Kerajaan Perkenal Elaun Selepas Bersalin Untuk Bantu Ibu, Ini Yang Perlu Anda Tahu
Elaun Selepas Bersalin ini juga dapat memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di seluruh negara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi wanita berkerjaya, cabaran selepas bersalin tidak semestinya tamat sebaik sahaja cuti bersalin berakhir.
Ada yang masih dalam proses pulih, ada yang baru menyesuaikan diri dengan rutin baru dan ada juga berdepan tekanan untuk kembali bekerja.
Minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Elaun Cuti Selepas Bersalin sebagai langkah untuk menyokong wanita kekal dalam pasaran kerja dan mengurangkan tekanan yang dihadapi selepas melahirkan anak.
Baca Artikel Berkaitan: Nama “Mohd” Dah Lama ‘Hilang’ Dari Sijil Lahir, Tapi Mungkin Rakyat Malaysia Tak Perasan | TRP
Cuti Tambahan Sehingga 30 Hari Selepas Tamatnya Cuti Bersalin 98 hari

Perkara pertama yang perlu anda fahami, elaun ini bukan menggantikan hak cuti bersalin sedia ada.
Di bawah Akta Kerja 1955, pekerja wanita di Malaysia layak menikmati 98 hari cuti bersalin secara berterusan, termasuk hari rehat dan cuti umum.
Elaun baru ini diperkenalkan sebagai bantuan bagi mereka yang memerlukan cuti tambahan selepas tempoh 98 hari tersebut tamat.
Dalam erti kata mudah, cuti bersalin 98 hari masih kekal. Elaun ini ialah sokongan tambahan sekiranya mereka memerlukan masa lebih selepas bersalin.
Menerima Manfaat 80% Gaji Secara ‘Lump Sum’

Menerusi inisiatif ini, para ibu boleh menerima bayaran lump sum pada kadar 80% daripada gaji bulanan.
Bantuan ini diberikan bagi menyokong ibu yang mengambil cuti tambahan selepas tamatnya tempoh cuti bersalin.
Tambahan pula, pelaksanaan manfaat ini dibuat menerusi pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
Inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di seluruh negara.
Mengatasi Masalah Tenaga Kerja Yang Merundum

Pengumuman ini dibuat selepas dapatan menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita, khususnya mereka berusia 25 hingga 39 tahun, dilihat mencatat sedikit penurunan.
Antara faktor yang dikaitkan dengan penurunan itu ialah komitment berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi.
Menurut Perdana Menteri, pihak kerajaan tidak mahu wanita terpaksa berhenti kerja selepas melahirkan anak, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Oleh disebabkan itu, elaun ini wujud untuk membantu wanita kekal dalam tenaga kerja.
Siapakah Yang Layak Menerima Elaun Ini?

Berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja wanita layak menerima elaun bersalin sekiranya memenuhi beberapa syarat. Antaranya:
- Mereka perlu bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh sembilan bulan sebelum bersalin
- Perlu bekerja sekurang-kurangnya satu hari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin
- Mempunyai kurang daripada lima anak yang masih hidup
Mendapat Sokongan Supaya Wanita Tidak Perlu Memilih Antara Kerja & Keluarga
Bagi sesetengah ibu, kembali bekerja selepas bersalin bukan hanya soal hadir semula untuk bertugas.
Ia melibatkan pemulihan dari seluruh aspek seperti fizikal, emosi, mental dan kewangan.
Melalui bantuan tambahan ini, wanita yang memerlukan sedikit ruang selepas tamat cuti bersalin tidak terus berdepan dengan pelbagai tekanan secara mendadak.
Dalam masa sama, sokongan untuk wanita kekal bekerja bukan hanya bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata. Fleksibiliti masa juga penting, terutama bagi mereka yang perlu mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga.
Sebelum ini, satu kajian mendapati 60% wanita di Malaysia menjadi pemandu Grab kerana faktor fleksibiliti dalam berkerja.
Kajian ini turut mengetengahkan isu “time poverty”, iaitu kekangan masa akibat tanggungjawab penjagaan tidak berbayar.
Di Asia Tenggara, wanita menyumbang lebih 72% daripada kerja penjagaan ini, sekali gus menyukarkan mereka untuk terlibat dalam pekerjaan tradisional sepenuh masa.
BACA JUGA: Fleksibiliti Atasi ‘Time Poverty’: Realiti Baharu Wanita Bekerja Di Malaysia – Kajian
Baca Artikel Berkaitan: Nak Kurangkan Bayaran Cukai? Ini Cara Dapatkan Tax Relief Melalui Sumbangan
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Sering Berdengkur Ketika Tidur Tak Normal, Ini Penjelasan Dr Nisa Khalil | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.