Now Reading
[Foto] Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat Menyebabkan Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Naik Air Sekali Lagi

[Foto] Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat Menyebabkan Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Naik Air Sekali Lagi

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat & ribut petir dijangka bakal berlaku lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lembah Klang sekali lagi berdepan kejadian banjir kilat selepas hujan lebat berterusan melanda beberapa kawasan petang semalam (6 Mei).

Sekejap sahaja, beberapa jalan utama, kawasan perniagaan dan lebuh raya dinaiki air sehingga menyebabkan ramai orang terperangkap dalam situasi cemas.

Ramai netizen berkongsi gambar dan video keadaan banjir di kawasan terlibat melalui media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir? Jangan Cuba Hidupkan Enjin! Sebaliknya Lakukan Perkara Ini | TRP

Jalan 223, Petaling Jaya

View on Threads

Antara lokasi yang paling banyak dikongsikan di media sosial ialah kawasan Jalan 223 di Petaling Jaya.

Menerusi beberapa video tular, kenderaan dilihat hampir separuh tenggelam di atas jalan raya akibat banjir kilat.

Peniaga di kawasan medan selera berhampiran juga dilaporkan mengalami kerugian apabila meja, kerusi, gerai dan bahan makanan ditenggalami air dan dihanyutkan arus banjir.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
View on Threads

Di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala ke Jalan Klang Lama pula, seorang pengguna Threads berkongsi video menunjukkan sebahagian laluan lebuh raya dinaiki air.

Kenderaan dilihat bergerak perlahan ketika melalui kawasan tersebut yang sudah kelihatan seperti sungai cetek.

Anggota polis trafik turut berada di lokasi bagi membantu mengawal pergerakan kenderaan dan memastikan pengguna jalan raya melalui kawasan banjir dengan selamat.

Kampung Segambut Dalam
View on Threads

Kawasan ini turut dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan beberapa premis perniagaan dan kenderaan.

Dalam video yang tular di media sosial, air banjir dilihat mengalir deras di atas jalan sambil membawa sampah seperti botol plastik, kotak dan serpihan lain.

Malah, seekor ular turut kelihatan berenang dalam arus banjir tersebut.

Netizen di Threads yang berkongsi video ini berkata, hujan hanya turun sekejap tetapi keadaan banjir kelihatan seolah-olah kawasan tersebut dilanda hujan sepanjang hari.

Menara Harvey Norman, Lebuhraya Persekutuan
View on Threads

Keadaan sama turut dilaporkan di hadapan Menara Harvey Norman di Lebuhraya Persekutuan.

Menerusi video yang dimuat naik di Threads, jalan di kawasan tersebut kelihatan ditenggelami air.

Seorang penunggang motosikal dilihat mengangkat semula motosikalnya yang dipercayai tumbang akibat arus banjir, manakala beberapa penunggang lain menolak motosikal masing-masing ke kawasan lebih tinggi.

Stesen LRT Bukit Jalil
View on Threads

Beberapa netizen turut memuat naik rakaman air banjir dari jalan berhampiran melimpah masuk ke kawasan Stesen LRT Bukit Jalil.

Ada yang menyatakan kawasan stesen tersebut jarang dilanda banjir, sekali gus menggambarkan keadaan semalam agak serius.

8 Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir Kilat

Kejadian banjir kilat itu turut menyebabkan lapan kenderaan terperangkap di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Menurut laporan The Star, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kejadian banjir di kawasan yang dinyatakan.

5 kenderaan dilaporkan terperangkap di Jalan Awan Kecil, 2 di Jalan Kuchai Lama, manakala sebuah kenderaan terperangkap di Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban akibat takungan air.

JBPM memaklumkan anggotanya menjalankan pemantauan di kawasan sekitar bagi memastikan keadaan terkawal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MetMalaysia Ramal Hujan Lebat & Ribut Petir

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di semua negeri termasuk Selangor sekitar jam 4:30 petang hari ini (7 Mei).

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu, khususnya di kawasan rendah, laluan bawah tanah dan jalan yang mudah dinaiki air.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Penting Untuk Masyarakat Tahu Tentang Siren Amaran Awal Banjir Agar Sistem Berkesan – Pakar | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd