“Tak Perlu Pembelian Panik” – FAMA Jamin Bekalan Barangan Masih Cukup Sempena Aidilfitri
Orang ramai juga boleh menikmati penjimatan dengan mendapatkan daging, ayam dan barangan asas lain pada harga lebih murah berbanding harga pasaran di Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari Raya Aidilftri bakal tiba tidak lama lagi dan orang ramai sudah mula melakukan persediaan demi menyambut hari yang penuh keberkatan itu.
Namun dalam keadaan ketidaktentuan global, timbul kerisauan sama ada terdapat bekalan bahan basah yang mencukupi bagi orang ramai sebagai persediaan hari raya.
Malah ada juga yang khuatir sama ada harga barangan akan meningkat menjelang raya kali ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Cukai Mungkin Naik” – Prof Jomo Kwame Perjelas Impak Krisis Iran-AS Terhadap Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu
Pengerusi FAMA Beri Jaminan Bekalan Barangan Aidilfitri Masih Cukup, Harga Pula Terkawal
Pun begitu, rakyat diberi jaminan bahawa bekalan barangan bagi persediaan Aidilfitri mencukupi setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli, yang turut menjelaskan bahawa harga bekalan masih dalam keadaan terkawal.
“Setakat ini, nada kita sama seperti yang dijawab oleh kementerian, iaitu bekalan dan harga Insya-Allah stabil sempena perayaan ini. Walaupun berlaku peperangan di luar sana, setakat ini kita boleh katakan ‘so far, so good’.
“Selepas raya atau selepas April nanti, itu perkara di luar jangkaan, tetapi buat masa ini untuk barang-barang utama seperti daging, beras dan sayur, bekalan serta harga masih stabil. Jadi, tidak perlu ada pembelian panik,” katanya dipetik Berita Harian.
Mengulas mengenai tahap kepatuhan peniaga dan kawalan harga barangan, Aminuddin berkata tiada sebarang laporan diterima berkenaan isu tersebut setakat ini.
“Kita sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa. Setakat ini, kita belum menjumpai lagi sebarang pelanggaran (undang-undang). Rakyat Malaysia kini semakin baik,” ujarnya.
Aktiviti Mantai Daging Tawar Daging Lembu Segar Pada Harga Lebih Murah
Di samping itu, Aminuddin turut menjelaskan serba sedikit tentang Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.
Katanya Mantai Daging, iaitu aktiviti melapah dan mengagihkan daging lembu, menjadi tarikan utama di program tersebut.
Melalui aktiviti itu, sebanyak 1,000 kilogram bekalan daging lembu segar dapat diagihkan kepada orang ramai pada harga lebih murah, iaitu RM30 sekilogram berbanding harga pasaran RM35 sekilogram.
“Ia sekali gus membolehkan pengguna menikmati penjimatan RM5 bagi setiap kilogram. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan daging segar pada harga berpatutan bagi persiapan juadah Aidilfitri,” ujarnya.
Kombo MADANI Tawar Pakej Barangan Asas Pada Harga Lebih Rendah
Tambah Aminuddin lagi, pengunjung juga dapat membeli ayam segar dan ayam pencen pada harga istimewa di program tersebut.
Malah orang ramai boleh berjimat dengan mendapatkan Kombo MADANI yang menawarkan pakej barangan keperluan asas terpilih pada harga lebih rendah, katanya.
“Program yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 3 petang ini turut menawarkan pelbagai produk agromakanan segar, barangan kawalan serta produk keperluan asas dengan penjimatan antara 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat,” katanya.
Dianggar 5,000 Pengunjung Program JAM Pra Syawal Dapat Nikmati Penjimatan RM45,000
Bercakap tentang kehadiran pengunjung, Aminuddin berkata dianggarkan sekitar 5,000 pengunjung akan hadir ke Program JAM Pra Syawal.
Sasaran jualan pula diletakkan pada RM150,000 dengan pengguna dianggar mennikmati penjimatan sebanyak RM45,000.
Beliau berkata, program itu turut dijangka menarik kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung yang mewakili 20,000 isi rumah dengan sasaran jualan sebanyak RM150,000 serta penjimatan kepada pengguna dianggarkan mencecah RM45,000.
“Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan FAMA dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan makanan yang mencukupi pada harga berpatutan,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Selamatkan Nyawa” – Pakar Kongsi ‘Butang Magic’ Dalam Kereta Untuk Elak Pening Ketika Perjalanan Jauh Ke Kampung
Baca Artikel Berkaitan: “Tua & Muda Jangan Hilang Sifat Malu” – Ustazah Asma’ Minta Henti Trend Ambil Duit Raya Sambil Joget
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



