[Video] “Saya Bagi 9/10” – Youtuber Inggeris Review Restoran Baru Uncle Roger Di London
Walaupun harga sedikit mahal, Gary berkata pengalaman di sini wajar dipuji dari segi rasa, saiz hidangan dan layanan staf.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger cukup sinonim dengan kritikan pedas terhadap cara orang Barat masak makanan Asia, terutama selepas videonya mengulas Jamie Oliver tular.
Watak yang dibawakan oleh Nigel dikenali dengan gaya bersahaja, loghat serta komen sarkastik yang menghiburkan.
Selepas bertahun-tahun menilai masakan orang lain, perhatian kini beralih kepada restoran barunya iaitu Kawan yang terletak di Chinatown, London.
Youtuber UK Gary Eats Review Kedai Uncle Roger, Kawan

Untuk pengetahuan umum, Kawan by Uncle Roger dibuka pada 20 Mei lalu di kawasan tumpuan pelancong di London.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Gary melalui saluran Gary Eats, dia berkunjung sendiri untuk mencuba beberapa hidangan yang ada untuk menilai sama ada harga dikenakan berbaloi atau tidak dan bukan sekadar datang kerana nama Uncle Roger semata-mata.
Katanya, restoran ini menawarkan suasana santai dengan ruang makan yang agak sempit.
Namun begitu, berdasarkan pengalaman Gary, layanan staf sangat mesra dan tidak cerewet menjadikan kunjungannya tersebut terasa lebih selesa.
Apa Yang Anda Boleh Nikmati Di Restoran Kawan?

Antara menu yang Gary cuba termasuk Fried Rice from the Village (nasi goreng kampung) dihidangkan bersama udang dan kekapis berjaya mencuri perhatian Gary kerana tahap kepedasannya yang tinggi serta turut menerima pujian dari segi rasa.
Seterusnya, Gary turut mencuba Dry Curry Wagyu, hidangan kari kering bersama daging wagyu yang kelihatan seperti hidangan bernama Vindaloo.
Gary turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Rumah Wing, iaitu sayap ayam dengan rasa smoky BBQ.
Manakala, untuk pencuci mulut pula Gary menahan malu ketika memesan kerana mengujar “Can i get my happy ending now?” kerana nama yang diberikan sedikit nakal.
Pencuci mulut ini unik kerana menggunakan bunga telang yang memberikan warna biru, dipenuhi dengan inti Milo.
Menurut Gary, rasanya berkrim, manis dan berlemak sesuai untuk melengkapkan pengalaman makan di restoran ini.
Harga Sedikit Mahal, Tetapi Gary Beri Rating 9/10

Secara keseluruhan, menurut Gary menu di Kawan jelas berada dalam kategori mewah kerana lokasinya di tengah London dan penggunaan bahan seperti Wagyu.
Jumlah bil Gary mencecah £81.20, atau sekitar RM432.52 termasuk minuman dan caj perkhidmatan.
Gary turut berkata harga yang ditawarkan agak munasabah jika mengambil kira lokasi restoran di Chinatown yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, kualiti makanan, saiz hidangan dan keseluruhan pengalaman.
Tambahan pula, sebelum mengakhiri video tersebut, Gary memberikan restoran Kawan dengan skor 9/10 dan sangat berpuas hati untuk mencuba makanan Malaysia.
Selepas video ini dimuat naik, Uncle Roger turut meninggalkan komen dengan nada jenaka selepas menerima pujian tersebut. Uncle Roger mengucapkan terima kasih atas kunjungan Gary dengan berkata, “Thanks for coming, we’ll take 9/10 fuiyoh!‘.
Ini Pula Beberapa Fakta Ringkas Tentang Uncle Roger

Untuk yang kurang mengikuti dunia YouTube dan komedi, ini sedikit fakta ringkas tentang Uncle Roger:
- Uncle Roger ialah watak komedi yang dibawakan oleh Nigel Ng
- Nigel dilahirkan di Kuala Lumpur dan membesar di Cheras
- Watak Uncle Roger popular kerana sering mengkritik masakan Asia versi Barat dengan gaya humour sarkastik
- Beliau juga pernah mengulas masakan figure seperti Jamie Oliver dan Gordon Ramsay
Tambahan pula, restoran Kawan merupakan hasil kerjasama Nigel Ng, Keng Yew dan Daren Liew. Restoran itu pada asalnya dijadualkan dibuka pada bulan April lalu, namun ditunda ke Mei 2026 selepas berlaku kelewatan penghantaran perabot serta peralatan restoran.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Jumpa Uncle Roger, Ramai Budak Sanggup Beratur Pada Hari Pertama Pelancaran
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Pecahkan Rekod Dunia, Uncle Roger Pelawa Orang Ramai Tiru Pemakaiannya Pada 14 September
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



