Now Reading
Kenyataan Stres Kerja Antara Punca Terjebak LGBT Undang Kritikan, Ini Respon Dr Zulkifli Hasan

Kenyataan Stres Kerja Antara Punca Terjebak LGBT Undang Kritikan, Ini Respon Dr Zulkifli Hasan

Menteri Agama yang memetik satu kajian diterbitkan tahun 2017 memaklumkan bahawa pengaruh sosial, pengalaman seksual dan juga tekanan kerja antara punca individu terjebak LGBT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Selasa lalu (27 Januari) media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Parlimen berkata bahawa tekanan kerja mungkin antara salah satu punca individu terjebak dalam gaya hidup komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dengan merujuk kepada satu kajian diterbitkan tahun 2017, beliau memaklumkan bahawa pengaruh sosial, pengalaman seksual, dan faktor peribadi lain turut menjadi faktornya.

“Mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada isu berkaitan LGBT, antaranya seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Sulaiman et al. (2017), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penglibatan individu dalam gaya hidup LGBT.

“Pengaruh sosial, pengalaman seksual, tekanan berkaitan kerja dan faktor peribadi lain mempengaruhi individu untuk tergolong dalam kategori ini. Kajian tersebut menekankan bahawa gabungan elemen-elemen ini mungkin menyumbang kepada perkembangan tingkah laku berkaitan LGBT,” ujar Dr Zulkifli Hasan, lapor Harian Metro.

Baca Artikel Berkaitan: Program ‘Glamping with Pride’ Dibatalkan, Penganjur Dakwa Terima Ugutan Bunuh

Baca Artikel Berkaitan: Dr Zaliha Dedah Lesen Spa Disalah Gunakan Untuk Aktiviti Songsang

Baca Artikel Berkaitan: “Lepas Ni Apa Pula Idea Kreatif Muncul?” – Firdaus Wong Dakwa Ada Hotel Di Melaka Berkonsep ‘Gay Friendly’

Netizen Tak Puas Hati Dengan Kenyataan Dikeluarkan Dr Zulkifli Hasan

Kenyataan tersebut kemudiannya telah menerima pelbagai reaksi warganet. Segelintir berkata kenyataan itu memberi tanggapan seolah-olah kerajaan mempertahankan golongan berkenaan dengan alasan sedemikian.

“Sepatutnya seorang Menteri Agama tak payah buat kenyataan sedemikian. Tegaslah sikit, katakanlah salah tetap salah. Tak payah nak buat kenyataan seolah kau pertahankan benda mungkar dalam urusan agama dan kudrat alam,” kata seorang lelaki.

“Dah diberikan Al-Quran sebagai panduan. Apa lagi yang kurang? Nak salahkan stres kerja. Aku hari-hari stres kerja tak ada pula terfikir nak jadi gay. Aku fikir cuma nak balik rumah tidur. Hujung minggu rehat tengok televisyen dekat rumah,” tambah seorang lagi netizen.

Sumber: Threads

Kerajaan Tidak Normalisasi LGBT, Bercanggah Dengan Agama

Susulan itu, Dr Zulkifli Hasan tampil menjelaskan jawapannya di Parlimen berhubung kenyataan tentang faktor pendorong LGBT itu.

Memetik Sinar Harian, beliau dengan rendah hati mengajak orang ramai bersama-sama memberikan penekanan terhadap keperluan bertabayyun (menyemak asas kebenaran) bagi mendapatkan maklumat yang betul dan merujuk kepada sumber sahih dengan konteks yang tepat serta menyeluruh.

“Saya menjemput semua termasuk ahli-ahli Parlimen dan seluruh anggota masyarakat untuk merujuk dan meneliti dengan jujur jawapan penuh bertulis beliau berhubung isu itu di https://www.parlimen.gov.my/jawapan-lisan-dr.html?uweb=dr

“Saya menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak normalisasi LGBT kerana bercanggah dengan agama, moral dan nilai masyarakat,” katanya.

Carian kami mendapati beliau di Parlimen pada hari sama ada memaklumkan kerajaan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk promosi aktiviti atau program yang berunsurkan LGBT/LBTQ.

Malah beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dalam perkara berkaitan agama Islam termasuk penguatkuasan kes-kes jenayah syariah seperti musyahaqah, liwat, lelaki berlagak wanita serta kes yang boleh dikaitkan dengan LGBT di kalangan orang Islam adalah dalam bidang kuasa Negeri.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab soalan yang diajukan MP Hulu Terengganu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai jumlah tangkapan kes LGBT daripada tahun 2022 hingga 2025.

Terdahulu, Dr Zulkifli menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang meminta Perdana Menteri memberikan data dan statistik terkini mengenai trend berkaitan isu LGBT di Malaysia.

Ini termasuk pecahan peratusan dan kumpulan umur terlibat, serta komposisi etnik berdasarkan kajian nasional atau laporan agensi berkaitan, serta faktor yang menjadi pendorong utama kepada peningkatan kes LGBT di Malaysia.

Namun menurut Dr Zulkifli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) secara khususnya tidak memiliki atau mempunyai data dan statistik golongan LGBT dalam negara ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Biasakan” – Ramai Tak Setuju Lelaki Berpakaian Wanita Ini Masuk Tandas Perempuan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi

Baca Artikel Berkaitan: Bawa Sepanduk Tunjuk Perasaan, Menteri Agama Dedah Tindakan Promosi LGBTQ Tak Diterima Di Negara Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd