Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosia Sendiri, Hanya Yang Dikendalikan Ibu Bapa Dibenarkan
Jelas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kerajaan dalam masa sama sedang melakukan regulatary sandbox atau medan uji bersama dengan platform media sosial dalam mewujudkan sekatan umur 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kerajaan sebelum ini memaklumkan bakal melakukan larangan pembukaan akaun media sosial ke atas individu yang berusia bawah 16 tahun dan ia bakal dikuatkuasakan pada tahun ini.
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil usaha tersebut adalah keputusan Kabinet bagi mengekang aktiviti jenayah siber rentas umur selain mahu melindungi kanak-kanak dari risiko menjadi pemangsa seksual.
Bahkan ia juga selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan keselamatan digital negara.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Bermula 2026
Kanak-kanak bawah 16 tahun dilarang buka akaun media sosial kecuali dikendalikan ibu bapa
Terbaharu Fahmi Fadzil memaklumkan mereka yang berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan untuk membuka akaun media sosial sendiri. Akan tetapi akaun yang dikendalikan oleh ibu bapa untuk pihak anak adalah dibenarkan.
Jelasnya, ketetapan itu dilakukan bertujuan untuk melindungi mereka yang di bawah umur dari risiko keselamatan dalam talian termasuklah ancaman pemangsa siber yang berpotensi menghubungi anak-anak di bawah umur ini melalui pelbagai jenis platform media sosial.
“Isu utamanya ialah siapa yang mengawal akaun tersebut… Kita tidak mahu anak-anak yang mengawal akaun itu sendiri.
“Kalau akaun itu dibuka oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu kalau ada individu tak dikenali berhubung dengan anak mereka,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Kerajaan sedang lakukan regulatary sandbox, buat sekatan umur 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu
Dalam masa sama, Fahmi memaklumkan kerajaan juga sedang melakukan regulatary sandbox atau medan uji bersama dengan platform media sosial dalam mewujudkan sekatan umur 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu.
Kata beliau lagi, pendekatan yang digunakan Malaysia berbeza dengan Model Age Assurance yang dilakukan Australia, Malaysia akan memanfaatkan perundangan khusus tentang MyKad.
Perkara itu sebagai elemen keselamatan tambahan dalam pengesahan identiti serta umur pengguna tersebut.
“Anak-anak masih dibenarkan menonton kandungan seperti di YouTube… cuma mereka tidak boleh membuka akaun sendiri.”
Ibu bapa perlu cakna dengan aktiviti digital anak
Ibu bapa pula perlu prihatin dengan aktiviti digital anak mereka serta tidak membiarkan kanak-kanak menggunakan alat peranti tanpa pengawasan untuk tempoh yang lama.
“Peranti bukan pengasuh. Ibu bapa ada tanggungjawab juga,” ujarnya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



