Now Reading
5 ADUN PN Negeri Sembilan Umum Sedia Kerjasama Dengan ADUN UMNO

5 ADUN PN Negeri Sembilan Umum Sedia Kerjasama Dengan ADUN UMNO

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan yang dibuat itu dapat dikaitkan dengan krisis pertikaian diraja yang sedang berlaku di negeri itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


UMNO dilaporkan telah menarik sokongan terhadap kerajaan Negeri Sembilan pagi ini (27 April).

Menurut MalaysiaGazette, kesemua 14 ADUN UMNO mengumumkan sebulat suara hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Situasi ini menyebabkan tiadanya majoriti mudah di negeri itu bagi membentuk kerajaan negeri.

UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap MB Susulan Krisis Pertikaian Diraja Negeri Sembilan

Memetik FMT, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan yang dibuat itu dapat dikaitkan dengan krisis pertikaian diraja yang sedang berlaku.

Sebelum ini, Mubarak Dohak mengumumkan hasrat untuk melucutkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dan mencadangkan Tunku Nadzaruddin sebagai pengganti.

Jalaluddin berkata krisis itu telah menyebabkan beliau dan 13 ADUN UMNO lain ‘sedih dan kecewa’.

“Kesemua 14 ADUN UMNO sebulat suara mengumumkan bahawa kami telah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dan kerajaannya,” kata beliau.

Beliau juga berkata bahawa Aminuddin sepatutnya campur tangan untuk menyelesaikan krisis berkenaan yang dikatakan boleh memberi impak terhadap kestabilan kerajaan negeri.

Tonton video pengumuman UMNO [DI SINI].

UMNO & PH Capai Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Negeri

Sebagai info, UMNO ketika ini memegang 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Situasi terkini sekali gus menyebabkan kerajaan negeri kehilangan majoriti mudah sebanyak 19 kerusi, memandangkan Pakatan Harapan (PH) hanya memegang 17 kerusi DUN, manakala lima lagi dipegang oleh Perikatan Nasional (PN).

ADUN PN Sedia Kerjasama Dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Terbaharu, lima ADUN PN Negeri Sembilan menerusi satu sidang media mengumumkan sedia bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker turut menyerahkan surat kerjasama kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Mustapha Nagoor, dalam sidang media berkenaan.

“Mewakili rakyat Negeri Sembilan, kami kesal kerana krisis ini terus berlarutan dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baharu.

“Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar) gagal menanggani krisis ini secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan,” katanya dipetik Awani.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd