LRT3 Laluan Shah Alam Dijangka Beroperasi Hujung Jun, Tarikh Bakal Diumumkan 2 Minggu Lagi
Projek LRT3 sepanjang 37.8 kilometer menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia telah bermula sejak 2016.
- LRT3 Laluan Shah Alam dijangka mula beroperasi pada penghujung Jun ini, dengan tarikh rasmi diumumkan dalam dua minggu lagi.
- Projek sepanjang 37.8 kilometer ini menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, meningkatkan rangkaian pengangkutan awam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dijangka mula beroperasi pada penghujung bulan ini, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Memetik laporan Astro Awani, beliau berkata tarikh rasmi pelancaran perkhidmatan itu akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi, selepas semua persiapan akhir diselesaikan.
Menurutnya, ujian operasi yang dijalankan setakat ini berjalan lancar dan sistem LRT3 kini berada dalam keadaan optimum untuk menerima penumpang.
“Ujian operasi telah berjalan dengan baik dan sistem sudah bersedia. Kami menjangkakan perkhidmatan ini dapat memulakan operasi sebelum akhir bulan,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Telinga Anda Berisiko Untuk Rosak Jika Naik LRT? | TRP
Laluan 37.8 Kilometer Menghubungkan Petaling Jaya Dan Klang

LRT3, yang turut dikenali sebagai Laluan Shah Alam, sepatutnya memulakan operasi tahun lalu, namun pelancarannya ditangguhkan berikutan beberapa isu berkaitan kestabilan sistem dan perisian yang dikenal pasti semasa fasa ujian dan pentauliahan (T&C).
Sepatutnya LRT3 telah memulakan operasinya tahun lalu, namun pelancarannya ditangguhkan berikutan beberapa isu berkaitan kestabilan sistem dan perisian yang dikenal pasti semasa fasa ujian dan pentauliahan (T&C).
Projek sepanjang 37.8 kilometer itu menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, sekali gus meningkatkan rangkaian pengangkutan awam di koridor barat Lembah Klang.
Laluan berkenaan akan memberi akses rel kepada kawasan penduduk padat serta pesat membangun seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
Penubuhan MTSB Ditangguh Ke Persidangan Akan Datang
Menurut MalaysiaKini, Antohny Loke turut berkata Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) tidak akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula minggu depan.
Beliau berkata MTSB telah mendapat persetujuan Kabinet, namun Kementerian Pengangkutan (MOT) masih dalam perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung aspek perjawatan.
RUU itu akan dibawa pada persidangan akan datang kerana sesi kali ini memberi keutamaan kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan.
Loke berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengenal pasti individu yang akan dilantik menganggotai MTSB, dan ia dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Projek Yang Melalui Pelbagai Rintangan Sejak 2016

Untuk pengetahuan umum, LRT3 merupakan laluan LRT ketiga di Lembah Klang, dikendalikan Rapid Rail dan dimiliki Prasarana Malaysia, menjadikannya satu-satunya laluan dalam Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang terletak sepenuhnya di luar sempadan Kuala Lumpur.
Projek itu mula dikaji pada tahun 2013 dan diumumkan dengan kos kira-kira RM9 bilion dalam Bajet 2015.
Ia dilancarkan secara rasmi pada 24 Ogos 2016 dan pada asalnya dijadualkan dibuka pada 31 Ogos 2020.

Namun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, kos projek meningkat sehingga menghampiri RM31 bilion mendorong pihak kerajaan ketika itu mengecilkan skala projek, termasuk mengurangkan bilangan tren, mengecilkan saiz stesen serta membatalkan sebuah terowong dan enam stesen.
Selain itu, pembinaan turut terjejas akibat Pandemik COVID-19, manakala satu kejadian keruntuhan perancah pada Julai 2021 telah meragut nyawa seorang pekerja dan mencederakan empat yang lain.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, Bajet 2024 memperuntukkan RM4.7 bilion bagi menaik taraf laluan itu, termasuk mengembalikan lima stesen yang sebelum ini dibatalkan, iaitu Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.
Dengan operasi kini di ambang permulaan, LRT3 akhirnya menghampiri penghujung perjalanannya yang begitu panjang.
Baca Artikel Berkaitan: Individu Hampir ‘Adopt’ Kucing Di LRT Wangsa Maju, Namun Ada Pihak Yang Halang Bikin Ramai Berang | TRP
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Terkeluar Skil Parkour Harini” – Penumpang LRT Kelana Jaya Berjalan Atas Rel Kerana Isu Gangguan Perkhidmatan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.