Now Reading
Sambutan Kemenangan New York Knicks Bertukar Huru-Hara Lepas Remaja Ditembak, Bas Dibakar Di Times Square

Sambutan Kemenangan New York Knicks Bertukar Huru-Hara Lepas Remaja Ditembak, Bas Dibakar Di Times Square

New York Knicks menamatkan kemarau 53 tahun menjadi juara NBA tahun ini selepas menewaskan San Antonio Spurs 94-90.

In Brief
  • Sambutan kemenangan New York Knicks bertukar huru-hara apabila remaja 17 tahun ditembak dan sebuah bas dibakar di Times Square.
  • New York Knicks menamatkan penantian 53 tahun dengan menewaskan San Antonio Spurs 94-90, Jalen Brunson dinobat MVP.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sambutan kemenangan pasukan bola keranjang New York Knicks bertukar menjadi huru-hara di New York City kelmarin (14 Jun), apabila kegembiraan peminat dicemari dengan pelbagai insiden keganasan termasuk satu kejadian tembakan di Times Square, New York.

New York Knicks meraih kejuaraan National Basketball Association (NBA) pertama mereka dalam tempoh 53 tahun, selepas bangkit daripada ketinggalan 16 mata untuk menumbangkan San Antonio Spurs di San Antonio, Texas.

Namun, kegembiraan itu bertukar menjadi kekecohan apabila puluhan ribu peminat membanjiri jalanan sekitar Madison Square Garden, dengan sebahagian daripada mereka bertindak ganas sehingga mencederakan beberapa individu dan merosakkan harta benda.

Puluhan Ribu Banjiri Jalanan, Bertembung Dengan Polis

Rakyat New York memanjat bumbung bas sekolah. (Foto: The Globe and Mail)

Di luar Madison Square Garden, ribuan peminat yang menonton perlawanan menerusi skrin besar bersorak apabila Knicks muncul juara.

Tidak lama selepas itu, sebahagian daripada mereka bertembung dengan pihak polis apabila segelintir peminat memecahkan cermin kereta memanjat perancah, tiang lampu, sebuah patung dan menaiki serta memanjat bumbung bas sekolah di Times Square serta termasuk cuba menumpang sebuah jentera bomba yang sedang bergerak.

Remaja 17 Tahun Ditembak, Bas Pengangkutan Dibakar

Polis hadir untuk redakan situasi. (Foto: The Straits Times)

Memetik laporan Associated Press, seorang remaja berusia 17 tahun telah ditembak berhampiran 42nd Street dan Broadway kira-kira jam 2 pagi.

Rakaman video oleh orang awam melihat bunyi sekurang-kurangnya tujuh das tembakan membuatkan ramai meniarap serta berlari menyelamatkan diri.

Pihak polis terpaksa membawa mangsa ke hospital sendiri kerana ambulans tidak dapat menembusi kesesakan orang ramai.

Sepucuk senjata api dirampas, manakala tiga individu ditahan.

Selain itu, empat orang ditikam dan dicederakan dalam kejadian berasingan dan sebuah bas sekolah yang digunakan sebagai pengangkutan Piala Dunia turut dibakar sehingga dijilat api, manakala beberapa bas lain serta lima kereta polis telah dilaporkan musnah.

Menamatkan Penantian Selama 53 Tahun

New York Knicks menamatkan kemarau 53 tahun. (Foto: CNN)

Huru-hara itu berlaku susulan kejayaan bersejarah yang menamatkan penantian New York Knicks selama lebih separuh abad.

Kemenangan terakhir mereka dicatatkan pada 1973, ketika menewaskan Los Angeles Lakers di Los Angeles dalam perlawanan kelima, satu corak yang berulang tahun ini.

Kali ini, New York Knicks menutup siri itu dengan kemenangan 94-90 ke atas San Antonio Spurs di San Antonio, sekali gus memenangi perlawanan akhir dalam lima perlawanan. Kemenangan diperolehi menerusi tip-in oleh OG Anunoby, satu aksi yang disifatkan sebagai antara come-back terhebat dalam sejarah perlawanan akhir NBA.

Detik penentu hadir ketika Mitchell Robinson merebut bola rebound daripada bintang San Antonio Spurs, Victor Wembanyama, 22 saat sebelum tamat perlawanan dan sebelum siren berbunyi sejurus Wembanyama gagal dalam percubaan jaringan tiga mata.

Jalen Brunson Menyerlah Sebagai Pemain Terbaik

Jalen Brunson menyerlah sebagai pemain terbaik. (Foto: NBC News)

Aksi paling menyerlah milik Jalen Brunson, yang dinobatkan Pemain Paling Berharga (MVP) Final 2026 selepas menjaringkan 45 mata dalam perlawanan penentu itu, hanya empat mata kurang daripada jumlah keseluruhan rakan sepasukannya.

Pencapaian itu menyamai rekod Michael Jordan bagi jaringan terbanyak dalam perlawanan penentu kejuaraan di gelanggang lawan.

“Saya tahu kemampuan saya, saya tahu pengorbanan yang saya curahkan untuk ini,” katanya dalam wawancara selepas perlawanan.

Kemenangan itu turut mencatat beberapa rekod lain. New York Knicks menjadi pasukan ketiga sejak format terbaik-daripada-tujuh diperkenalkan pada 2003 yang memenangi kejuaraan dengan hanya tiga kekalahan atau kurang sepanjang kejohanan.

Menariknya, mereka ketinggalan dengan jurang dua angka pada suku pertama dalam setiap perlawanan akhir, namun tetap bangkit semula.

Tambahan pula, perlawanan akhir itu juga menjadi siri Final NBA paling banyak ditonton sejak penampilan terakhir Jordan bersama Chicago Bulls.

Bagi peminat New York Knicks, penantian ini terasa begitu lama sehingga ketika pasukan itu memenangi kejuaraan terdahulu pada 1973, genre muzik hip-hop pun masih belum wujud.

Baca Artikel Berkaitan: JDT Menyamai Rekod Dunia – 108 Perlawanan Tanpa Kalah Selepas Belasah Kelantan 14 – 1 | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Penaja Rasmi, Logo Levi’s Terpaksa ‘Disorok’ Di Stadium Sendiri Ketika Piala Dunia 2026 | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd