Now Reading
Proton e.MAS Catat Dominasi Dalam Pasaran EV Malaysia

Proton e.MAS Catat Dominasi Dalam Pasaran EV Malaysia

Data JPJ menunjukkan Proton e.MAS mencatat 2,377 pendaftaran sejak Mac lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasaran kereta elektrik atau EV di Malaysia semakin berkembang apabila Proton menerusi rangkaian e.MAS muncul sebagai jenama paling tinggi didaftarkan sejak Mac lalu.

Berdasarkan data pendaftaran kenderaan terbaru oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Proton mencatatkan sebanyak 2,377 pendaftaran EV pada bulan tersebut.

Jumlah ini meletakkan Proton jauh di hadapan pesaing terdekatnya, BYD yang merekodkan 879 unit pendaftaran dalam tempoh sama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Sangat Selesa”- Wanita Di Afrika Selatan Kongsi Kenapa Pilih Beli Proton X50

Proton Mengukuhkan Posisinya Dalam Pasaran EV Tempatan

Proton e.MAS 7 PHEV. (Foto: Proton e.MAS)

Pencapaian jenama automotif negara pada Mac 2026 menunjukkan jurang yang ketara dalam pasaran EV tempatan.

Dengan 2,377 unit telah didaftarkan, Proton berjaya mencatat hampir tiga kali ganda jumlah pendaftaran berbanding persaingannya. Berikut ialah senarai 10 jenama EV terlaris di Malaysia berdasarkan data pendaftaran JPJ di bulan Mac lalu.

NomborJenamaUnit
1Proton2,377
2BYD879
3Tesla338
4iCaur257
5Zeekr117
6MG112
7Volvo90
8Xpeng72
9BMW67
10Leapmotor60

Kedudukan ini secara tidak langsung mencerminkan penerimaan pengguna terhadap model Proton e.Mas, selain menunjukkan persaingan pasaran EV Malaysia yang semakin sengit.

Dalam tempoh suku pertama 2026, Proton turut mengekalkan momentum kukuh apabila mencatatkan 7,455 pendaftaran EV secara keseluruhan.

Tesla, iCaur Dan Zeekr Turut Melakar Nama Dalam Pasaran Malaysia
Tesla. (Foto: Business Today)

Selain Proton dan BYD, beberapa jenama EV lain turut menempa nama dalam pasaran Malaysia.

Jenama terkemuka dari Amerika Syarikat, Tesla berada di kedudukan ketiga dengan 338 unit. Seterusnya, iCaur berada di tempat keempat dengan 257 unit dan Zeekr pula mencatatkan sebanyak 177 unit pada bulan sama.

Lebih 20,000 Proton e.MAS Kini Di Jalan Raya
Proton e.MAS 7. (Foto: engear english)

Menerusi pengumuman dari PRO-NET, lebih 20,000 kereta Proton e.MAS kini berada di atas jalan raya di seluruh negara menandakan kepercayaan pelanggan yang semakin kukuh terhadap jenama kereta EV tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, perkembangan ini juga mencerminkan perubahan dalam kalangan pemandu Malaysia apabila semakin ramai mula yakin untuk beralih kepada kereta elektrik.

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Permintaan Tinggi Proton e.MAS

Beberapa faktor dapat dilihat menyumbang kepada kedudukan Proton e.MAS dalam pasaran EV tempatan. Antaranya:

  • Permintaan tinggi untuk rangkaian Proton e.MAS seperti e.MAS 7, e.MAS 5 dan e.MAS PHEV.
  • Keyakinan pengguna dan sikap terbuka terhadap jenama EV nasional dan teknologinya
  • Pengukuhan ekosistem sokongan EV seperi kapasiti selepas jualan dan sokongan pengecasan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan EV

Ketika ini, terdapat 53 operasi pengedar Proton e.MAS di seluruh negara dan pusat 3S sedang diperluas kepada 40 lokasi seiring dengan peningkatan permintaan pelanggan.

Cabaran Seterusnya Dalam Pasaran EV Malaysia
Pusat servis e.MAS. (Foto: Proton e.MAS Kuala Lumpur)

Walaupun angka pendaftaran menunjukkan angka positif, tumpuan kini bukan hanya kepada jumlah kereta berjaya didaftarkan.

Fokusnya perlulah menambah keyakinan pengguna yang ingin menggunakannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Ini termasuk seperti akses kepada pusat servis, kemudahan pengecasan, sokongan teknikal dan maklum tindak balas yang pantas bila pengguna memerlukan bantuan.

Seiring peningkatan jumlah Proton e.MAS di atas jalan raya, pembangunan rangkaian sokongan yang kukuh menjadi semakin penting supaya jenama nasional kekal nombor satu di kalangan pengguna tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum | TRP

Baca Artikel Berkaitan: “Salah Ke Tunggu Kejap?” – Proton X70 Himpit Treler Di Lampu Isyarat Undang Kritikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd