DBKL Tubuhkan Task Force Untuk Tangani Masalah Banjir Kilat Di KL
14 Hotspot dikenal pasti oleh DBKL berisiko tinggi untuk banjir selepas hujan lebat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Susulan kejadian hujan ekstrem pada 6 Mei lalu yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memperkukuh usaha mitigasi banjir di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, berkata hujan pada hari kejadian merekodkan 96.5 milimeter sejam.
Bacaan itu telah melebihi paras hujan amaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), iaitu 60 milimeter dalam tempoh dua hingga empat jam.
Baca Artikel Berkaitan: Info Banjir: Mangsa Perlu Daftar Di PPS & Lengkap Maklumat Dalam MyIBJKM Untuk Terima Bantuan RM1,000 | TRP
Hujan Lebat Menyebabkan Paras Sungai Naik Mendadak

Beliau berkata, hujan lebat luar biasa menyebabkan paras sungai meningkat dengan mendadak.
Keadaan tersebut mengakibatkan sistem perparitan dan longkang tidak mampu menampung aliran air secara optimum.
“Di Segambut Dalam, paras Sungai Toba merekodkan bacaan 43.14 meter melebihi paras bahaya 42.8 meter.”
“Manakala di Kuchai Lama dan kawasan LRT Bukit Jalil, tadahan Sungai Kerayong mencatat bacaan 32.88 meter melebihi paras bahaya 32.66 meter sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat.” katanya pada sidang media di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
DBKL Mengenal Pasti 14 Hotspot Banjir Di Kuala Lumpur

Pihak DBKL kini memberi perhatian khusus kepada 14 hotspot banjir di Kuala Lumpur menerusi tindakan segera dan perancangan jangka panjang.
Antara lokasi yang dikenal pasti:
- Jalan Rahmat/Jalan Sultan Azlan Shah
- Lebuhraya Sultan Iskandar
- Bulatan Dato On
- Jalan Tun Sambanthan Brickfields
- Jalan Chan Show Lin
- Jalan Sultan
- Jalan Cheras
- Jalan Pudu
- Jalan Genting Klang
- Jalan Pintasan Segambut
Menurut Fadlun, jumlah hotspot air bertakung di Kuala Lumpur berjaya dikurangkan kepada 14 lokasi berbanding lebih 30 lokasi sebelum ini.
Pengurangan ini dicapai hasil pelaksanaan projek mitigasi dan penambahbaikan sistem saliran secara berterusan.
Task Force Hotspot Banjir Kilat Akan Diaktifkan Ketika Hujan Lebat

Bagi mengurangkan risiko banjir kilat, DBKL turut mengaktifkan Task Force Hotspot Banjir Kilat Kuala Lumpur ketika hujan lebat.
Peranan pasukan ini untuk memantau keadaan longkang, inlet dan saliran selain melaksanakan kerja pembersihan segera di kawasan terjejas.
DBKL akan menjalankan kerja desilting Sungai Toba setiap dua bulan sebagai langkah segera selain penubuhan task force khas untuk menangani isu jalan berlubang selepas hujan reda.
Dalam masa sama, DBKL akan meneruskan projek mitigasi jangka panjang termasuk pembinaan kolam takungan bawah tanah serta penaiktarafan sistem saliran di kawasan berisiko banjir.
Baca Artikel Berkaitan: Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir? Jangan Cuba Hidupkan Enjin! Sebaliknya Lakukan Perkara Ini | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Google Flood Hub Sediakan Ramalan Banjir, 7 Hari Sebelum Bencana Melanda | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



