Now Reading
Patuh Undang-undang, Tiada Sekatan MyKad Untuk BUDI95 Dikenakan – JPN

Patuh Undang-undang, Tiada Sekatan MyKad Untuk BUDI95 Dikenakan – JPN

Menurut JPN, sekatan MyKad bagi mereka yang menyalahgunakannya bertujuan untuk memastikan pemberian subsidi lebih bersasar, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, kecoh mengenai kes lelaki di Kelantan yang disyaki menggunakan empat kad pengenalan milik individu lain untuk membeli lebih 100 liter minyak petrol jenis RON95 bersubsidi.

Susulan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara tersebut. Jika disabit kesalahan mengikut Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pelaku boleh dikenakan denda maksimum RM20,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelas Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias kad pengenalan adalah dokumen pengenalan diri rasmi dan ia tidak boleh dimiliki mahupun diwakili oleh sesiapa pun selain daripada pemilik yang sah.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Boleh Dipenjara 3 Tahun Sekiranya Guna MyKad Orang Lain Untuk Beli Minyak Petrol RON95

MyKad Tidak Akan Disekat Selagi Mana Individu Patuhi Undang-undang

Semalam (6 April), JPN menerusi satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati subsidi di bawah inisiatif Program BUDI95 menggunakan MyKad selagi mana tidak melanggar peraturan dan undang-undang ditetapkan.

JPN berkata inisiatif itu merupakan usaha bagi memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, langkah tersebut juga diambil bagi memastikan MyKad sebagai dokumen pengenalan rasmi negara sentiasa terpelihara, selamat dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Ia selaras dengan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan penggunaan atau pemegangan MyKad oleh individu selain pemilik adalah satu kesalahan.

Justeru, orang ramai diseru agar menggunakan kad pengenalan masing-masing dengan bertanggungjawab dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain bagi sebarang urusan, termasuk berkaitan pembelian bahan api bersubsidi untuk mengelakkan implikasi undang-undang serta risiko penyalahgunaan identiti.

“JPN juga akan terus komited memastikan MyKad yang dikeluarkan berfungsi dengan baik sebagai instrumen pengenalan diri yang sah dan diyakini, termasuk dalam menyokong pelaksanaan inisiatif kerajaan seperti BUDI95.”

Sumber: Malay Mail

Jangan Salah Guna MyKad

Berbicara tentang penyalahgunaan empat kad pengenalan di Kelantan, JPN menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh Badrul Hisham bukanlah bertujuan untuk menyekat mana-mana individu daripada menikmati subsidi tersebut sebaliknya hanya meminta orang ramai menggunakan MyKad secara telus.

“Dalam konteks kes yang dilaporkan, siasatan tertumpu kepada dakwaan penyalahgunaan empat keping MyKad oleh seorang individu di Kelantan.

“Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bukan bertujuan menyekat mana-mana pihak daripada menikmati subsidi yang disediakan kerajaan.

“JPN menggesa semua pihak agar merujuk kepada sumber rasmi dan memahami konteks sebenar sesuatu isu sebelum membuat sebarang tafsiran, agar perbincangan awam dapat berlangsung secara lebih berhemah dan berfakta.”

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Dah Kira Salah Guna” – Lelaki Dikritik Jual Subsidi RON95 RM2.70 Seliter

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Penting Untuk Jaga MyKad, Boleh Elak Daripada Rosak

Lapor Kepada KPDN Jika Ada Pihak Salah Guna MyKad Untuk RON95 Bersubsidi

Tambah JPN, sebarang penyalahgunaan kad pengenalan untuk tujuan BUDI95 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi-agensi yang berkenaan.

Dalam masa sama, Kementerian Kewangan (MOF) juga pernah memberi peringatan mengenai kes salahguna MyKad bagi tujuan BUDI95.

Berikut adalah saluran untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai kes salah guna subsidi RON95:

Baca Artikel Berkaitan: 3 Warga Thailand Ditahan KPDN Kerana Seludup Minyak Petrol Dari Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Isi Petrol RON95 Dalam Tong: MOF Sekat MyKad Individu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd