Now Reading
Malaysia Pecah Rekod Pelancongan, Terima 10.6 Juta Pelancong Dalam Suku Pertama 2026

Malaysia Pecah Rekod Pelancongan, Terima 10.6 Juta Pelancong Dalam Suku Pertama 2026

Sebanyak 95 penerbangan antarabangsa ke Malaysia dalam tempoh seminggu menyumbang kepada peningkatan positif ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sektor pelancongan Malaysia berjaya mencatat pencapaian baru apabila menerima lebih 10.6 juta pelancong antarabangsa dalam tempoh suku pertama 2026 menurut laporan MalayMail.

Pencapaian ini menjadi rekod tertinggi bagi tempoh Januari hingga Mac, sekali gus menandakan momentum pemulihan industri pelancongan negara yang semakin kukuh menjelang Visit Malaysia Year 2026.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, jumlah ini meningkat 5.4% berbanding tahun lepas dan merupakan tahun kedua berturut-turut Malaysia berjaya melepasi angka 10 juta pelancong dalam suku pertama.

Baca Artikel Berkaitan: Agoda Dedah 3 Lokasi Travel Paling Popular Di Malaysia Yang Jadi Tumpuan Warga Eropah

Bulan Februari Berjaya Rekod Bulanan Tertinggi

Kempen Visit Malaysia 2026. (Foto; BERNAMA)

Malaysia juga turut mencatat sejarah baru apabila jumlah ketibaan pelancong pada Februari 2026 mencecah 3,472,557.

Menurut Tiong, ini merupakan kali pertama ketibaan pelancong dalam tempoh sebulan melepas angka tiga juta.

Peningkatan itu banyak didorong oleh permintaan perjalanan sempena Tahun Baru Cina dari pasaran China.

Dalam tempoh tersebut, Malaysia menerima 604,675 pelancong dari China melalui penambahan laluan dan kekerapan penerbangan antara kedua-dua negara ini.

Syarikat penerbangan China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines telah meningkatkan laluan antara Malaysia dan China daripada 82 kepada 106, dengan jumlah penerbangan mencecah 426 sepanjang tempoh perjalanan tersebut.

China Menjadi Penyumbang Terbesar Meningkat 25.2%

Menurut Tiong, ketibaan pelawat China meningkat 25.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Selain China, Australia turut mencatat peningkatan sebanyak 11.4% dan secara keseluruhan, sebanyak 12 pasaran telah menyumbang lebih 100,000 pelawat dalam tempoh suku pertama tahun ini.

ASEAN Kekal Sumber Pelancong Terbesar Malaysia
Antara destinasi utama pelancong luar, Petaling Street. (Foto: Travel and Leisure Asia)

Walaupun China mencatat pertumbuhan paling kukuh, ASEAN kekal sebagai sumber pelancong terbesar ke Malaysia.

Jumlah ketibaan dari negara ASEAN meningkat lebih 350,000 pelawat dalam tempoh suku pertama, kata Tiong.

Namun, Indonesia dan Vietnam telah mencatatkan penurunan, manakala negara ASEAN lain merekodkan peningkatan antara 3.5% hingga 54.3% dan beberapa pasaran seperti India dan Korea Selatan mencatat penurunan sebanyak -1.5% dan -3.1%.

Pelancong Eropah Cecah Lebih 500,000 Buat Kali Pertama
Pelancong di KLCC. (Foto: WAHDAH)

Malaysia turut mencatat satu lagi pencapaian apabila ketibaan pelancong dari Eropah melepasi 500,000 dalam suku pertama buat kali pertama.

Menurut Tiong, pasaran Eropah menjadi antara tumpuan kementerian kerana pelawat dari rantau itu lazimnya tinggal lebih lama di Malaysia, sekali gus berpotensi meningkatkan hasil pelancongan negara.

Daripada 16 pasaran utama Eropah yang dipantau, 15 daripadanya mencatat peningkatan.

Antaranya yang menunjukkan peningkatan kukuh ialah Turkiye, Ukraine dan Poland, manakala Jerman menjadi satu-satunya pasaran Eropah yang mencatat penurunan.

Ketegangan Geopolitik Memberi Kesan Kepada Beberapa Negara

Walaupun pencapaian ini dilihat positif, Tiong turut akui bahawa ketegangan geopolitik di Timur Tengah mula memberi kesan kepada aliran pelancong menjelang akhir Mac.

Gangguan bekalan api dan perubahan laluan penerbangan menyebabkan kos operasi syarikat penerbangan meningkat.

Keadaan itu seterusnya menyumbang kepada harga tiket lebih tinggi dan beberapa penerbangan dibatalkan.

Kawasan Timur Tengah mencatat penurunan paling ketara, iaitu 27.2% berbanding tahun lalu termasuklah Asia Selatan dan Afrika Utara turut mencatatkan penurunan sebanyak 6.7% dan 8.4%.

Peningkatan Laluan Penerbangan Menjadi Faktor Peningkatan Pelancong

Sebanyak 20 laluan antarabangsa berjadual baru mula beroperasi dalam suku pertama tahun ini dan 12 syarikat penerbangan telah menambah 95 penerbangan antarabangsa seminggu ke Malaysia.

Lima syarikat penerbangan tambahan turut mengendalikan enam laluan sewa khas yang menghubungkan Malaysia dengan China dan Hong Kong.

Selain itu, Xiamen Airlines telah menaik taraf laluan Nanjing – Kuala Lumpur kepada perkhidmatan harian bermula Mac dan Lufthansa Airlines bakal memulakan penerbangan terus Frankfurt – Kuala Lumpur bermula 25 Oktober tahun ini.

Permulaan Positif Menjelang Visit Malaysia Year 2026
Maskot Visit Malaysia 2026, Wira & Manja. (Foto: Ipoh Echo)

Secara keseluruhan, prestasi suku pertama memberi hasil positif kepada sektor pelancongan negara.

Dengan enam daripada sembilan rantau pelancongan mencatat peningkatan dan Malaysia dilihat berada di landasan baik untuk terus menarik lebih ramai pelancong luar.

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tangga Ke-2 Destinasi Popular 2025

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Elak Penumpang Kena Hujan, Pelancong Asing Puji Airport Malaysia Sediakan Payung | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd