Israel Serang Lubnan: Boleh Gugat Gencatan Senjata AS-Iran Jika Berterusan – Setiausaha Luar UK
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Lubnan pada 8 April lalu, hanya beberapa jam selepas gencatan senjata AS-Iran dipersetujui.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 8 April lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengumum menangguhkan serangan ke atas Iran bagi tempoh dua minggu dalam gencatan senjata dua hala.
Sementara itu, Iran pula telah membentang kertas cadangan yang mengandungi 10 perkara termasuk penamatan serangan Israel ke atas Lubnan.
Dalam masa sama, Republik Islam itu turut bersetuju untuk membuka semula laluan Selat Hormuz.
Baca Artikel Berkaitan: Gencatan Senjata Dalam Rundingan: Trump Tangguh Serangan, Iran Bentang 10 Perkara
Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Kecam Pembunuhan Khamenei, Sifatkan Asia Barat Di Ambang Krisis Besar
Israel Serang Lubnan Ketika Gencatan Senjata, Lebih 300 Terkorban
Namun begitu, Israel dilaporkan telah melancarkan serangan ke atas Lubnan hanya beberapa jam selepas gencatan senjata dimulakan.
Dalam satu siri pengeboman yang disifatkan sebagai terbesar dilancarkan Israel ke atas Lubnan pada 8 April, seramai 303 orang terkorban dan 1,150 lagi tercedera, lapor BBC.
Iran berkata tindakan itu merupakan ‘pelanggaran terang-terangan’ terhadap perjanjian gencatan senjata yang baru dicapai dan meminta AS agar menghentikan serangan Israel.
Walau bagaimanapun, Israel berkata bahawa gencatan senjata itu tidak merangkumi Lubnan dan Trump menunjukkan tanda persetujuan dengan menyatakan bahawa perang di negara itu adalah ‘pertempuran berasingan’.
This is not Gaza.
— Iranian Force (@MrImranPk) April 9, 2026
This is Lebanon Today.
Israel is a terrorist state. pic.twitter.com/wg9pxchpO9
Apocalyptic scenes in Lebanon’s capital right now.
— sarah (@sahouraxo) April 8, 2026
Israel has launched 100 airstrikes on Lebanon in 10 minutes.
Striking South Lebanon, Beirut and the Bekaa Valley simultaneously.
This isn’t a ceasefire.
It’s mass bombardment of civilian areas. pic.twitter.com/ygTf2Pscrn
Gencatan Senjata Iran-AS Boleh Tergugat Dengan Serangan Israel
Serangan oleh Israel ke atas Lubnan ini sememangnya telah menerima kecaman sebahagian besar masyarakat global, apatah lagi dengan gencatan senjata baru sahaja dipersetujui antara AS dan Iran.
Mengulas situasi ini, Setiausaha Luar United Kingdom (UK), Yvette Cooper, menegaskan serangan berterusan Israel ke atas Lubnan mampu memudaratkan dan berisiko menggugat gencatan senjata berkenaan.
“Kami mahu melihat Lubnan juga dimasukkan dalam (pelan) gencatan senjata itu. Kami mahu ia diperluaskan untuk merangkumi Lubnan, kerana jika tidak, ia akan menggugat kestabilan seluruh rantau.
“Peningkatan serangan yang kita saksikan daripada Israel semalam adalah sangat memudaratkan, dan kami mahu melihat penamatan permusuhan,” katanya dipetik Berita Harian.
Retorik Trump Bersifat Berbahaya, Boleh Tingkatkan Kemudaratan
Britain kini sedang berdepan kritikan hebat dari Trump kerana tidak memberi sokongan yang lebih padu dalam peperangan AS terhadap Iran.
Britain bagaimanapun berusaha membantu mempertahankan sekutunya di Teluk dan bekerjasama dengan negara lain bagi mencari jalan membuka semula laluan Selat Hormuz, lapor BH.
Apabila ditanya, Cooper menjelaskan bahawa kedua-dua negara itu masih boleh mengekalkan hubungan rapat walaupun mengambil pendekatan berbeza di Asia Barat.
Namun begitu, katanya sebahagian retorik Trump bersifat berbahaya, termasukah apabila mengeluarkan ancaman untuk memusnahkan tamadun Iran sebelum ini.
“Saya fikir retorik yang kita lihat digunakan adalah sama sekali salah. Retorik yang bersifat eskalasi seperti itu boleh membawa akibat yang juga bersifat eskalasi,” katanya.
Lebih 1,700 Penduduk Lubnan Terbunuh Dalam Serangan Israel
Sebagai info, Israel telah melancarkan kempen terbaharunya ke atas Lubnan sejak bulan lepas dan telah membunuh lebih daripada 1,700 penduduk.
Katanya operasi tersebut bertujuan untuk melemahkan kumpulan pejuang Hezbollah di negara itu dan mencapai objektif ketenteraannya.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata serangan akan diteruskan terhadap Hezbollah sehinggalah ‘keselamatan sepenuhnya dikembalikan bagi penduduk di utara’.
Israel turut menafikan bahawa serangan disasarkan terhadap masyarakat awam di Lubnan.
Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: Rakyat Digesa Amal Gaya Hidup Berhemah, Urus Perbelanjaan Dengan Baik
Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global
Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Kuota BUDI95, Inisiatif BDR Antara Langkah Kerajaan Dalam Berdepan Krisis Tenaga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



