Lesen Memandu Tamat Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima Subsidi BUDI95 – JPJ
Bagaimanapun, pemegang lesen masih layak menerima subsidi BUDI95 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian tambahan jika masih belum tamat tempoh 36 bulan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bermula 30 September 2025, rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif menerima subsidi petrol RON95 berharga RM1.99 seliter.
Sebelum ini, setiap pengguna boleh menikmati sebanyak 300 liter sebulan. Namun disebabkan krisis minyak global susulan peperangan di Asia Barat, kuota itu diselaraskan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026.
Langkah bersifat sementara tersebut akan diteliti mengikut perkembangan semasa. Selain itu, had siling bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bahaya Isi Minyak Dalam Tong Di But Kereta, Pakcik Shell Kongsi Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: “Perlu Bayar RM2.60” – Hampir 900,000 Warga Asing Tak Lagi Layak Dapat Subsidi RON95
Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September
Lesen Aktif Sahaja Dapat Subsidi RON95
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sudah tamat tempoh melebihi 36 bulan tidak layak menerima subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang disediakan oleh kerajaan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli, hanya lesen yang masih diklasifikasikan aktif sahaja layak menikmati subsidi terbabit.
Jelas Aedy Fadly, LMM dikategorikan sebagai aktif jika tempoh tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh pembaharuan terakhir.
“Dalam tempoh itu, pemegang lesen masih layak menerima subsidi BUDI95 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian tambahan.
“Namun sekiranya lesen memandu tamat tempoh melebihi 36 bulan, pemegang lesen tidak lagi layak menerima subsidi BUDI95,” katanya, dipetik Berita Harian.

Perlu Ambil Ujian Kompetensi Untuk Aktifkan Semula LLM
Jelasnya, pembaharuan lesen tidak boleh dibuat secara terus apabila tamat tempoh melebihi 36 bulan sebaliknya pemegang lesen perlu menduduki semula ujian kompetensi memandu di Institut Memandu.
“Sehubungan itu, JPJ menyeru semua pemegang lesen memandu Malaysia agar sentiasa memastikan lesen mereka diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan lesen menjadi tidak aktif.
“Tindakan ini penting bagi memastikan kelayakan berterusan untuk menerima subsidi BUDI95.
“Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana individu memandu kenderaan motor, lesen memandu yang dipegangnya hendaklah masih berkuatkuasa iaitu belum tamat tempoh,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Aedy berkata JPJ akan kekal komited dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berintegriti demi menjaga kesejahteraan rakyat.
Info Mengenai Subsidi RON95
Subsidi RON95 ini hanya layak dinikmati oleh warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif iaitu:
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) untuk Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2,
- C, D dan DA
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) untuk Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2,
- C, D dan DA
- Lesen Belajar Memandu (LDL) untuk Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C
Selain itu, pemegang Kad Pengenalan warganegara Malaysia juga layak menerima subsidi bersasar ini.
Anda boleh semak [DI SINI] untuk mengesahkan kelayakan.
Namun perlu diingatkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) boleh menyekat MyKad Individu sekiranya menyalah guna subsidi bahan api BUDI95.
Seperti sebelum ini, MOF bertindak melakukan perkata tersebut selepas mendapati dua orang individu mengisi petrol bersubsidi itu melebihi 71 liter dengan bayaran melebihi RM230 tanpa permit sah.
Tegas MOF, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketirisan mahupun penyalahgunaan subsidi apatah lagi dalam keadaan situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Isi Petrol RON95 Dalam Tong: MOF Sekat MyKad Individu
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Setuju Naikkan Had BUDI95 Untuk Sektor E-Hailing Hingga 800 Liter Sebulan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Isi Minyak Dalam Tong Plastik Ada Permit Sah & Patuhi Peraturan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



