Now Reading
MCMC Buka 36 Kertas Siasatan, 22 Individu Dipanggil Kerana Disyaki Sebar Berita Palsu Krisis Tenaga Global

MCMC Buka 36 Kertas Siasatan, 22 Individu Dipanggil Kerana Disyaki Sebar Berita Palsu Krisis Tenaga Global

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memanggil kesemua 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak berlakunya perang antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, Selat Hormuz yang menjadi laluan utama perdangan minyak dunia telah disekat.

Perkara ini membuatkan banyak pihak mula gusar dengan masalah krisis tenaga apabila minyak tidak dapat diimport dari Asia Barat ke seluruh pelusuk dunia.

Dalam masa sama, terdapat pula pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menakut-nakutkan orang ramai dengan isu krisis tenaga global.

Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Cukai Mungkin Naik” – Prof Jomo Kwame Perjelas Impak Krisis Iran-AS Terhadap Malaysia

MCMC Buka 36 Kertas Siasatan Penyebaran Berita Palsu Tentang Krisis Tenaga Global

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka sebanyak 36 kertas siasatan berkait penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital yang melibatkan isu krisis tenaga global.

Menerusi kenyataan media bertarikh 8 April, MCMC berkata seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Dalam masa sama, enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian dan tindakan lanjut.

MCMC berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika disabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Antara individu yang dipanggil untuk dirakam percakapan berkait penyebaran berita palsu krisis tenaga global. (Foto: MCMC).

Masyarakat Diingatkan Tak Sebar Kandungan Palsu Yang Boleh Sebabkan Kegusaran

MCMC turut memandang serius penggunaan platform media sosial dan media digital secara salah, termasuk menyebarkan maklumat palsu bagi tujuan mengelirukan orang ramai.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” katanya.

Dalam masa sama, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab ketika menggunakan platform media sosial dan media digital.

Masyarakat juga digesa agar tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi dengan memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: Rakyat Digesa Amal Gaya Hidup Berhemah, Urus Perbelanjaan Dengan Baik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd