Now Reading
Strategi Kereta EV Gagal, Honda Catat Kerugian Pertama Sejak 70 Tahun Lalu

Strategi Kereta EV Gagal, Honda Catat Kerugian Pertama Sejak 70 Tahun Lalu

Permintaan model EV lebih rendah dari jangkaan memaksa syarikat automotif Jepun menilai semula pelan jangka panjang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) selama ini sering dilihat sebagai masa depan industri automotif.

Bagi Honda, pertaruhan besar dalam segmen tersebut datang dengan kos yang bukan kecil apabila syarikat itu mencatatkan kerugian buat kali pertama dalam tempoh 70 tahun selepas berdepan permintaan EV lebih perlahan daripada jangkaan.

Keadaan itu memaksa Honda menilai semula strategi EV, termasuk melonggarkan beberapa sasaran jangka panjang sebelum ini menjadi sebahagian daripada hala tuju masa depan syarikat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Gaji RM4,000 ‘Zalim’ Jika Tak Beli Honda Demi Keselesaan Keluarga, Jelas Influencer Ini

Kos Peralihan Kepada Segmen EV Menjadi Faktor Utama Kerugian

Kilang Honda di Jepun. (Foto: Nikkei Asia)

Menurut laporan dari Reuters, Honda mencatatkan kerugian operasi 414.3 bilion yen (RM10.36 bilion) bagi suku tahun pertama, berbanding keuntungan RM30.4 bilion yang direkodkan tahun lepas.

Kerugian tersebut banyak dipengaruhi kos penyusunan semula perniagaan EV yang melebihi AS$9 bilion, selain susut nilai berkaitan pelaburan dalam segmen berkenaan.

Tambahan pula, Honda turut merekodkan jumlah kerugian berkaitan EV sebanyak 1.45 trilion yen (RM36 bilion) dan menjangkakan kos tambahan sekitar 500 bilion yen (RM12.5 juta) untuk tahun kewangan baru.

Situasi ini menunjukkan bahawa peralihan kepada EV bukan sahaja menghasilkan model baru, tetapi turut melibatkan kos pembangunan, pelaburan kilang, teknologi bateri dan penyesuaian pasaran yang besar.

Honda Akan Menyemak Semula Strategi Sasaran EV
Kereta Honda. (Foto: Reuters)

Susulan tekanan tersebut, Honda mengubah strategi dengan memastikan EV hanya menyumbang satu perlima daripada jualan kereta menjelang 2030.

Syarikat itu turut membatalkan pelan jangka panjang peralihan sepenuhnya kepada jualan EV atau kenderaan sel bahan api menjelang 2040.

Selain itu, projek EV bernilai AS$11 bilion di Kanada juga digantung tanpa tempoh. Projek tersebut sebelum ini dirancang untuk menghasilkan EV dan bateri merupakan pelaburan paling besar di negara berkenaan.

Langkah ini memperlihatkan Honda mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap EV, terutama apabila permintaan pengguna tidak mencapai angka yang dijangka.

Penjualan Motosikal Di Pasaran India Dan Brazil Menjadi Penyelamat
Pasaran motosikal Honda di India masih kukuh. (Foto: HT Auto)

Walaupun bahagian EV telah meninggalkan kesan hitam kepada syarikat ini, Honda dipercayai masih mempunyai keuntungan lain untuk membantu mengimbangi keadaan semula.

Perniagaan motosikal telah mencatatkan jumlah jualan dan keuntungan operasi tertinggi dalam sejarah sebanyak 22.8 juta unit bagi suku pertama tahun ini didorong oleh jualan kukuh di pasaran India dan Brazil.

Honda turut akan meningkatkan kapasiti pengeluaran di India dan menyasarkan jualan lebih tinggi dalam sejarah syarikat.

Honda Akan Fokus Kepada Segmen Yang Lebih Menguntungkan Berbanding Segmen EV

Dalam masa sama, Honda dijangka akan beri lebih tumpuan kepada segmen lebih stabil dan menguntungkan seperti kereta hibrid serta motosikal.

Ini kerana strategi ini dilihat lebih realistik ketika penerimaan pengguna terhadap EV masih tidak sekata dan persaingan harga dalam pasaran global semakin sengit.

Pasaran utama seperti Amerika Utara, Jepun dan India juga dijangka terus menjadi fokus pertumbuhan syarikat.

Lagi 5 Tahun, Honda Malaysia Akan Bungkus
Pusat servis Honda di Malaysia. (Foto: MeGroup)

Menerusi Facebook, pengguna Hafizi Norizan berkongsi pendapat bahawa Honda Malaysia bakal berdepan cabaran apabila jualannya dikatakan menurun daripada 81,600 unit kepada 72,301 unit pada 2025, dengan sasaran 60,000 unit pada 2026.

Menurutnya, jenama itu tidak lagi dilihat sebagai simbol status seperti dahulu serta berdepan saingan jenama China seperti Chery, Jaecoo dan BYD yang menawarkan spesifikasi lebih menarik pada harga kompetitif.

Pandangan tersebut menggambarkan cabaran dihadapi Honda bukan sahaja berlaku di peringkat global tetapi juga di pasaran tempatan apabila semakin ramai pembeli di Malaysia meletakkan nilai sebuah kereta bukan sahaja pada jenama tetapi teknologi, kelengkapan serta aksesori ditawarkan.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Kereta Honda Dalam Senarai Ini Dipanggil Semula Oleh Honda Malaysia Untuk Penukaran Pam Bahan Api

Baca Artikel Berkaitan: Honda Malaysia Perkenal HR-V Facelift Dengan Rekaan Lebih Sporty & Teknologi Terkini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd