Tunku Tun Aminah Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu U Mobile
Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi U Mobile Sdn Bhd berkuat kuasa 13 Mac 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
U Mobile mengumumkan bahawa pegangan saham oleh syarikat tempatan, Mawar Setia Sdn. Bhd., kini telah melebihi 50% selepas selesai Perjanjian Pembelian Saham bersama Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT).
Perkembangan ini secara tidak langsung meningkatkan pemilikan tempatan dalam salah satu penyedia mudah alih dan jalur lebar utama di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi penyertaan domestik ketika U Mobile melangkah ke fasa seterusnya dalam perkembangan korporatnya.
Dalam masa sama, Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail turut dilantik sebagai Pengerusi U Mobile berkuat kuasa 13 Mac 2026.
Baginda membawa pengalaman luas dalam kepimpinan dan tadbir urus, termasuk penglibatan dalam pelbagai organisasi swasta serta lembaga pengarah syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.
Pelantikan ini susulan peletakan jawatan Vincent Tan Chee Yioun sebagai Pengerusi, berkuat kuasa 12 Mac 2026.
Beliau kini akan mengambil peranan sebagai Pengasas dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah, dan akan terus menyokong hala tuju serta pertumbuhan syarikat.
Menurut Vincent Tan, perubahan dalam barisan kepimpinan ini mencerminkan komitmen U Mobile dalam membangunkan infrastruktur digital yang lebih kukuh, boleh dipercayai dan berskala besar.
Tambah beliau, fokus syarikat kini adalah untuk memperkukuh tadbir urus serta sokongan pembiayaan jangka panjang bagi mempercepatkan pelaksanaan rangkaian, termasuk memenuhi sasaran liputan bagi rangkaian 5G kedua negara.
Untuk rekod, Mawar Setia Sdn. Bhd. merupakan syarikat pegangan pelaburan tempatan yang diasaskan oleh Vincent Tan dan Tunku Tun Aminah.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.