Now Reading
Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global

Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global

Menurut Kementerian Kewangan, harga minyak dunia kini meningkat ketara dan minyak mentah global mencecah melebihi AS$100 setong susulan konflik di Asia Barat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, masyarakat global dikejutkan dengan operasi pertempuran besar yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) bersama Israel ke atas Iran pada Sabtu (28 Februari).

Peperangan ini bukan sahaja membahayakan nyawa penduduk malah memberi impak kepada pengeluaran minyak dunia. Lapor RTM, negara-negara Teluk Parsi telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 6.2 hingga 6.9 juta tong minyak setiap hari susulan krisis di Selat Hormuz.

Untuk info, Selat Hormuz yang terletak di antara Teluk Parsi dan Teluk Oman ialah satu-satunya laluan laut dari Teluk Parsi ke lautan terbuka dan merupakan antara laluan sempit paling penting serta strategik di dunia.

Kira-kira 15 juta tong minyak sehari melalui Selat Hormuz, bersamaan hampir 30% perdagangan minyak mentah laut global. 

Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Kecam Pembunuhan Khamenei, Sifatkan Asia Barat Di Ambang Krisis Besar

Baca Artikel Berkaitan: Penerbangan Jemaah Umrah Dibatalkan, Andalusia Belanja Hampir RM1 Juta Demi Beli Tiket Baharu

BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, Diesel Semenanjung Malaysia Meningkat Kepada RM4.72

Bagaimanapun, kerajaan setakat ini terus komited untuk mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter, meskipun diancam krisis global.

Jelas Kementerian Kewangan, harga minyak dunia kini dilihat meningkat ketara dan minyak mentah global mencecah melebihi AS$100 setong susulan konflik Asia Barat.

Susulan itu, kerajaan mengekalkan harga RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 bagi melindungi isi rumah, namun harga RON97 dan diesel diselaraskan mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Sejak tercetusnya konflik di Asia barat , kerajaan memutuskan untuk menyelaraskan harga pasaran bahan api di Semenanjung Malaysia secara berperingkat dan mengekalkan harga RON95 bersubsidi bagi tempoh 19 Mac hingga 25 Mac 2026,” kata kementerian itu menerusi hantaran di laman Facebook.

Dalam tempoh sama, harga runcit RON97 diselaraskan kepada RM4.55 seliter berbanding RM3.85 sebelum ini, manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM4.72 seliter.

Berikut adalah harga petrol dan diesel mengikut jenisnya:

  • RON97: RM4.55 seliter
  • RON95 tanpa subsidi: RM3.27 seliter
  • RON95 bersubsidi (BUDI95): RM1.99 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: RM 4.72 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak dan Labuan: RM2.15 seliter

Harga RON95 Bersubsidi Tak Dinaikkan Untuk Elak Bebankan Rakyat Bagi Persiapan Raya

Langkah pengekalan subsidi ini adalah bagi memastikan persediaan rakyat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kekal lancar.

Dalam masa sama, lebih 400,000 kenderaan daripada sektor pengangkutan awam dan sektor pengangkutan barangan darat seperti bas ekspres, lori, treler dan lain-lain kekal dilindungi melalui skim subsidi bersasar, termasuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKPS).

SKPS itu bertujuan memastikan kos logistik dan pengangkutan tidak terjejas secara mendadak.

Sumber: Malay Mail

Kerajaan Akan Pastikan Negara Jiran Tidak Seludup Minyak Subsidi

Pendekatan bersasar ini turut membantu mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api global terhadap isi rumah, pengangkutan awam dan pengedaran barangan, sekaligus menyokong kestabilan harga keseluruhan dalam ekonomi.

“Pada masa yang sama, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta mengelakkan kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Tindakan juga akan diperkukuh bagi bagi membendung ketirisan dan penyeludupan rentas sempadan, khususnya berikutan perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran, supaya setiap sen subsidi benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia,” tulis kenyataan sama.

Walaupun berhadapan kenaikan harga minyak global, harga bahan api di Malaysia kekal antara yang lebih rendah di rantau ini, hasil langkah kerajaan bagi mengekalkan sebahagian subsidi untuk melindungi rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi domestik.

Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Jadi Di JB” – Ramai Bengang Pemandu Wanita Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak Subsidi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kereta Singapura Isi Minyak RON95 Awal Pagi, KPDN Jalankan Siasatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu MINI One Plate Singapura Didakwa Isi RON95, Siap Tapau Raih Pelbagai Reaksi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd