Agong Terima Aurus Senat, Simbol Akrab Malaysia – Rusia
Jarang dilihat di luar Rusia dan Aurus Senat dan sering digunakan oleh Vladimir Putin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar menerima limosin mewah Aurus Senat iaitu sebuah kenderaan eksklusif yang sering dikaitkan dengan kepimpinan tertinggi Rusia
Penerimaan kenderaan ini dilihat sebagai lambang hubungan akrab antara Malaysia dan Rusia.
Menurut hantaran rasmi di Facebook, jenama Aurus merupakan kenderaan sering digunakan oleh Presiden Vladimir Putin ketika acara rasmi negara serta pertemuan diplomatik penting.
Baca Artikel Berkaitan: Angkat Sumpah Agong Ke-17, Ini Latar Belakang Mengenai Sultan Ibrahim Sultan Iskandar | TRP
Jarang Dapat Lihat Aurus Senat Di Luar Rusia
Keistimewaan kereta ini bukan kepada reka bentuknya, tetapi nilai eksklusif yang jarang dimiliki oleh individu di luar Rusia dan tidak dieksport secara meluas ke pasaran global.
Tambahan pula, kereta ini lengkap dengan segala inovasi moden dengan keselamatan yang canggih menjadikan ia sebagai kereta rasmi Presiden Rusia.
Diserahkan Di Muzium Garaj Khas Moscow

Majlis penyerahan Aurus Senat telah berlangsung di Muzium Garaj Khas, Moscow.
Sejurus tiba di muzium tersebut, Sultan Ibrahim disambut oleh beberapa pegawai perwakilan Rusia.
Antaranya ialah Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia, Kirill Alekseevich Lysogorsky, Pengarah Muzium, Belikov AV dan Ketua Pegawai Eksekutif NAMI, Nazarov FL.
Di samping itu, muzium ini menghimpunkan lebih 50 model kereta dan motosikal yang unik.
Satu Lagi Penambahan Dalam Koleksi Sultan Ibrahim

Umum mengetahui Sultan Iskandar memang terkenal dengan minatnya dalam dunia automotif, Baginda mengumpul dan memiliki pelbagai kereta klasik, mewah, unik dan istimewa.
Antara kereta istimewa termasuk Hongqi L5, Genesis G90 versi roda panjang, Rolls-Royce Phantom VI klasik, Lincoln Town Car serta beberapa model Mercedes-Benz 600.
Koleksi Kereta Yang Bermula Sejak Tahun 1890-an Lagi

Menurut laporan dari Agent4Stars, koleksi automotif Keluarga DiRaja Johor telah berkembang sejak beberapa generasi, bermula daripada era Sultan Abu Bakar lagi dengan kereta import seawal tahun 1890-an.
Koleksi ini kemudian berkembang sehingga era pemerintahan Baginda dan minatnya dapat dilihat pada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Antara model yang pernah dilihat dalam koleksi Baginda seperti Ferrari, Mercedes-Benz, McLaren, Rolls-Royce dan macam-macam lagi.
Malah, beberapa kenderaan ini pernah dipamerkan kepada orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: YDPA Sultan Ibrahim Kurnia Darjah Kerabat Johor Pada Presiden Indonesia Prabowo | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Agong Murka Dengan Isu Stoking Tertera Kalimah Allah | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



