Now Reading
MOT Keluarkan Garis Panduan Kenderaan D-Kontrol & Pikap Bagi Elak Kekeliruan

MOT Keluarkan Garis Panduan Kenderaan D-Kontrol & Pikap Bagi Elak Kekeliruan

Jelas Menteri MOT, Anthony Loke Siew Fook garis panduan itu dikeluarkan supaya pengguna boleh beri penjelasan berhubung penggunaan secara sah dan selamat berkuat kuasa bermula 1 April.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan kenderaan adalah untuk memudahkan seseorang bergerak dari satu destinasi ke tempat yang lain.

Namun ada juga yang membeli sesebuah kenderaan untuk tujuan tertentu seperti untuk membawa barang atau muatan yang berat bagi perniagaan yang dijalankan.

Akan tetapi penggunaan kenderaan seperti ini perlulah mendapatkan lesen yang sah serta mengikut setiap peraturan yang telah ditetapkan.

MOT keluarkan garis panduan pengguna kenderaan D-kontrol & pikap

Terbaharu Kementerian Pengangkutan (MOT), telah mengeluarkan garis panduan pengguna bagi kenderaan D-kontrol serta pikap untuk membawa barangan.

Garis panduan ini dikeluarkan supaya pengguna kenderaan berkenaan boleh memberikan penjelasan berhubung penggunaannya secara sah dan selamat berkuat kuasa bermula 1 April ini.

Jelas Menteri MOT, Anthony Loke Siew Fook tujuan garis panduan berkenaan dikeluarkan adalah bagi mengelakkan berlaku kekeliruan pengguna jalan raya sewaktu menggunakan kenderaan tersebut untuk membawa barangan.

Kenderaan D-kontrol tak perlu permit pengendalian jika bawa barang sendiri yang berkait dengan bisnes

Kata Anthony, di bawah ketetapan sedia ada, kenderaan D-kontrol merujuk kepada kenderaan barangan Berat Dengan Muatan (BDM) yang tidak lebih daripada 7,500 kilogram.

Kenderaan D-Kontrol ini boleh digunakan oleh pemilik atau syarikat untuk membawa barangan milik sendiri berkaitan aktiviti perniagaan tanpa memerlukan permit pengendalian dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Bagaimanapun, sekiranya kenderaan digunakan untuk membawa barangan milik pihak ketiga tujuan sewa atau upah, aktiviti tersebut dianggap sebagai perkhidmatan pengangkutan barangan komersial dan penggendali perlu mendapatkan Permit Pembawa daripada APAD selaras dengan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715],” ujarnya, lapor Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menyelaraskan kebenaran khas kepada pemandu lesen memandu kelas D bagi memandu kenderaan D-kontrol Berat Tanpa Muatan (BTM) sehingga 4,000 kilogram yang akan dimasukkan secara rasmi dalam garis panduan tersebut.

Garis panduan untuk pikap

Beliau turut memaklumkan bagi pengguna yang mempunyai pikap persendirian pula:

  • Pemilik dibenarkan membawa barangan milik sendiri selagi barangan itu diangkut (dibawa) dengan selamat
  • Tidak melebihi had muatan kenderaan
  • Tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain

Antara contoh barangan yang dibenarkan adalah:

  • Peralatan kerja
  • Tangga
  • Mesin rumput
  • Bahan binaan kecil
  • Peralatan pertanian
  • Perabot
  • Barangan pindah rumah

“Selagi muatan tidak menjulur keluar, disusun dan diikat dengan selamat, serta tiada ubah suai struktur kenderaan, tiada tindakan penguatkuasaan yang dikenakan.”

JPJ akan jelaskan dengan polis untuk elak kekeliruan dalam penguatkuasaan

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memberikan penjelasan kepada polis. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan dalam penguatkuasaan, kerana ada aduan daripada pemilik pikap yang disaman meskipun mereka hanya membawa barangan sendiri.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd