Harga Minyak RON95, Diesel Tanpa Subsidi Turun 20 Sen Mula Hari Ini (4 Jun)
Manakala, RON97 pula turun 30 sen kepada RM4.35 seliter.
- Harga RON95 tanpa subsidi turun 20 sen kepada RM3.72 seliter, diesel turun kepada RM4.67 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Jun.
- Harga bersubsidi bersasar kekal tidak berubah, dengan kerajaan menanggung sehingga RM346 bagi setiap penerima BUDI95.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memetik laporan dari Astro Awani, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit petrol dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun ini.
Pelarasan harga baharu ini adalah selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik bagi minggu ini berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.
Harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu bagaimanapun kekal tidak berubah bagi tempoh yang sama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anda Suka Bau Petrol Ketika Isi Minyak? Doktor Ini Kongsi Kesan Buruknya
RON97 Turun 30 Sen, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Masing-Masing Turun 20 Sen

Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan semalam (3 Jun), harga runcit RON97 turun daripada RM4.65 kepada RM4.35 seliter bagi tempoh minggu ini.
RON95 tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM3.72 seliter berbanding RM3.92 seliter sebelum ini.
Harga diesel pula turut turun daripada RM4.87 kepada RM4.67 seliter bagi tempoh yang sama.
Harga Bersubsidi Bersasar Kekal Tidak Berubah Bagi Tempoh Sama

Kerajaan MADANI mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu bagi tempoh minggu ini.
Harga yang dikekalkan adalah seperti berikut:
- RON95 BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter
- Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi kekal pada RM2.05 seliter
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan MADANI Menanggung Sehingga RM346 Bagi Setiap Penerima BUDI95
Kementerian Kewangan turut menjelaskan nilai subsidi sebenar yang ditanggung kerajaan kepada penerima BUDI95.
Pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM3.72 seliter, penggunaan 200 liter sebulan menelan kos RM744 dan penerima BUDI95 hanya membayar RM398 sebulan bagi penggunaan penuh kelayakan tersebut.
“Ini bermakna pihak kerajaan menanggung sehingga RM346 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95,” menurut kenyataan kementerian.
Tambahan pula, bagi diesel pula, harga tanpa subsidi RM4.67 seliter adalah lebih dua kali ganda berbanding harga bersubsidi RM2.15 seliter bagi mengurangkan impak harga diesel kepada rakyat melalui kos pengangkutan awam serta logistik barangan pengguna.
Penurunan Harga Tidak Bermaksud Pasaran Global Sudah Stabil

Kementerian Kewangan menegaskan penurunan harga runcit minggu ini tidak mencerminkan pasaran petroleum global kembali stabil kerana risiko harga minyak mentah serta produk petroleum kekal tinggi dalam jangka sederhana berikutan konflik dan perkembangan semasa di Asia Barat.
Selain itu negara-negara pengimport utama di Asia terpaksa meningkatkan pembelian minyak mentah daripada sumber alternatif bagi menampung gangguan bekalan dari Asia barat.
Walaupun import minyak mentah dari Amerika Syarikat ke Asia meningkat ke paras tertinggi namun peningkatan tersebut masih belum mencukupi untuk menggantikan kehilangan bekalan melalui laluan perdagangan utama yang terjejas.
“Keadaan ini menunjukkan pasaran petroleum global masih berdepan kekangan bekalan fizikal meskipun purata harga pasaran minggu terdahulu mencatatkan penyusutan.”
“Sekiranya konflik berlarutan, risiko penyusutan inventori global dan kekurangan bekalan boleh memberi tekanan baharu kepada harga minyak mentah serta produk petroleum dalam tempoh mendatang,” kata Kementerian Kesihatan.
Pihak Kerajaan Seru Rakyat Berhemat Dalam Penggunaan Bahan Api
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu keterjaminan bekalan negara.
Harga runcit baharu ini berkuat kuasa mulai hari ini (4 Jun) dan akan disemak semula pada 11 Jun berdasarkan pergerakan harga pasaran antarabangsa minggu hadapan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bahaya Isi Minyak Dalam Tong Di But Kereta, Pakcik Shell Kongsi Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Banteras Ketirisan Bahan Api, Anggota Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.