Levi's Stadium terpaksa tutup logo ikonik 'batwing' mereka dengan kain putih kerana bukan penaja rasmi Piala Dunia 2026.
FIFA mengenakan dasar stadium bersih, melarang sebarang pengiklanan selain penaja rasmi, termasuk menutup logo pada botol sos.
Stadium Mercedes-Benz di Atlanta dikecualikan daripada peraturan ini kerana logonya tidak boleh ditutup tanpa risiko kerosakan besar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Piala Dunia FIFA 2026 kini telah berlangsung di Amerika Utara telah menyaksikan beberapa perlawanan menarik untuk peminat bola.
Namun di sebalik kemeriahan itu, perbadanan Federation Internationale de Football Association (FIFA) mempunyai satu peraturan ketat yang membuatkan netizen berseloroh melihat perubahan beberapa stadium tuan rumah.
Antara yang menjadi topik hangat ialah Stadium Levi’s di Santa Clara, California apabila logo ikonik jenama seluar jeans itu terpaksa ditutup dengan kain putih kerana bukan penaja rasmi kejohanan tersebut.
Logo Batwing Levi’s Hanya Ditutup Dengan Sehelai Kain Putih
Menerusi Threads, seorang pengguna (@libraryyoda) berkongsi gambar logo Levi’s di hadapan stadium ditutup dengan sehelai kain putih sebelum perlawanan Piala Dunia berlangsung.
Namun ia gagal menyembunyikan jenama tersebut kerana bentuk ikonik ‘batwing’ Levi’s masih jelas kelihatan.
Sekali gus tidak menyembunyikan jenama itu tetapi bentuk ‘batwing’ itu masih dapat dilihat dengan jelas.
Botol sos yang ditutup logo di Levi’s Stadium. (Foto: X/@KevinNguyen_89)
Selain itu, usaha untuk menutup turut dilakukan dalam stadium seperti di bilik media contohnya, sekurang-kurangnya 23 botol sos telah dilaporkan ditampal dengan pita hitam bagi menyembunyikan logo masing-masing berdasarkan laporan dari The Athletic.
Menariknya tentang hal ini Levi’s turut ‘menutup’ logonya sendiri di akaun rasmi Instagram, sambil memuat naik gambar logo yang ditutup dengan kapsyen, “Welcoming the world to the beautiful [redacted]stadium!”.
Kenapa Semua Jenama Perlu Ditutup?
Logo Mercedes-Benz dikecualikan atas faktor keselamatan. (Foto: Wikipedia)
Menurut FIFA, langkah itu bertujuan “melindungi jenama dan hak eksklusif penajanya”.
Selain itu, mereka turut mengenakan dasar stadium bersih yang melarang sebarang pengiklanan, pemasaran atau tanda komersial, selain daripada yang dipasang atau diluluskan.
Peraturan itu termaktub dalam kontrak hampir 100 halaman muka surat yang ditandatangani setiap stadium, malah jika logo tersebut dapat dilihat dari udara sekalipun, ia juga perlu ditutup.
Tetapi, terdapat satu stadium yang diberikan pengecualian iaitu Stadium Mercedes-Benz di Atlanta, Georgia. Logo bintang Mercedes-Benz yang megah tersergam di atas bumbung dikekalkan setelah pihak stadium mendapati ia tidak boleh ditutup tanpa mengalami risiko kerosakan besar memandangkan setiap panel bumbung itu seberat 500 tan.
Beberapa Stadium Terkenal Di Amerika Syarikat Terpaksa Tukar Nama Sepanjang Kejohanan Berlangsung
MetLife Stadium ditukarkan nama mengikut peraturan FIFA. (Foto: Stadium Sport US)
Selain daripada menutup logo, stadium yang menyertai Piala Dunia turut terpaksa menanggalkan nama penaja masing-masing dan menggantikannya mengikut bandar tuan rumah sepanjang kejohanan. Antaranya:
Levi’s Stadium kepada San Francisco Bay Area Stadium
MetLife Stadium kepada New York New Jersey Stadium
Stadium Mercedes-Benz kepada Atlanta Stadium
NRG Stadium kepada Houston Stadium
SoFi Stadium kepada Los Angeles Stadium
Tambahan pula, Piala Dunia FIFA 2026 telah berlangsung sejak 11 Jun hingga 19 Julai dan dianjurkan bersama oleh tiga buah negara, iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.