Sekurang-kurangnya 250 rumah musnah dan lebih 300 keluarga kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Kebon Kosong, Jakarta Pusat.
Kebakaran disyaki berpunca daripada litar pintas elektrik, punca utama 95% kes kebakaran di Jakarta.
Seramai 200 anggota polis dan 25 jentera bomba dikerahkan, serta khemah kecemasan dan dapur awam disediakan untuk mangsa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sekurang-kurangnya 250 rumah musnah dan lebih 300 keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran yang melanda di kawasan perumahan padat penduduk di Kebon Kosong, Kemayoran, Jakarta Pusat, semalam (2 Jun).
Memetik laporan dari The Independent, tiga penduduk dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut dan telah dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.
Sekitar 95% kes kebakaran di ibu kota Indonesia berpunca daripada litar pintas elektrik.
Anggota bomba sedang memadam kebakaran. (Foto: Polis Kemayoran)
Api Bermula Di Dua Kediaman Sebelum Merebak Ke Kawasan Lain
Jabatan Bomba dan Penyelamat Jakarta telah memaklumkan laporan awal diterima pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.
“Api bermula di dua kediaman sebelum merebak ke kawasan lebih luas,” katanya.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11:30 malam selepas lebih dua jam operasi dilakukan serta operasi pembersihan di tapak kejadian selesai pada pukul 4.15 pagi
Lintar Pintas Elektrik Disyaki Punca Utama Kebakaran
Api marak. (Foto: Antara)
Ketua Polis Jakarta Pusat, Reynold E P Hutagalung, berkata kebakaran disyaki berpunca daripada litar pintas elektrik di salah sebuah rumah.
“Anggota polis dan bomba berusaha memastikan keselamatan penduduk terjamin termasuk harta benda,” tambahnya.
Menurut laporan dari The Independent, seramai 200 anggota polis dan lebih 25 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat serta memadamkan api.
Kebakaran yang berlaku bukan sebagai kejadian terpencil sebaliknya corak berulang yang terus menghantui kawasan perumahan padat di Jakarta.
Mangsa Disediakan Khemah Kecemasan Dan Dapur Awam
Anggota polis turut mendirikan beberapa khemah kecemasan dan dapur awam bagi menampung penduduk yang terjejas.