Now Reading
Keputusan Mahkamah Jadi Peringatan, PUSPAKOM Tekankan Komunikasi Berhemah

Keputusan Mahkamah Jadi Peringatan, PUSPAKOM Tekankan Komunikasi Berhemah

PUSPAKOM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat undang-undang terhadap sebarang bentuk kenyataan berunsur kasar atau fitnah yang ditujukan kepada kakitangannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


PUSPAKOM merujuk kepada keputusan Mahkamah Sesyen pada 22 April di Batu Pahat berhubung kenyataan berunsur fitnah terhadap seorang pegawai pemeriksaannya menerusi siaran langsung di media sosial.

PUSPAKOM menghormati keputusan Mahkamah tersebut yang menekankan kepentingan tanggungjawab serta tatakelakuan berhemah dalam komunikasi awam, khususnya di platform digital.

Pegawai Dipuji Jalankan Tugas Dengan Integriti

PUSPAKOM memuji pegawai terbabit, Ahnaf Azfarrizi Ahmad Rizaludin, kerana melaksanakan tugas dengan penuh integriti dalam menolak kenderaan tersebut yang tidak memenuhi piawaian pemeriksaan yang ditetapkan.

Proses pemeriksaan dilaksanakan berasaskan protokol yang ketat bagi memastikan keselamatan, pematuhan serta keyakinan awam. PUSPAKOM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap piawaian ini atau tunduk kepada sebarang cubaan untuk memintas peraturan dan piawaian yang ditetapkan.

Lindungi Reputasi Kakitangan

PUSPAKOM turut menegaskan komitmennya dalam melindungi maruah serta reputasi profesional kakitangannya. Sebarang tuduhan yang boleh menjejaskan integriti mereka akan ditangani secara serius melalui saluran yang sewajarnya.

Dalam masa sama, PUSPAKOM memaklumkan bahawa pihaknya mengalu-alukan maklum balas konstruktif daripada orang ramai sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.

Bagaimanapun, maklum balas tersebut perlu disalurkan secara bertanggungjawab dan melalui saluran yang betul.

PUSPAKOM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat undang-undang terhadap sebarang bentuk kenyataan berunsur kasar atau fitnah yang ditujukan kepada kakitangannya.

PUSPAKOM Terima Maklum Balas Orang Ramai, Namun Perlu Menggunakan Saluran Yang Betul

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata, “Kami menghormati keputusan Mahkamah dan kekal komited untuk menegakkan prinsip proses yang adil.

“Barisan hadapan kami beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, berpandukan peraturan ketat bagi memastikan keselamatan dan pematuhan untuk semua pengguna jalan raya.

“Integriti yang ditunjukkan oleh Ahnaf amat dihargai. Saya memuji ketegasan beliau dalam mendukung profesionalisme dan amalan beretika sepanjang menjalankan tugas beliau.

“Kami mengalu-alukan maklum balas orang ramai kerana ia membantu kami menambah baik perkhidmatan, namun ia perlu disampaikan secara berhemah, bertanggungjawab dan melalui saluran yang betul.

“PUSPAKOM akan terus melindungi maruah dan integriti kakitangan kami serta akan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk tingkah laku kasar atau berunsur fitnah,” katanya lagi.

Kepentingan Komunikasi Bertanggungjawab

Komunikasi awam, khususnya di platform digital, perlu disampaikan secara bertanggungjawab kerana ia membawa implikasi besar dan harus berasaskan fakta serta keadilan.

PUSPAKOM menegaskan akan terus komited dalam mengekalkan standard tertinggi dari segi kecemerlangan perkhidmatan, profesionalisme dan integriti selaras dengan mandatnya untuk memastikan keselamatan serta kelayakan kenderaan di jalan raya.

Untuk info, PUSPAKOM memberi tumpuan kepada beberapa fokus strategik utama, termasuk memperkukuh keselamatan jalan raya di peringkat nasional, menyokong pematuhan terhadap keperluan alam sekitar, serta memperluas integrasi digital dan akses kepada perkhidmatan.

Dalam masa yang sama, PUSPAKOM turut komited untuk meningkatkan kecekapan operasi selaras dengan perkembangan landskap industri yang semakin diliberalisasikan.

[PUSPAKOM]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd