Now Reading
Global Sumud Flotilla 2.0 Bakal Berlepas 12 April, Disertai 1,000 Peserta Seluruh Dunia

Global Sumud Flotilla 2.0 Bakal Berlepas 12 April, Disertai 1,000 Peserta Seluruh Dunia

Menerusi satu kenyataan, Global Sumud Flotilla berkata misi tersebut dirancang bagi mencabar sekatan dan keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin, serta menjalankan tindakan politik dan solidariti terseleras di peringkat global.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bakal memulakan pelayarannya sekali lagi pada tahun ini setelah misi yang pertama berlangsung pada 2025.

Dalam misi terdahulu, pelayaran terhenti apabila kesemua kapal yang menyertai GSF telah dipintas oleh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa sebelum kesemua pesertanya ditahan.

Namun perkara itu tidak mematahkan semangat para aktivis seluruh dunia, apabila mereka akan mula berlayar semula ke tanah suci Palestin tidak lama lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah

Baca Artikel Berkaitan: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah

Baca Artikel Berkaitan: Sumud Flotilla: 12 Peserta Malaysia Termasuk Zizi Kirana & Heliza Helmi Ditahan Tentera Israel [Video]

GSF 2.0 Bakal Berlayar 12 April, Misi Menentang Kepungan Israel Ke Atas Gaza

Pada tahun ini, GSF 2.0 dijadual bakal mula berlayar pada 12 April ini dari Barcelona, Sepanyol ke Gaza.

Delegasi kali ini dengan misi bagi menentang kepungan Israel ke atas Gaza, akan melibatkan 1,000 peserta dari seluruh dunia yang menaiki lebih 80 kapal.

Menerusi satu kenyataan, GSF memaklumkan bahawa misi tersebut juga merupakan satu bentuk respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing di Palestin.

Memetik laporan Awani, misi ini bakal menggabungkan usaha terancang, iaitu menerusi penyelerasan dengan mobilisasi antarabangsa di darat, solidariti bersama, advokasi undang-undang dan tekanan masyarakat di pelbagai negara.

“GSF belayar kerana kesan lebih buruk perlu ditanggung jika tidak bertindak. Ketika Gaza berdepan sekatan, keganasan dan penafian yang semakin memuncak, misi ini merupakan intervensi berprinsip dan tanpa kekerasan, mempertahankan maruah manusia, menggesa akses kemanusiaan serta menuntut kebertanggungjawaban antarabangsa. 

“Ini untuk mencabar sekatan dan keganasan, serta memperlihatkan tindakan politik dan solidariti yang terselaras di seluruh dunia,” kata GSF.

Doktor & Guru Antara Yang Terlibat Dalam Delegasi GSF 2.0

Kenyataan sama menjelaskan bahawa misi GSF kali ini disifatkan sebagai intervensi awam yang disusun rapi dalam waktu keganasan dan krisis kemanusiaan yang semakin teruk, dan dirancang agar mendatangkan impak.

Antara yang menyertai delegasi tersebut termasuk doktor, guru dan pembina ekologi dengan tugas-tugas berikut:

  • Memberi bantuan segera.
  • Perkhidmatan penjagaan komuniti.
  • Pembinaan semula pada peringkat awal bersama rakyat Palestin.

“Ketika armada berlepas, rakan kerjasama dari pelbagai negara bersedia untuk digerakkan secara serentak, memperhebat tekanan politik, perundangan dan akar umbi, meningkatkan keterlibatan dan memperkukuh akauntabiliti di bawah undang-undang antarabangsa serta memperkasakan kempen solidariti global.

“Flotila ini bukan sekadar tindakan maritim, malah pernyataan moral dan politik yang tegas, memperkukuh suara rakyat Palestin serta menunjukkan bahawa sikap tidak bertindak dalam menghadapi keganasan yang semakin memuncak bukan satu pilihan,” menurut GSF.

MB Selangor Ketuai Delegasi GSF Dari Malaysia

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, bakal mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.

Beliau menerima amanah bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia dalam misi itu.

Selain mengetuai Delegasi Malaysia, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi satu kenyataan berkata antara tanggungjawab Amirudin ialah:

  • Memastikan pelepasan kontena di Kaherah berjalan selamat.
  • Mengetuai sidang khas di Pintu Sempadan Rafah untuk menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu kepungan Gaza.
  • Memantau pelepasan Delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Bercelona.

“Dengan tugasan mencabar dan penuh risiko ini, dimohon seluruh warga Selangor dan Malaysia mendoakan agar misi Malaysia yang akan diketuai oleh Menteri Besar Selangor serta setiap petugas berjalan sempurna dan selamat,” katanya.

GSF dijangka akan membawa sebanyak 30 kontena mengandungi sekitar 374 tan bantuan kemanusiaan yang termasuk keperluan asas seperti makanan, perubatan dan barangan keperluan harian.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd