Now Reading
Lelaki India Terpaksa Tinggal Di KLIA Hampir 2 Minggu Selepas Tidak Dibenarkan Masuk Ke India & New Zealand

Lelaki India Terpaksa Tinggal Di KLIA Hampir 2 Minggu Selepas Tidak Dibenarkan Masuk Ke India & New Zealand

Perjalanan pulang Akash Pushkarna dari New Zealand ke India bertukar rumit selepas isu dokumen membuatkan beliau tidak dapat meneruskan perjalanan ke mana-mana negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak anda terbayang berada dalam situasi seperti watak lakonan Tom Hanks dalam filem ‘The Terminal’?

Tidak dapat keluar dari lapangan terbang dan tidak boleh patah semula ke negara asal atas pelbagai faktor.

Seram, kan? Haa.. itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki warga India, Akash Pushkarna dilaporkan hampir dua minggu terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca Artikel Berkaitan: Kes Wanita ‘Tinggal’ Di KLIA 1: Polis Sahkan Individu Ada Kad Mental, Kini Dihantar Ke Hospital Kajang | TRP

Niat Pulang Ke Negara Asal Terbantut

Video Akash menerangkan situasinya di KLIA. (Foto: @truescoop/Instagram)

Akash Pushkarna berasal dari Jalandhar, Punjab telah menaiki penerbangan dari Auckland, New Zealand ke Delhi, India pada 23 April lalu untuk berpindah semula ke negara asalnya.

Menurutnya, kehidupan di New Zealand semakin sukar selepas dokumen pemastautinnya tidak dapat diproses.

Dia turut memaklumkan dalam video, bapanya tidak sihat dan ingin pulang untuk bersama dengan keluarga.

Setelah tibanya di Delhi di mana dia tidak dibenarkan masuk ke India kerana gagal mengemukakan pasport yang sah.

Apa Yang Sudah Berlaku Sebenarnya?
Tom Hanks melakonkan watak yang menghadapi situasi sama seperti Akash. (Foto: Amblin Entertainment)

Difahamkan, pasport India milik Akash telah tamat tempoh atau hilang.

Sebagai ganti, dia menggunakan Certificate of Identity yang dikeluarkan oleh kerajaan New Zealand.

Dokumen ini biasanya diberikan kepada individu tertentu seperti mereka yang tidak mempunyai kerakyatan atau pelarian.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa India menegaskan bahawa seseorang masih memerlukan dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara itu.

Akash kemudian ditahan selama dua hari di lapangan terbang Delhi bagi proses pengesahan identiti.

Akash Tidak Boleh Kembali Semula Ke New Zealand

Selepas tidak dibenarkan masuk ke India, Akash disuruh untuk kembali ke Auckland melalui KLIA menaiki penerbangan Malaysia Airlines.

Namun setelah tiba di KLIA sebagai penumpang transit, beliau tidak dibenarkan meneruskan penerbangan ke New Zealand kerana tidak lagi mempunyai visa yang sah untuk memasuki negara tersebut.

Pengurus Besar Risiko Imigresen dan Sempadan New Zealand, Richard Owen berkata, “Akash memegang visa sementara yang sah ketika meninggalkan New Zealand atas kemahuannya sendiri.

“Bagaimanapun, visa itu telah tamat tempoh sebaik beliau keluar kerana tidak mempunyai syarat perjalanan dan beliau tidak mempunyai hak untuk kembali ke New Zealand.”

Terkandas Di KLIA, Terpaksa Tidur Dan Tinggal Di Situ
Watak Tom Hanks tidur di lapangan terbang. (Foto: Into Film)

Disebabkan itu, Akash tidak dibenarkan masuk ke India dan tidak boleh pulang semula ke New Zealand akhirnya terkandas di KLIA.

Menerusi rakaman video, dia terpaksa tidur di lantai lapangan terbang sepanjang tempoh.

Lebih menyedihkan, dia tidak mempunyai wang cukup, pakaian ganti untuk menampung kehidupan di sini.

Dia turut merayu bantuan pihak berkaitan untuk menyelesaikan isu dokumen perjalannya.

Hilang Kabus, Teduh Hujan

Selepas kisah Akash tular setelah dilaporkan oleh The Print, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dilaporkan tampil membantu menyelesaikan masalah dokumentasi Akash.

Menerusi kenyataan rasmi, pihak suruhanjaya mengesahkan mereka telah berhubung dengan Akash bagi membantu masalahnya dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk membolehkan dia pulang semula ke India.

Dengan bantuan tersebut, Akash akhirnya dapat pulang semula ke tanah airnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Ada Ruang Dalam KLIA 1 Untuk Pengunjung Solat Jumaat | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Didenda RM100 Akibat Berhenti Lama Di Terminal KLIA, Ramai Setuju Dengan Sistem VAMS | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd