[Terkini] Berita Penambahan Kuota BUDI95 Adalah Tidak Benar & Tidak Berasas – MoF
Beberapa pengguna media sosial berkata kuota BUDI95 yang dikurangkan menjadi 200 liter sebulan adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak April ini, kuota subsidi BUDI95 telah dikurangkan dari 300 liter ke 200 liter sebulan sebagai langkah penjimatan tenaga.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira bahawa kira-kira 90% rakyat Malaysia hanya menggunakan purata 100 liter bahan api sebulan.
Di bawah kuota BUDI95, rakyat Malaysia boleh menikmati bahan api RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter berbanding harga pasaran.
Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Kuota BUDI95, Inisiatif BDR Antara Langkah Kerajaan Dalam Berdepan Krisis Tenaga
Orang Ramai Minta Agar Kuota 300 Liter Kembalikan Bagi Yang Tak Dapat WFH
Tidak dapat dinafikan, terdapat segelintir kecil golongan masyarakat yang masih memerlukan lebih daripada 200 liter bahan api setiap bulan.
Seperti dalam satu hantaran di Threads (@badrishaaaa), orang ramai memohon agar kuota BUDI95 sebanyak 300 liter sebulan dikembalikan kepada mereka yang tidak dapat kelayakan Bekerja Dari Rumah (BDR).
Menurut seorang wanita, kuota BUDI95 hanya tinggal 110 liter bagi bulan ini setakat 6 April. Malah beberapa individu berkata mereka terpaksa berulang alik dari jarak lebih 100km sehari untuk ke tempat kerja setiap hari, yang pasti memakan penggunaan minyak tinggi.
View on Threads
Oleh disebabkan isu berkenaan, terdapat pula beberapa hantaran oleh individu tidak bertanggungjawab tentang penambahan BUDI95 boleh dibuat menerusi permohonan kepada pihak kerajaan.
Malah, hantaran tersebut disertakan juga dengan cara-cara untuk melakukan permohonan menerusi laman web Budi Madani RON95 serta menggunakan MyDigital ID.
Tidak dinafikan, perkara itu telah menimbulkan kekeliruan ramai pihak dan masyarakat pada akhirnya melakukan permohonan tersebut tanpa memeriksa kesasihannya.
Permohonan Penambahan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) Adalah TIDAK BENAR – MoF
Hari ini (7 April) pada jam 9pm, Menteri Kewangan Malaysia (MoF) telah memuat naik hantaran di mana pihak mereka menegaskan bahawa permohonan umum tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah sama sekali tidak benar.
“Walaupun fungsi ini diwujudkan pada awal pelaksanaan BUDI95, ia bukan bertujuan untuk permohonan tambahan atas keperluan peribadi, sebaliknya bagi kes tertentu dengan keperluan operasi yang jelas dan disahkan, seperti pemandi e-hailing dan pemilik bot, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.
“Fungsi permohonan dalam portal BUDI95 telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas. Susulan itu, butang permohonan itu telah dinyahfungsikan,” jelas kenyataan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Individu Boleh Dipenjara 3 Tahun Sekiranya Guna MyKad Orang Lain Untuk Beli Minyak Petrol RON95
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Dah Kira Salah Guna” – Lelaki Dikritik Jual Subsidi RON95 RM2.70 Seliter
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Isi Petrol RON95 Dalam Tong: MOF Sekat MyKad Individu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.



