Now Reading
Satu Lagi Kes Pijak Al-Quran, MCMC Lakukan Siasatan & Kesan Individu Terlibat

Satu Lagi Kes Pijak Al-Quran, MCMC Lakukan Siasatan & Kesan Individu Terlibat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, hantaran asal visual perbuatan memijak al-Quran sudah dipadam manakala akaun media sosial ‘Dickie Borneo’ tidak dapat dikesan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Oleh disebabkan itu, setiap lapisan masyarakat memainkan peranan untuk menjaga keamanan serta keharmonian di negara ini.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang bertindak semberono sehingga mengguris hati serta ketenteraman orang ramai.

Antara contoh yang berlaku pada Februari lalu adalah kes pelajar lelaki dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa bertindak memuat naik foto dirinya memijak kitab suci al-Quran.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tular Disyaki Pijak Al-Quran Ditahan Polis, UMPSA Buat Siasatan

Baca Artikel Berkaitan: “Pijak Al-Quran Bagi Penganut Hindu Seumpama Pijak Kitab Veda” – Sivamalar Kecam Penghinaan Terhadap Islam

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lagi Individu Pijak Al-Quran, MCMC Sahkan Ia Video Lama & Berlaku Di Singapura

Satu Lagi Kes Pijak Al-Quran Tular Di Media Sosial

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan semalam (11 Mac), memaklumkan agensi terbabit mengenal pasti satu lagi penyebaran visual perbuatan memijak al-Quran.

Difahamkan foto itu tular di laman Threads dan Facebook.

MCMC berkata perbuatan biadab tersebut bukan sahaja menghina Islam, malah berpotensi untuk mencetuskan ketegangan serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Tambah kenyataan sama, semakan awal mendapati hantaran asal terbabit sudah pun dipadam manakala akaun yang dipercayai menggunakan nama ‘Dickie Borneo’ tidak dapat dikesan.

“Walau bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan. Pemantauan lanjut oleh MCMC turut mengenal pasti beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama dipercayai membabitkan individu sama dalam sebuah kumpulan media sosial.

“Semua kandungan berkaitan sudah diambil sebagai bahan bukti bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.”

Mengulas lanjut, MCMC dengan kerjasama platform media sosial sedang mendapatkan maklumat pemilik akaun bagi mengenal pasti individu terlibat.

Dalam masa sama, agensi tersebut turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tindakan tegas dan segera dapat diambil.

MCMC Tak Kompromi Kesalahan Menghina Agama

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan semula kandungan yang boleh mencetuskan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Jelas MCMC, pihak mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, menghasut kebencian atau menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. Malah tindakan tegas akan dikenakan mengikut peruntukan negara yang tersedia.

Orang Ramai Berang Dengan Kes Hina Agama Islam

Menerusi semakan kami di media sosial, orang ramai dilihat berasa bimbang dengan kes penghinaan terhadap agama yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Saya harap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ambil tindakan terhadap isu ni. Beberapa hari lalu, kita dengar tentang seorang lelaki yang memijak al-Quran, yang akhirnya jadi kes besar. Sekarang lelaki ni. Ni tak normal sebab al-Quran adalah kitab suci kita (umat Islam).

“Jadi saya harap polis akan ambil tindakan mengenai isu melibatkan keagamaan ni,” kata seorang wanita.

Dalam pada itu, ada juga individu yang menasihati agar mengkaburkan dahulu gambar perbuatan memijak al-Quran sebelum memuat naik di laman sosial bagi menjaga sensitiviti.

“Tolonglah blur atau edit dulu gambar macam ni. Jangan sebarkan gambar hina al-Quran ni. Bimbang orang akan anggap macam perkara biasa. Ramai juga yang tak sanggup nak tengok gambar pijak al-Quran. Pada pelaku, semoga kau terima balasan dari Allah SWT,” ujar seorang pengguna Threads.

Sumber: Threads

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd