2 Wanita Raih Kemenangan Di Asia Massage Championship 2026, Bukti Kehebatan Malaysia Dalam Urutan
Mazlin Mazlan berjaya merangkul Pingat Emas dalam kategori Oil Massage, manakala Lim Sim Zher pula muncul sebagai Naib Johan dalam kategori Eastern Freestyle Massage.
Two Malaysian women won Gold and Silver medals at Asia Massage Championship 2026 in Japan, proudly representing the country.
Mazlin Mazlan claimed Gold in Oil Massage while Lim Sim Zher secured Silver in Eastern Freestyle Massage categories.
Malaysia will host Malaysia Massage Championship Edition 2 in Langkawi from 21 to 23 August this year.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mungkin ramai yang tidak tahu, namun aktiviti mengurut juga mempunyai kejohanannya yang tersendiri di peringkat antarabangsa.
Seperti pada 2 dan 3 Jun lalu, telah berlangsungnya Asia Massage Championship Japan 2026 di Yoyogi National Gymnasium, Shibuya, Jepun.
Malaysia yang sememangnya terkenal dengan golongan pengurut dan ahli terapi turut tidak melepaskan peluang untuk mewakili negara menerusi Pasukan Malaysia Therapist (MTT).
Lebih mengagumkan lagi apabila dua wakil negara berjaya meraih Pingat Emas dan Pingat Perak dalam dua kategori di kejohanan tersebut.
Malaysia Raih Pingat Emas Dalam Oil Massage & Naib Johan Bagi Eastern Freestyle Massage
Pingat emas berjaya diraih oleh Mazlin Mazlan yang lebih dikenali sebagai Tanamera telah berjaya merangkul Pingat Emas dalam kategori Oil Massage.
Memetik Stadium Astro, kejayaan Mazlin dapat dikaitkan dengan latihan intensif, pengalaman luas dan komitmen berterusannya menyertai Asia Massage Championship dalam memperkasakan bidang terapi urutan profesional di Malaysia.
Mazlin merupakan pengendali bagi cawangan spa Tanamera di Arke Kemaman, Terengganu yang turut memenangi Top 10 di Massage Championship World Tour 2025.
Foto: Asia Massage Championship 2026
Dalam masa sama, Lim Sim Zher pula muncul sebagai Naib Johan dalam kategori Eastern Freestyle Massage.
Tambah Stadium Astro, Lim sentiasa memperolehi kejayaan apabila menyertai setiap pertandingan mengurut.
Asia Massage Championship Kejohanan Elit Yang Disertai Ramai Dari Seluruh Asia
Asia Massage Championship dianggap sebagai platform elit yang mengumpulkan pengamal terapi dari seluruh Asia termasuk Thailand, Jepun, Korea Selatan dan China yang terkenal dalam bidang terapi tradisional dan moden.
Antara yang terlibat dalam kejohanan ini termasuk pakar terapi, pengurut profesional, ahli rehabilitasi dan penggiat wellness.
Bukan sahaja teknik urutan yang dinilai, tetapi juga aspek anatomi, ergonomik badan, kreativiti rawatan, kawalan tekanan tangan, komunikasi bersama klien serta profesionalisme ketika melakukan demonstrasi rawatan.
Malaysia Massage Championship Akan Berlangsung Di Langkawi Ogos Ini
Sekadar info, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada satu kejohanan mengurut pada bulan Ogos kelak.
Bertempat di Ombak Villa, Pulau Langkawi, Malaysia Massage Championship: Edition 2 akan berlangsung dari 21 ke 23 Ogos tahun ini dengan kategori berikut:
Asian Massage
Sport Massage
Spa Wellness
Freestyle Massage
Face Massage
Untuk maklumat lanjut layari laman web MMC [DI SINI].