Now Reading
Perang Asia Barat: Rakyat Digesa Amal Gaya Hidup Berhemah, Urus Perbelanjaan Dengan Baik

Perang Asia Barat: Rakyat Digesa Amal Gaya Hidup Berhemah, Urus Perbelanjaan Dengan Baik

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah berjimat-cermat adalah penting kerana konflik Asia Barat dilihat semakin meruncing dan mungkin tidak selesai dalam masa terdekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketidaktentuan ekonomi disebabkan peperangan di Asia Barat melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilihat semakin membimbangkan.

Dalam perkembangan terbaharu, kesemua negara terbabit masih berbalas serangan. Memetik Berita Harian, Pengawal Revolusi Iran mengancam untuk menyasarkan universiti AS selepas menyatakan bahawa serangan AS-Israel memusnahkan dua universiti Iran.

Konflik yang berterusan ini sekaligus menjejaskan banyak aspek sebagai contoh gangguan rantaian bekalan, tekanan politik dan diplomatik, harga bahan api, dan banyak lagi.

Malah disebabkan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan kesemua kementerian, jabatan kerajaan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini sebagai langkah berjimat-cermat.

Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Dah Kira Salah Guna” – Lelaki Dikritik Jual Subsidi RON95 RM2.70 Seliter

Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Kuota BUDI95, Inisiatif BDR Antara Langkah Kerajaan Dalam Berdepan Krisis Tenaga

Rakyat Perlu Rancang Perjalanan & Urus Perbelanjaan Untuk Berdepan Krisis Dunia

Terbaharu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menerusi hantaran di akaun Facebook Kementerian Kewangan (MOF) turut menegaskan isu sama yang mana rakyat Malaysia perlu mengambil pendekatan proaktif bagi mengawal perbelanjaan sendiri.

Malah kerajaan juga menggesa orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih berhemah dan sederhana dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Jelas Amir Hamzah, inisiatif tersebut termasuklah bersikap sederhana dalam merancang perjalanan, mengurus perbelanjaan, serta menggunakan elektrik dengan lebih cekap di rumah serta di pejabat.

Sumber: Freepik

“Konflik Asia Barat terus meruncing dan tidak kelihatan tanda-tanda penyelesaian dalam masa terdekat, seterusnya memberi tekanan dan implikasi yang besar terhadap tenaga, rantaian bekalan dan ekonomi global.”

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Khas Mengenai Keselamatan Tenaga dan Impak Konflik Asia Barat, yang membincangkan dapatan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Foto: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sumber: Facebook Kementerian Kewangan

Malaysia Harus Siap Sedia Hadapi Krisis Tenaga Global

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan kini terus memantau dengan lebih rapi dan berikhtiar supaya dapat melindungi rakyat selain mengurus ekonomi negara secara menyeluruh serta teratur.

“Asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan. Respon awal telahpun dilaksanakan. Namun begitu kerajaan kini mengambil pendekatan kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk krisis tenaga global.

“Ini adalah realiti yang bakal kita hadapi. Ikhtiar kerajaan turut mengambil kira kesejahteraan rakyat, dan kemampanan perusahaan kecil, sederhana serta industri.”

Harga Barangan Di Pasaran Berpotensi Meningkat

Sementara itu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini berkata negara dijangka berdepan tekanan kenaikan inflasi susulan gangguan rantaian bekalan tenaga global.

Gangguan terhadap bekalan minyak dan gas ini berpotensi memberi impak kepada peningkatan kos pengeluaran, logistik serta harga barangan di pasaran.

Susulan itu, kita sebagai rakyat perlu berjimat-cermat bermula dari sekarang bagi mengelakkan beban kewangan yang lebih besar sekiranya kos sara hidup meningkat.

Buat anda yang mahu melakukan persediaan, anda boleh membeli bekalan makanan yang boleh disimpan lama di rumah. Antaranya:

  • Beras dan bijirin
  • Tepung
  • Madu asli
  • Minyak masak
  • Makanan tin
  • Susu tepung
  • Pasta kering
  • Rempah ratus

Tips Untuk Berjimat-cermat Susulan Konflik Asia Barat

Selain menyimpan stok makanan di rumah, anda juga boleh mengikuti tips di bawah bagi mengurus perbelanjaan dengan baik.

  1. Bezakan perbelanjaan perlu dan juga kehendak selain menghentikan dahulu komitmen yang mudah dipotong seperti makan luar terlalu kerap, langganan bulanan tidak digunakan, atau pembelian impulsif.
  2. Sediakan atau kukuhkan tabung kecemasan.
  3. Elakkan buat komitmen baharu yang besar seperti membeli kereta, renovasi, membuat hutang dan lain-lain.
  4. Rancang pembelian mingguan bukannya harian.
  5. Beli barangan atau keperluan rumah semasa ada promosi atau diskaun.
  6. Kurang menggunakan servis penghantaran makanan.
  7. Pertimbangkan untuk membuat pelaburan dan elakkan menyimpan tunai dalam jumlah yang terlalu banyak kerana nilainya boleh terhakis akibat inflasi.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Macam Mana Nak ‘Survive’ Dengan Gaji RM1,700 Sebulan, Orang Bujang Sila Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: “Jimat Banyak!”- Pasangan Hanya Belanja RM241 Lepas Rancang Menu Masakan Untuk Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: TNB Kongsi Tips Berguna Untuk Jimat Elektrik Ketika PKP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd