Now Reading
RM7,000 Sebulan Sudah Kaya Di Kelantan, Tapi Tak Semestinya Kaya Di Negeri Lain

RM7,000 Sebulan Sudah Kaya Di Kelantan, Tapi Tak Semestinya Kaya Di Negeri Lain

Menurut DOSM, isi rumah pendapatan T20 di Kelantan dan Kedah bermula pada paras lebih rendah berbanding negeri lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gaji isi rumah sebanyak RM7,000 sebulan mungkin nampak seperti cukup-cukup makan bagi sesetengah individu yang tinggal di bandar.

Namun begitu berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2024 dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah itu sudah mencukupi untuk mengkategorikan sesebuah isi rumah di beberapa buah negeri sebagai T20.

Isu di sini menunjukkan bahawa nilai pendapatan tidak boleh dilihat pada angka semata-mata kerana kos sara hidup serta struktur pendapatan setiap negeri adalah berbeza.

Baca Artikel Berkaitan: Pengkelasan Kategori B40, M40 dan T20 Dimansuhkan Mulai 2024 – Rafizi Ramli

RM7,000 Sudah Cukup Untuk Dikategorikan Sebagai T20 Di Kelantan

Kota Bharu, Kelantan. (Foto: Expedia)

Secara asasnya, T20 merujuk kepada kumpulan 20 peratus isi rumah berpendapatan tertinggi.

Di Kelantan, T20 bermula pada RM7,000 sebulan. Ini bermaksud isi rumah yang memperoleh pendapatan kasar pada jumlah tersebut sudah berada dalam kelompok pendapatan tertinggi di negeri itu namun tidak semestinya bermaksud isi rumah itu hidup dalam kemewahan.

Sebaliknya, ia hanya menunjukkan kedudukan pendapatan mereka berbanding isi rumah lain di Kelantan.

Kedah Pun Sama Jauh Berbeza Dengan Lembah Klang

Selain Kelantan, Kedah turut mencatatkan golongan T20 lebih rendah berbanding negeri-negeri utama lain, iaitu bermula pada RM7,820 sebulan.

Perbezaannya lebih jelas bila dibandingkan dengan kawasan Lembah Klang seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ini kerana, ambang T20 bermula pada RM16,040 di Selangor. Manakala, Kuala Lumpur pada RM17,030 dan Putrajaya mencatatkan ambang tertinggi iaitu RM19,030 sebulan.

Sebab Itu Label B40, M40 & T20 Tidak Boleh Dipukul Sama Rata
Pendapatan isi rumah tidak memberi gambaran realiti kehidupan sebenar. (Foto: Deposit photos)

Isu utama di sini bukan siapa T20 atau bukan T20. Sebaliknya, data ini menunjukkan bahawa kategori pendapatan perlu dilihat bersama konteks lokasi.

Dua keluarga dengan pendapatan sama akan mempunyai bebanan hidup yang sungguh berbeza. Sama ada sewa rumah, ansuran kereta, pendidikan anak dan lain-lain.

Realitinya, Data Tidak Dapat Menggambarkan Situasi Sebenar
Situasi realiti untuk majoriti rakyat Malaysia. (Foto: Focus Malaysia)

Mengikut laporan DOSM, ia menetapkan kategori B40 sebagai isi rumah berpendapatan kurang daripada RM5,860 sebulan.

Kumpulan M40 pula berada dalam lingkungan RM5,860 sehingga RM12,679, manakala T20 bermula daripada RM12,680 ke atas.

Sebab itu, seseorang yang dikira T20 di Kelantan belum tentu berada dalam kategori sama jika dinilai berdasarkan paras nasional atau negeri dengan kos hidup lebih tinggi.

Isi Rumah Pendapatan Perlu Dilihat Lebih Dari Perolehan Data Sahaja

Kesimpulannya, gaji RM7,000 memang sudah cukup untuk meletakkan sebuah isi rumah di Kelantan, Kedah dalam kategori T20.

Namun, label itu tidak wajar untuk disamakan dengan maksud ‘kaya’ atau ‘senang’ tanpa melihat konteks lokasi, kos sara hidup serta komitmen kewangan.

Selain itu, angka memang penting tetapi konteks tempat tinggal dan beban hidup juga tidak boleh diketepikan.

Ini Senarai Tangga Gaji T20 Mengikut Negeri:

#1. Kelantan (RM7,000 ke atas)

#2. Kedah (RM7,820 ke atas)

#3. Perlis (RM8,010 ke atas)

#4. Pahang (RM8,090 ke atas)

#5. Perak (RM8,220 ke atas)

#6. Sabah (RM9,160 ke atas)

#7. Sarawak (RM9,710 ke atas)

#8. Terengganu (RM9,790 ke atas)

#9. Negeri Sembilan (RM9,980 ke atas)

#10. Melaka (RM11,560 ke atas)

#11. Wilayah Persekutuan Labuan (RM11,630 ke atas)

#12. Pulau Pinang (RM12,680 ke atas)

#13. Johor (RM13,560 ke atas)

#14. Selangor (RM16,040 ke atas)

#15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM17,030 ke atas)

#16. Wilayah Persekutuan Putrajaya (RM19,030 ke atas)

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Semakin Ramai M40 Sukar Memiliki Rumah?

Baca Artikel Berkaitan: T20 Sumbang 85% Cukai Pendapatan Peribadi Pada Tahun 2022 – LHDN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd