Now Reading
“Manusia Dicipta Untuk Diuji” – Mufti Ingatkan Anak Muda Jangan Putus Asa Lalui Dugaan Hidup

“Manusia Dicipta Untuk Diuji” – Mufti Ingatkan Anak Muda Jangan Putus Asa Lalui Dugaan Hidup

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menasihati anak muda yang kini berdepan dengan tekanan hidup agar mendapatkan bantuan serta sokongan daripada seseorang yang berfikiran positif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pempengaruh berkongsi video dirinya mempunyai corak tatu pada bahagian lengan tangan.

Tidak mengulas lanjut mengapa dia mengambil keputusan untuk mencacah tatu, namun ramai percaya dia sedang berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Prihatin dengan masalah dilaluinya, orang ramai dilihat memberikan kata-kata semangat selain berharap agar dia tidak berputus asa menghadapi tekanan hidup yang dilalui.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Iman Kamil Cacah Tatu, Iddin Ramli Titipkan Nasihat [Video]

Mufti WP Ingatkan Golongan Muda Bahawa Ujian Hidup Tak Akan Kekal Selamanya

Berbicara tentang isu itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil dipetik Sinar Harian, menasihati golongan muda yang kini sedang berdepan tekanan hidup agar terus berikhtiar dan bersabar menghadapi ujian yang mendatang.

Jelas beliau, setiap dugaan yang dilalui pasti akan berakhir dan tidak akan kekal selama-lamanya.

“Yakinlah setiap tekanan itu pasti ada kesudahannya, setiap kegelapan pasti ada fajarnya. Kita dicipta untuk diuji sama ada dengan kebaikan atau keburukan, justeru teruskan berikhtiar dan jangan berputus asa,” ujarnya.

Bagi mengelakkan diri daripada dibelenggu isu yang sama, individu diingatkan untuk mendapatkan sokongan daripada orang lain yang berfikiran positif bagi membantu menyelesaikan masalah.

Sama seperti luka di tangan, setiap masalah juga memerlukan masa untuk kembali pulih dan secara logiknya, ia tidak boleh diselesaikan secara serta-merta.

“Kalau patah kaki, kita rawat dan simen, tetapi untuk sembuh bukan esok. Ia perlukan masa.

“Begitu juga dengan masalah kehidupan, ia satu perjalanan yang memerlukan kesabaran. Kita perlu belajar melalui tempoh penungguan itu,” jelas Ustaz Ahmad Fauwaz.

Baca Artikel Berkaitan: “Emosi Lebih Stabil” – Pakar Dedah Kerap Sertai Event Sosial Mampu Pulihkan Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 3 Perkara Yang Boleh Ganggu Emosi Tanpa Sedar

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental

Jangan Putus Asa Kerana Orang ‘Judge’ Masa Silam

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman juga tampil memberikan pandangannya dan menasihati anak muda agar tidak mudah berputus asa hanya kerana orang lain menilai masa silam.

Sebaliknya menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat utama meneruskan liku-liku kehidupan.

Jelas Dr Mohd Sukki, isu tular melibatkan pempengaruh yang berasa tertekan akibat kecaman masyarakat mencerminkan krisis lebih besar iaitu makna hidup dan ketahanan jiwa seseorang.

Dalam persekitaran yang dipengaruhi penilaian luar serta tekanan media sosial, ramai golongan muda mudah keliru yang mana setiap kebaikan mereka tidak dihargai, sebaliknya hanya menerima kecaman pula.

“Islam telah meletakkan asas jelas bahawa kehidupan manusia bukan sia-sia, sebaliknya mempunyai tujuan besar iaitu untuk beribadah kepada Allah. Dalam erti kata luas, termasuk memperbaiki diri, melakukan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Apabila tujuan ini difahami, maka penilaian manusia tidak lagi menjadi ukuran sebaliknya keredaan Allah menjadi matlamat tertinggi,” katanya.

Foto: Lelaki Muslim tunaikan solat di masjid

Sabar Kunci Utama Berdepan Tekanan Hidup

Tambah beliau, tekanan emosi, kegagalan atau pandangan negatif dari manusia antara bentuk ujian kehidupan yang perlu dilalui. Cara kita mengendalikan masalah itu merupakan penilaian sebenar terhadap kedudukan seseorang Muslim di sisi Allah SWT.

“Bagi orang beriman, mereka mempunyai kekuatan dalaman hasil keyakinan kepada Allah dan kesedaran bahawa ganjaran sebenar bukan di dunia.

“Kekuatan sabar inilah yang membolehkan seseorang bertahan meskipun berdepan tekanan dan hinaan,” jelas Dr Mohd Sukki.

Saluran Untuk Dapatkan Bantuan Berkaitan Tekanan Atau Kesihatan Mental

Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami kongsikan beberapa pihak yang boleh dihubungi untuk membantu. Antaranya:

1. Malaysian Mental Health Association (MMHA)
2. Befriends
  • Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
  • Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
  • Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
  • E-mel: sam@befrienders.org.my
  • Website: https://www.befrienders.org.my/
3. All Women’s Action Society (AWAM)

Selain itu, anda juga boleh menghubungi MyCareJAKIM menerusi talian 03-8870 7538 / 7460 / 7454 untuk mendapatkan khidmat nasihat, kaunseling syarie dan terapi secara percuma.

Baca Artikel Berkaitan: “Kena Bijak Guna Media Sosial” – Wanita Ini Tegur Individu Sebar Aib Sendiri Guna Trend Di TikTok

Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Burnout: Netizen Luah Rasa Ingin Putus Asa Dalam Hidup Gara-gara Terlampau Letih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd