini diadakan dalam bandarnya sebelum berakhir dengan satu pemandangan yang tidak pernah ditemu lagi, iaitu anda bakal dihidangkan dengan sepinggan tiramisu.
Tiada keperluan untuk menjadi yang terpantas, cukup untuk sampai di garisan penamat sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Yellow Brick Road, Monét Serta 7 Lagi Lokasi Sekitar KL & Selangor Untuk Penuhi Keinginan Tiramisu Anda
Larian Santai Terhad Kepada 1,000 Peserta

Menurut Marathon handbook, larian ini dihadkan kepada 1,000 peserta sahaja, dengan yuran €18 (RM84.90) sehingga 30 Ogos sebelum naik ke €22 (RM103.81) pada September, dan ditutup pada 8 Oktober atau sebaik kuota dipenuhi.
Yuran itu akan memberikan anda tiga perkara iaitu nombor peserta, sehelai kemeja-T dan sepinggan tiramisu di garisan penamat.
Acara ini diadakan secara santai dan bukannya kompetitif untuk memberi ruang kepada orang awam.
Menurut penganjur, syaratnya cuma satu, iaitu “sekurang-kurangnya suka makan tiramisu”.
Bersempena Kejohanan Piala Dunia Tiramisu

Untuk pengetahuan umum, tarikh yang dipilih untuk acara ini juga penting kerana pada waktu itu, Piala Dunia Tiramisu bakal berlangsung di dataran utama bandar tersebut, Piazaa dei Signori, dari 9 hingga 11 Oktober.
Edisi yang kesepuluh ini telah dilancarkan sejak 2017 telah berkembang menjadi tarikan besar untuk cef pastri.
Menariknya, juri pertandingan ini mempunyai peraturan yang ketat seperti perlu lulus ujian tentang peraturan, sejarah serta kriteria penilaian.
Tambahan pula, pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu klasik bermaksud menggunakan resipi dan bahan asal tiramisu seperti biskut ladyfinger, espreso, mascarpone, telur kuning, gula dan koko.
Manakala, kategori kedua ialah kreatif membuka pintu untuk mencipta apa-apa sahaja.
Tiramisu Run Bukan Satu-Satunya Acara Larian Bertemakan Makanan
Selain daripada Tiramisu Run, terdapat acara larian ultramarathon Taco Bell sejauh 49.8km yang mewajibkan peserta makan di 10 restoran sepanjang laluannya.
Tidak kisah anda muntah sekalipun, peserta perlu bertahan dan berlari sehingga garisan penamat untuk digelar sebagai Survivor.
Pertikaian Tentang Asal Usul Tiramisu

Namun di sebalik keseronokan itu, ada satu pertikaian yang masih belum selesai, iaitu dari mana sebenarnya tiramisu berasal.
Bandar Treviso percaya bahawa pencuci mulut itu berasal dari mereka berdasarkan satu kisah di mana ia dicipta di sebuah restoran di pusat bandarnya, iaitu Le Beccherie, oleh cef pastri Speranza Bon Garatti pada akhir 1960-an.
Namun ada pihak yang tidak bersetuju kerana beberapa restoran di wilayah Friulli-Venezia Giulia, iaitu di Tolmezzo dan Pieris turut mendakwa mereka yang mencipta pencuci mulut tersebut.
Pertikaian ini turut melibatkan pihak kerajaan Itali dan mengambil keputusan untuk masukkan Tiramisu ke dalam senarai produk makanan tradisi bagi kedua-dua wilayah.
Rupa-rupanya, pencuci mulut yang nampak ringkas ini pun menyimpan sejarah yang agak rumit juga.
Baca Artikel Berkaitan: OGA Tea & Dining Tawar Pengalaman Kyoto Tiramisu & Japanese Tea Fusion Pertama Di Malaysia | TRP
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ada Alkohol Atau Tak? Lelaki Itali Ini Dedah Resepi Asli Dessert Viral Tiramisu | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.