Now Reading
3,420 Ekor Ikan Bandaraya Berjaya Dikeluarkan Di Sungai Skudai, Johor Selamatkan Ekosistem Air Tawar

3,420 Ekor Ikan Bandaraya Berjaya Dikeluarkan Di Sungai Skudai, Johor Selamatkan Ekosistem Air Tawar

Sering menjadi ikan hiasan dalam akuarium, ikan bandaraya mudah membiak sehingga merosakkan ekosistem tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebanyak 560 kilogram ikan bandaraya bersamaan 3,420 ekor berjaya dikeluarkan dari Sungai Skudai, Johor.

Usaha ini dilakukan oleh Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Tiram (KSRT) serta Jabatan Perikanan Johor di Sungai Skudai, Kampung Pertanian, Kulai.

Menurut Setiausaha Persatuan SPIA, Kapten Haziman Amli Hasan, pihaknya terkejut melihat jumlah ikan bandaraya yang mendominasi sungai berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Info Tentang Arapaima, Ikan Yang Berasal Dari Sungai Amazon | TRP

Setiap Kali Tebar Jala Boleh Dapat 30kg Hingga 40kg Ikan Bandaraya

Menurut Haziman, kira-kira 30kg hingga 40kg ikan boleh dikeluarkan setiap kali jala ditebar.

Keadaan itu menunjukkan jumlah ikan berkenaan di Sungai Skudai sudah terlalu banyak dan dikhuatiri boleh memudaratkan ekosistem sungai.

Haziman berkata, ikan bandaraya juga pernah ditemukan dalam kuantiti besar di Sungai Klang, Selangor, termasuk ada yang mencecah berat 2.2kg seekor.

Kewujudan Ikan Bandaraya Boleh Menjejaskan Pendapatan Nelayan
Ikan bandaraya. (Foto: Pexels)

Kebanjiran ikan ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem sungai tempatan, malah turut menjejaskan pendapatan nelayan.

Menurut nelayan tempatan, Sungai Skudai sebelum ini menjadi tempat pembiakan ikan keli dan ikan siakap.

Namun, jumlah ikan tempatan di sungai itu didakwa semakin berkurangan.

Bukannya mudah, namun perlu dilakukan untuk mengelakkan jumlahnya meningkat.

Sebanyak 86 Tan Ikan Bandaraya Berjaya Ditangkap Sejak 2022
Hasil tangkapan ikan. (Foto: Edisi 9)

Menurut laporan dari Harian Metro, isu ini bukan hanya berlaku di Sungai Skudai sahaja.

Pengasas dan Presiden SPIA, Mohamad Haziq A Rahman berkata, “Ikan bandaraya kini semakin mendominasi hampir keseluruhan perairan air tawar di negara ini.”

Sejak 2022, sebanyak 86 tan ikan spesies invasif ini berjaya ditangkap.

Menurut beliau, keadaan ini menunjukkan ekosistem air tawar negara semakin tenat dan memerlukan tindakan berterusan bagi mengelakkan kepupusan spesies ikan tempatan.

Malah, terdapat kawasan yang hampir tiada lagi kewujudan spesies ikan tempatan susulan lambakkan ikan bandaraya di sungai dan tasik.

Ikan Hiasan Yang Dibuang Ke Sungai Selepas Membesar
Ikan ini sering dipelihara dalam akuarium. (Foto: Kata Malaysia)

Antara faktor lambakan ikan bandaraya di perairan umum ialah tindakan melepaskan ‘ikan hiasan’ ke sungai atau tasik selepas ia membesar.

Ikan bandaraya sering dipelihara dalam akuarium kerana dianggap sebagai ikan pembersih yang memakan alga dan kotoran.

Namun, bila saiznya semakin besar. Ikan ini akan mula mengorek dasar akuarium sehingga merosakkan tumbuhan serta dekorasi.

Bila dilepaskan ke sungai, ikan bandaraya mampu membiak dengan cepat dan bersaing dengan ikan tempatan dari segi makanan dan habitat.

Ini Pula Beberapa Fakta Ringkas Tentang Ikan Bandaraya Untuk Pengetahuan Anda

Ikan bandaraya sebenarnya berasal dari Amerika Selatan dan turut dikenali dengan pelbagai nama seperti:

  • Tombot
  • Suckerfish
  • Pleco

Beberapa spesies yang dikenal pasti di Malaysia seperti Pterygoplichthys disjunctivus, Pterygoplichthys pardalis dan Hypostomus plecostomus. Ikan ini dipercayai mula berada di negara sekitar tahun 1970-an sebagai ikan peliharaan.

Antara ciri unik ikan ialah struktur mulut seakan penyedut atau suction cup, membolehkannya melekat pada permukaan serta makan bahan organik seperti alga dan mendakan.

Selain itu, ikan bandaraya juga:

  • Mempunyai daya tahan tinggi terhadap persekitaran tercemar dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan perairan
  • Kulitnya yang keras menjadikannya sukar dimakan oleh ikan lain
  • Ia boleh membina koloni di kawasan tercemar, menggali lubang di tebung sungai untuk bertelur menyebabkan struktur tanah di tebing terjejas
  • Jumlahnya boleh meningkat dengan cepat kerana mudah membiak serta tidak mempunyai pemangsa semula jadi

Disebabkan itu, ikan tempatan seperti lampam, haruan, keli, baung dan tilapia semakin sukar bersaing untuk mendapatkan makanan dan habitat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melepaskan ikan hiasan ke sungai, tasik atau longkang kerana tindakan tersebut boleh memberi kesan besar kepada ekosistem air tawar negara.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ikan Masin, Keropok Ikan & Tiga Lagi Jenis Ikan Perlu Elak Jika Tengah Diet | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Tengah Syok Makan Tiba-Tiba Tercekik Tulang Ikan? Ini Cara Mudah & Selamat Untuk Anda! | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd